Friday, October 29, 2010

The birthday...part I

Alhamdulillah..dah settle sambutan hari lahir Izzah (wah skema btol ayat..haha) malam 27 Oct 2010 lepas. Celebration malam start at 10.00pm. Fuh nasib baik Izzah blom tido and she was in a good mood. Towards the end tu baru dia macam dah sleepy. Dah pukul 11.00 pm for sure la sleepy kan? Start lambat sebab wan mon keje shift malam da. Apa nak buat. Terpaksa la buat malam. Hehe.

The celebration was very the meriah. Ada 3 biji kek. Rezeki Izzah. ^__^. Ada special ice cream cake from baskin & robin ( i think this one sponsored by Paklang & Aunty Sarah), choc cake from season (rasanya sponsored by Wan Mon) & kek pulut kuning..hehehe..dimasak oleh moyang kot. Thanks to all yg sponsored and arranged for the celebration. Wan Mon, Atok, Moyang, Paklang, Aunty Sarah, Pakcu, Wancu, Tokcu, Aunty Ain, Aunty Nisha, Uncle Nadzim & Uncle Danish..Izzah love u all!!!

Ok now let's see the pictures...



Happy birthday sayang!

Pulut kuning, ice cream cake baskin & robin, season's choc cake. Thanks to all sponsors! ^___^

Birthday girl..muka blur tapi tatap chomel!! (anak i mestila chomel :D)

Haaa makan jangan tak makan

Gumbira dapat presents!
Ok once again, zillion thanks to all the family members for their time, money, effort, love and support to make this celebration worth remembering. Well for us at least. Eventhough we didn't spent even one cent (hehe..it was their effort by da way :p) for this celebration, but i think Izzah Ardini has brought tonnes of happiness and bless to the family. WE LOVE YOU IZZAH! 
Wednesday, October 27, 2010

Now she is 1 year young!

Today is 27 October 2010. Genaplah Izzah setahun. Alhamdulillah. Kalau ikutkan dia lahir pukul 9.06pm hari ni, tahun lepas. Tapi kita wish awal. Ehehe. Seronok betul tengok anak dah semakin membesar.

Pagi tadi masa hantar pegi rumah babysitter, Izzah dah bangun. She said something but we couldn't captured what she was talking about. Standard la kan. Agak2 je la. Maybe she was saying " today is my birthday mama, papa". Haha. Agaknye la. Sebab jarang kalau hantar pegi rumah babysitter dia bercakap2 before this.

Ok sayang, malam ni kita makan kek okeh. Kita celebrate kat rumah wan mon. Sabtu ni kita celebrate kat umah nenek melaka pulak. 2 kali celebrate. Cucu sulung masing2. Excited la kannnn..So..

HAPPY BIRTHDAY IZZAH ARDINI
WE LOVE YOU SO MUCH!!

p/s: Gambar celebration belum ada. Nanti2 di upload kendian okeh.
Tuesday, October 26, 2010

26 October 2010

Happy Birthday lil bro! Yg ke berapa ha? Jap akak kira. Owh ok2. Tak payah mention sini la eh. Rahsia tuh. Hehe. Kita bagi point form je la ye.

- Good luck for your final exam. Lepas ni tak payah extend lg ok. Terus praktikal pastu keje. Boleh bagi mak ayah RM. Hahaha
- Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki selalu.
- Semoga dikurniakan kesihatan tubuh badan yang baik untuk beribadat kepadaNya.
- Mari kita sama2 menggembirakan hati mak & ayah. InsyaAllah.
- Hadiah untuk Izzah jangan lupa haaa. Birthday beliau esok. Selang sehari je dengan ko. Patut masa dalam pantang ko yang kena jaga. Huhu.

Ok dah kot. meh kita tepek gambar birthday boy...

Birthday boy di pagi raya
Muka beliau tak nampak sgt. Tapi ok la tu. Saja letak gambar sipi2 je. Hait.

Countdown for 27 October 2010

The date Izzah was born. We are very happy and blessed to have a daughter like her. Cute, genius, sweet, lovely, all blended together to make us proud to be her parent. She is now walking and talking (with baby's language ofcoz). She could do the "sengih" expression, she could do the sad face, she laughs, she cries. In overall SHE IS AWESOME!


Before she was born..in my tummy

Day 1..putih merah melepak :)

Meniarap @ 5 months

Crawling position @ 7 months

Sitting unsupported @ 7.5 months
Standing up with support @ 8 months
Started cruising at 8.5 moths
Panjat itu walker @ 10 months
Ok, let's go shopping! @ 11 months
Huh. Jenuh jugak nak cari gambar2 ni. Hehe. By the way Izzah will be having her birthday celebration twice. In JB & Malacca. InsyaAllah.  Bertuahnya anak ini. ^__^

Ok da abes kot. Kita tunggu cerita 1 tahun pulak. Daaaa
Wednesday, October 13, 2010

Itu Ini

Situation 1

Makcik A: Baby ni dah pandai buat apa? Dah 5 bulan kan?
Makcik B: Budak ni meniarap pon belom. Malas. Anak beliau C dah nak merangkak dah.

My comment: Suka2 kau je makcik nak cakap anak orang malas. The baby is not lazy okay. Maybe he or she just NOT READY yet.
Kesian baby, dia belum ready tapi orang kata dia malas. Baby mana ada malas2. Ko ingat macam orang dewasa ke dia nak malas2! Each baby kan unik. They have their own milestone to achieve. So stop comparing! Ingat barang ke nak compare. Huh!

Situation 2

Bila baby/toddler dah pandai merangkak, memapah malahan berjalan dan berlari. Lepas tu tak reti duduk diam. Keluar pulak perkataan "lasak & nakal". This is negative word. Aku memang tak boleh terima. You better don't say it to my daughter. The positive correct word is ACTIVE. Please take note. I repeat, ACTIVE. Budak itu hanya bermain. Kita la yg mengawasinya. Sedar tak kalau asyik sebut "budak ni nakal. lasak pulak tu", memang jadi la budak tu. Dah didoakan begitu. Kesian.

Situation 3

At some age, some baby akan masukkan kaki dalam mulut. Flexible. Dahsyat! Cuba korang buat sekarang. Boleh x? Haha. But it's baby's development.
Tapi orang akan cakap : "haa..nak dapat adik la tuh".

My comment: Ape kaitan masuk kaki dalam mulut dengan nak dapat adik?? What in the world? Kalau the parent belum nak bagi adik, maka tak dapat adik la dia. Haih. Masing2 ada family planning. Jadi tolong tak payah beria-ria mengiakan mitos ini sambil menceritakan pengalaman saudara terdekat anda sebagai contoh. Mungkin itu secara kebetulan, Allah dah bagi rezeki pada mereka atau mereka memang sudah bersedia untuk menimang seorang lagi cahaya mata.

Nota penting: Me & my younger sister gap 3 years.
                     Hubby & his younger brother also gap 3 years.

Situation 4

Baby meleleh air liur. That's because dia belum pandai control air liur dia. And also maybe sebab nak tumbuh gigi.

Makcik D: Meleleh air liur ni..ape la mak dia tak dapat makan?
Aku: Ntah la makcik. Saya masa mengandung dulu mengidam nak beli Corolla Altis. Sekarang dah tak mengidam lagi sebab saya dah beli kereta tu. Makcik nampak tak kereta saya? Nampak kan? Sekian terima kasih.
Makcik D: (diam seribu bahasa)

Apsal nak sibuk2 pikir atau comment pasal anak aku hah? Pelisss la..

Situation 5

Pasal pil perancang or other family planning method. Ini memang kisah benar.

Puan E: Kau guna family planning apa? Aku makan pil xyz
Aku: Aku pernah makan, lepas tu aku stop. Suami aku suruh stop
Puan E: Abes tu, kau tak takut ter"accident" ke? Suami kau tak kisah ke?
Aku: Kan aku cakap, suami aku yg suruh stop. We have our own planning.
Puan E: Orang lelaki kat mulut cakap semua ok. Tapi dalam hati mana kau tau.
Aku: Suami aku, aku tau la! Suami orang lain aku tak tau.

Hoi! Suka2 kau je nak cakap macam2. Pandai2 kau plak nak kata suami aku cakap kt mulut lain, dalam hati lain. Entah2 suami kau yg macam tu. Dah suami aku yang suruh stop makan pil. Maknanya dia tau la "control". Sengal la kau ni. Tak paham2 lagi ke? Tak kan aku nak cerita detail pulak? Damn u!

Tak payah la diteruskan sampai situasi ke 100. Sebab situasi 5 dah cukup memuaskan hati aku untuk entri ini. Sapa makan cili dia rasa pedas. Sapa makan nasi dia rasa kenyang. Yes!

Before i ended up this entry, just to share the quote & link below for our parenthood reference. May it helps you.

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak”
                                                                                                                    
                                                                 Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

Always use positive approach!
Tuesday, October 12, 2010

All about Izzah

Bila dah ada anak, mesti asyik nak beli barang anak. Siapa setuju dengan saya, sila angkat tangan! Saya tau ramai yg setuju. Kikikiki. Tapi barang mak bapak ayahbonda pon selalu jugak beli. Muahahaha.

We started to buy baby's stuffs as early as during my 6th months of pregnancy (early la kan? ada ke yg lg early? aku rasa mcm xde je). Some other people opinion, "belum tau lagi apa nak jadi, tak payah la beli dulu..takut benda tak elok berlaku kalau beria-ria sgt". We totally disagree with this opinion. Opinion macam tu seolah2 mendoakan perkara buruk akan berlaku. Cakap 40 kali jadi doa tau! Belum jadi apa2 dah doakan yg buruk. Bukannya apa, we just be prepared. Bukannya beria-ria sgt pon. Prepare apa2 yg patut. Kang dah sarat, mana larat nak jalan dah. Bagi aku la kan. Orang lain aku tak tau.

So before Izzah was born, all her stuff were almost ready. Stroller, carseat, baby cot, bath tub, day & night attires, diapers, bottles, bath towels, napkins, swaddle and baby accecories. Pendek kata dah lengkap la. Tunggu baby lahir je. Lepas bersalin, kena pantang 44 hari. Mana boleh jalan2 weh. Maka, marilah membeli barang2 sebelum bersalin. Dah lepas pantang nanti bole la tambah apa2 yg patut.

And now, kegilaan membeli baju Izzah adalah amat ketara. Haha. Asal keluar je mesti ada beli baju. Asal pegi kl je, mmg kompem kitorg shopping. Sebab kat jb takde tajuk2 yg ada kt kl. Mothercare, pumpkin patch, osh kosh, celah mana nak cari kt jb ni? Haih. So kalau pegi kl "terpaksa" la beli. Haha. Terpaksa tu. Keterpaksaan dalam kerelaan. Kuang2. Tapi aku mmg jatuh cinta sama itu tajuk pumpkin patch. Gerek. Unik. lain dari yg lain. I likeeeee!

First time pegi pumpkin patch masa bln 6 kot. Ada wedding that time. My bro in law's. Alang2 dah sampai kl, harus la menyinggah kan. That time pegi kat OU. Kami membeli ini..
The romper. It was papa's choice. Together with 2 pair of socks tapi takde plak gamba socks tersebut.
dan juga ini..

The top. This is my choice by da way.
During hari raya holidays, pegi kl lagi. Beraya. Eh ye ke beraya. Haha. More to jalan2 actually. We went to klcc. Masuk isetan (apsal nama dia camni ha?), wah byk juga yg best. Osh kosh pon ada. Tapi beli stokin je sbb collection dia x melekat dihatiku. Design yg mengaplikasikan bendera amerika. Apekah? Maka pumpkin patch menjadi sasaran. Pilih punya pilih dapat la seperti di bawah ini. Aku pilih baju dah la lame. Banyak btol yg dipikirkan. Eh kaler ni dah ade. Eh baju ni boleh matching dgn baju ni. Haha. Tapi sgt puas hati sebab dapat beli denim dress for Izzah. Mak suka nyah. Kekekeke. Ok mari lihat gambar.

Long sleeve & legging
Sebelum balik jb, singgah dulu the curve pekena ayam penyet @ waroeng penyet. Ini adalah upacara wajib kalu pegi kl. Sedap weh. Bole layan la dgn tekak kitorg. Sila cuba ye puan2 & tuan2..:) Bila da kt the curve, haruslah singgah mothercare. Tambah lagi collection. Sebenarnya banyak lagi yg berkenan tapi rileks dulu la cikaro. Banyak masa lagi nak beli baju. Sampai besar sok nak beli baju jugak. Hehe. Brapa banyak la baju budak kecik nih. Takpe, beli size besar skit. Dapat pakai lama.

pack of 2 from mothercare. terpaksa beli 2. ahaha

overall plus denim dress..yeay!
 And the latest was last weekend. Hubby went to kl for a annual dinner hosted by osfam (sapa tau osfam tu ape? tak tau sudah. haha). Sekali lagi beliau pegi klcc. But this time he went to parkson. Pumpkin patch lagi di situ. Huahua. He said in 15 seconds, he got this 4 collections. Gile cepat pilih baju. Kalau aku jgn harap la. 15 seconds baru nak membelek2 lagi. Ya ampun.

semua size 12-18 months
Ok habis cerita baju. Sekarang mari kita cerita pasal mainan pulak. Eh macam panjang je entri ni. Huhu. Gasak la. Last week (kot) we went to toys r us. Oh btw, ni sambung cerita dlm entri tajuk "toys r us adalah best". First of all mari lihat gambar dulu.

from left: ball, gears. back: trainer walker
Trainer walker a.k.a car/lorry or whatever u call that itu dipilih setelah cik Izzah mencuba try uji test tgk a few walker. Mostly yg di try tu ringan. Tapi yg kitorg beli ni agak bulky & tyre dia ade friction. Safety first orait! Selain boleh jadi trainer walker, it can be ride-on. Sangat best. Izzah, sila main benda alah ni selalu. Praktis berjalan ok. Nanti mama & papa bawak pegi tempat yg luas. Baru puas hati nak jalan kan..hehe.

vrooomm vroommm!
Orait. Macam da banyak je stori. Stop dulu la. Misi yang belum selesai adalah membeli wardrobe Izzah. Tak muat dah drawer dia tu. Baju gaun dia sume da hang kat dlm gerobok mamapapa. Hehe. Esok kita survey okay! Bakul mainan pon da penuh. Adakah perlu berkunjung ke makcikea untuk membeli bakul? Tunggu...
Monday, October 11, 2010

"Kejelitaan Adalah Hak Milik Setiap Insan"

Macam kenal kan tagline sapa ni? Haha. Pengasas produk kecatikan tapi lupa sapa nama beliau. Tak payah ingatlah, tak penting pon kan?

Ok, first of all this entry is not about cosmetic product. Aku bukan pakai sangat cosmetic ni. Yang ada pon x abes2 lg. Muahahaha. Tapi pasal produk yg sedang aku amalkan sekarang. Wah! Kelas hokayyyy. Macam terer plak rasa. Huhu.

Actually banyak produk2 kesihatan & kecantikan skarang ni. Sampai tak tau nak pilih yg mana. Kang salah pilih memudaratkan diri pulaks. Haih. Maka setelah ditimbang tara, hamba telah memilih 3 produk yg dirasakn sesuai la utk diriku ini. Cewah.

Produk 1 - Jamu mak dara. Diulangi, mak dara. Anak dara tabley amik ok. Nanti lain jadinya. Hehe. Actually dah start amik this jamu during confinement period after lahirkan Izzah dulu. That time, aku amik set bersalin ibu halimah. Ibu Halimah adalah nama pengasas produk tu la. Sila google utk mendapat info lebih lanjut. Masa beli tu, sgt teruja dgn info2 yg aku baca plus tgk gambar ibu halimah tu..perghhh mantap beb seperti anak dara cuttingnye! Akak sukeeee. Jamu ni banyak khasiatnya especially untuk kecantikan dalaman. Bila dalaman cantik, secara automatis kecantikan luaran terserlah kan? Kepada puan2 yg dah bersalin/dah kawen, aku suggest utk coba dulu. Mana tau sesuai utk korg jugak. Hehe. Mari lihat gambar sebagai reference.

Aku makan yang kapsul je..
Produk 2 - Cocoa collagen power plus. Rasanya produk ni ramai yg amik. Sedap. Minum panas2 or suam before breakfast. After minum cik CCPP ni, kita akan rasa kenyang. So nafsu makan akan berkurang. Cukup dengan makan kuih2 or biskut. Boleh jaga badan ni. Haa..cuba2. Aku suka sebab khasiat dia pon banyak. Untuk kulit, utk tubuh badan, metabolisme, kecergasan, keanjalan & macam2 lagi. Kalu korang google, sure banyak website/blog yg tepek pasal khasiat cik CCPP ni.

Cik CCPP yang enak - mengembalikan keremajaan wanita. Fuh!
Produk 3 - Slim diet II (SDII). Rasanya dah penah buat entri pasal ni. For slimming. Oyeah. Dah lama jugak la amik produk ni. Resultnya, berat turun 6 kg. Before was 58kg and now 52kg. Alhamdulillah. Tapi kena ikut disiplin la. No karbo, eat protien & vegetables only. Sekarang ni dalam process nak habiskan stok yg ada. Kasi turun lagi 3 kilo. Bole ka? InsyaAllah. Lepas tu maintain je la. Boleh2. Akan ku usahakan.

Sapa2 berminat boleh contact saya ye..

Ok habes 3 produk telah ku revealed. Hehe. Pening jugak camno nak adjust nak makan 3 benda ni sekaligus. Haih. Setelah membuat pelbagai try & error, maka pihak penasihat telah memutuskan untuk membuat jadual seperti ini:

Before breakfast - cik CCPP
Before lunch - puan SDII
Before dinner - jamu mak dara

Diet berjalan seperti biasa. Nak cantik kena la usaha lebih sikit. Wuhuuu. Pasti encik suami berbangga dengan usaha ku. Haha. Orang pompuan harus la menjaga kecantikan. Eh lelaki pon kena jaga jugak la. Baru fair & square..kan? kan?

Kesimpulannya, mari kita spare duit untuk membeli produk2 ni setiap bulan. Huhu. Sendiri mau ingat haaaa.
Saturday, October 9, 2010

Raya dah abes

Hari ini 1 Zulkaedah 1431H. Syawal telah pun meninggalkan kita. Dengan kata lainnya, raya sudah abes! Uhuhu..tapi still got open house invitation. Takpe la. Masing2 tunggu weekend nak buat open house. Maklum orang bekerja. Aku tak buat open house. Keadaan rumah mcm tak sesuai je. Haha. Alasan. Tapi betul la, mmg aku rasa kurang sesuai. Nanti dah ada rumah baru aku buat open house. InsyaAllah. Amin.

Now Izzah is 11 months. Technically she will be 1 year young on this coming 27 October 2010. Dah besar dah. Erm..nak buat besday celebration ke? Papa kata buat kecik2 je kot. Within close family members je.Ok agreed. Maka nanti bole la tempah kek. Nak tempah kat mana ek? Owh, my aunty ada buat kek. Kalau nak tgk, tgk kat sini (promote nih). Hehe. Nanti la mama pilih. Supriseeeee!!

As of 11 months, Izzah can do a lot of things. Crawling (very fast), cruising (also very fast), standing without support, walking (just few steps, alhamdulillah..her effort tu yang penting), clapping her hands, talking using baby's language (so cute ok!), and many more. Kata banyak kan, ape lagi ha? Owh "mengemas", panjat2 sofa, tarik spec mama, main2 dgn belt papa..aih macam2 la.

Erm ok la eh. Nak tgk drama tibi 3 ni. "Raya Musim Luruh". Macam best jek. Sebab ada Remy Ishak. Yeehaaa!!

Ok dah. nanti sambung. Tata titi tutu.....
Friday, October 8, 2010

Pot Luck

Hoyeah! Pot luck di office adalah best. Menu kami pagi ni adalah nasi lemak. Masing2 ada tugas sediakan nasi, sambal, telur, ikan bilis + kacang, timun & serunding. Memang sgt2 meriah & sedapppp. I like!

Akak tukang sediakan telur goreng. 22 bijik telur selamat digoreng. Huh gile banyak. Haha. Memang kenduri la. Beli telur sepapan petang semalam. Disebabkan akak ditugaskan utk sediakan telur goreng, maka sarapan incik suami kusediakan roti telur. Ok la tu kan. Sorry sayang, tak sempat nak masakkan nasi lemak. Tapi..i dah tapaukan untuk u ni. Complete set. Banyak lebih. Itu la yg dikatakan berkat bila makan ramai-ramai. Walaupun kita rasa tak cukup, InsyaAllah kalau niat ikhlas, cukup semuanya.

Kesimpulannya nasi lemak yg kami sediakan memang sedap. Bak kata wonder pets "apa yg penting kerjasama!" So next menu apa ek? jeng..jeng..jeng..
Tuesday, October 5, 2010

4 steps ahead!

More steps please Izzah. Cayalah!

Kejadian berlaku petang semalam kat umah my mother in law. Izzah sgt seronok bermain2 dari sofa sana ke sofa sini. Dari papa ke atok. Pegi pulak ke wan dan pak lang. Hehe. Izzah was fascinated by her pak lang's new spectacles. Actually dia memang suka mencapai spec mama, atok dan sesiapa yg memakai spec. So dalam pada dia nak mencapai spec pak lang nye itu, maka dia pon melangkah dgn gagah sebanyak 4 step (mungkin dia x perasan dia tgh berjalan). Pak lang pon purposely mengelak sbb nak encourage izzah to walk. Caiyok! Good job Izzah, good job.

Tapi tak sempat la pulak nak rekod. Kejap benor & tiba2 jek. Weeheee. Lepas ni practice lagi ye Izzah. You can do much much better than this. We love u!
Monday, October 4, 2010

Toys "R" Us adalah best!

Haha. Macam budak2. Teruja tengok toys yg sgt byk. Habis semua di try(Papa Izzah yg try). Huahua. Almaklum, kecik2 dulu mana dapat pegi gedung mainan tersebut. Main la kau tanah kat luar rumah tu. Kuang2.

Misi sebenar nak beli toys Izzah. Listed down a few.

1. Ball (big enough, colourful, ada bunyik2, lampu2) - resultnye ialah: dapat beli 2 bijik ball. Satu ball empuk, satu lagi ball ada objek kat dalam tu. Bole belajar focus when she's trying to get the object inside.

2. Something to cuddle such as teddy bear, or cartoon pillow - result: belum beli lagi sebab tak tau nak beli yang mana. Hehe

3. Trainer walker - result: got a few choices. But still surveying it. Yet to buy.

4. Development toys - result: beli baby's stack & spin first gear. Mainan tu ala2 kereta, bila baby tolak, gear tu akan berpusing2 & kluarkan bunyi.

Sangat malas nak upload gambar sebab tenet kat kantor ni al-lembab. Hahaha.

Ok sekian saja cerita toys r us.