Wednesday, October 13, 2010

Itu Ini

Situation 1

Makcik A: Baby ni dah pandai buat apa? Dah 5 bulan kan?
Makcik B: Budak ni meniarap pon belom. Malas. Anak beliau C dah nak merangkak dah.

My comment: Suka2 kau je makcik nak cakap anak orang malas. The baby is not lazy okay. Maybe he or she just NOT READY yet.
Kesian baby, dia belum ready tapi orang kata dia malas. Baby mana ada malas2. Ko ingat macam orang dewasa ke dia nak malas2! Each baby kan unik. They have their own milestone to achieve. So stop comparing! Ingat barang ke nak compare. Huh!

Situation 2

Bila baby/toddler dah pandai merangkak, memapah malahan berjalan dan berlari. Lepas tu tak reti duduk diam. Keluar pulak perkataan "lasak & nakal". This is negative word. Aku memang tak boleh terima. You better don't say it to my daughter. The positive correct word is ACTIVE. Please take note. I repeat, ACTIVE. Budak itu hanya bermain. Kita la yg mengawasinya. Sedar tak kalau asyik sebut "budak ni nakal. lasak pulak tu", memang jadi la budak tu. Dah didoakan begitu. Kesian.

Situation 3

At some age, some baby akan masukkan kaki dalam mulut. Flexible. Dahsyat! Cuba korang buat sekarang. Boleh x? Haha. But it's baby's development.
Tapi orang akan cakap : "haa..nak dapat adik la tuh".

My comment: Ape kaitan masuk kaki dalam mulut dengan nak dapat adik?? What in the world? Kalau the parent belum nak bagi adik, maka tak dapat adik la dia. Haih. Masing2 ada family planning. Jadi tolong tak payah beria-ria mengiakan mitos ini sambil menceritakan pengalaman saudara terdekat anda sebagai contoh. Mungkin itu secara kebetulan, Allah dah bagi rezeki pada mereka atau mereka memang sudah bersedia untuk menimang seorang lagi cahaya mata.

Nota penting: Me & my younger sister gap 3 years.
                     Hubby & his younger brother also gap 3 years.

Situation 4

Baby meleleh air liur. That's because dia belum pandai control air liur dia. And also maybe sebab nak tumbuh gigi.

Makcik D: Meleleh air liur ni..ape la mak dia tak dapat makan?
Aku: Ntah la makcik. Saya masa mengandung dulu mengidam nak beli Corolla Altis. Sekarang dah tak mengidam lagi sebab saya dah beli kereta tu. Makcik nampak tak kereta saya? Nampak kan? Sekian terima kasih.
Makcik D: (diam seribu bahasa)

Apsal nak sibuk2 pikir atau comment pasal anak aku hah? Pelisss la..

Situation 5

Pasal pil perancang or other family planning method. Ini memang kisah benar.

Puan E: Kau guna family planning apa? Aku makan pil xyz
Aku: Aku pernah makan, lepas tu aku stop. Suami aku suruh stop
Puan E: Abes tu, kau tak takut ter"accident" ke? Suami kau tak kisah ke?
Aku: Kan aku cakap, suami aku yg suruh stop. We have our own planning.
Puan E: Orang lelaki kat mulut cakap semua ok. Tapi dalam hati mana kau tau.
Aku: Suami aku, aku tau la! Suami orang lain aku tak tau.

Hoi! Suka2 kau je nak cakap macam2. Pandai2 kau plak nak kata suami aku cakap kt mulut lain, dalam hati lain. Entah2 suami kau yg macam tu. Dah suami aku yang suruh stop makan pil. Maknanya dia tau la "control". Sengal la kau ni. Tak paham2 lagi ke? Tak kan aku nak cerita detail pulak? Damn u!

Tak payah la diteruskan sampai situasi ke 100. Sebab situasi 5 dah cukup memuaskan hati aku untuk entri ini. Sapa makan cili dia rasa pedas. Sapa makan nasi dia rasa kenyang. Yes!

Before i ended up this entry, just to share the quote & link below for our parenthood reference. May it helps you.

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak”
                                                                                                                    
                                                                 Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

Always use positive approach!
Post a Comment