Friday, October 8, 2010

Pot Luck

Hoyeah! Pot luck di office adalah best. Menu kami pagi ni adalah nasi lemak. Masing2 ada tugas sediakan nasi, sambal, telur, ikan bilis + kacang, timun & serunding. Memang sgt2 meriah & sedapppp. I like!

Akak tukang sediakan telur goreng. 22 bijik telur selamat digoreng. Huh gile banyak. Haha. Memang kenduri la. Beli telur sepapan petang semalam. Disebabkan akak ditugaskan utk sediakan telur goreng, maka sarapan incik suami kusediakan roti telur. Ok la tu kan. Sorry sayang, tak sempat nak masakkan nasi lemak. Tapi..i dah tapaukan untuk u ni. Complete set. Banyak lebih. Itu la yg dikatakan berkat bila makan ramai-ramai. Walaupun kita rasa tak cukup, InsyaAllah kalau niat ikhlas, cukup semuanya.

Kesimpulannya nasi lemak yg kami sediakan memang sedap. Bak kata wonder pets "apa yg penting kerjasama!" So next menu apa ek? jeng..jeng..jeng..