Tuesday, September 21, 2010

Penyakit Raya

Hari ni dah 12 Syawal 1431H. Cepat betul masa berlalu. Nak rewind boleh x? Nak balik ke malam raya sbb padaku malam raya adalah best suasananya. Mungkin boleh mintak kat doraemon "pintu merentas masa". Haha. Ok sudah. Berhenti meraban.

Mari cerita pasal penyakit raya. Yg aku rasa penyakit la kan. Hehe

1. Makan, makan dan makan. Kenapa aku kata makan adalah penyakit?? Sebab makan macam2. Amat sukar untuk menolak makanan raya. Haha. Alasan. Tp betul ape. Cuba bagitau sapa yang tak makan makanan raya seperti ketupat, rendang, lemang, lontong, soto, sate dan segala bagai? Sila bagitau saya. Saya nak bagi duit raya 2 hengget. :P Bila dah makan macam2, sakit perut pon menyerang. Seperti aku hari ni. MC okeh. Asyik nak terkareb je since malam td. Aish, banyak sangat makan kuih raya mungkin. Kuih raya byk guna butter & tepung. Kadang2 perut tak tahan. Kepada kawan2 yg ada baby, sila jangan bagi anak anda makan kuih raya. Sebab perut derang blom ready lagi nak terima tepung & butter. Aku baca dalam buku " Penjagaan Bayi & Kanak-kanak by Dr. Carol Cooper", katanya jangan bagi baby under 1 year old makanan berasaskan tepung". Terpulang nak ikut ke tak okeh. :)

2. Open house. Makanan sgt banyak. Mesti nak makan semua. Rosak diet ok. Sila ukur lilitan pinggang & timbang berat masing2. Pasti naik. Haha

3. Poket kering a.k.a pokai lepas raya. Nak2 tahun ni takde bonus sebelum raya. Sadis ok. Sangat sadis. Nasib baik gaji 25hb ni.

4. Anak jadi manja. mana tak nye, dekat kampung ramai yg melayan. Dukung sana sini. Bila balik rumah sendiri, tableh tinggal kejap. Nangis plak dia. Nangis plak bukan sikit2. Dibantainya kuat2 mcm kena pukul gamaknye. Kalau dulu, bole saje main sorang2 kat depan tv. Sekarang tak. Mengikut je kemana saja. Sampai dapur tu yg aku tensen tu. Sebab dia da bleh capai dapur gas. Cuma blom pandai petik je. Haih. Kena beli pagar nih. Safety first. Hopefully lama2 makin ok la. Back to our normal life & environment ye Cik Izzah. Izzah kan dah besar. Ok, good.

Rasanya itu je kot. Ada sapa2 nak tambah? Sila2. Dialu-alukan.

Disebabkan ini adalah entri raya, ayuh kita selitkan gambar raya. Kalau nak tengok banyak2, sila tengok di muka buku saya okeh.




No comments: