Tuesday, November 30, 2010

A Trip To Seoul

It were just 3 of us plus 3 of them. It took about 15 minutes on the road with the speed of our PearlWhite. Very near huh? Hoho. Ok ok, let's reveal.

Actually we were...

Seouling the garden! Lalala..

Yes again!
This time around mmg puas hati sebab makan sampai lebam. Hoho.


Makan sendiri sebab mama papa busy makan
What expression is this?
 
why so serius chef? hehe

Masak-memasak

Makannnn


Izzah & Mama

I believe if my sister read this, she will claim this "trip" that i promised to her last time. Ok nanti kita pegi. Tapi bayar sendiri2 la. Hahaha.

p.s - more pictures will be uploaded at my buku. but not today. kurang rajin. lalalala.
Sunday, November 28, 2010

Izzah & Activities

Besides playing with her toys, she also likes to do activities without her toys.

Makan kat kedai (we called it kedai Kelantan). Actually Izzah biasa makan kat kedai. Tapi yg open air sebegini ada la sekali dua. Biasa kat shopping complex je. Since she can sit on her own now, so boleh la bawak pegi kedai2 sebegini lagi macam Senibong, Stulang etc.

Hummmm
She also wanted to facebooking. Haha.

Dari tepi bcoz she climb up the stool there. Huhu
Besides that, she likes to "help" me

Sidai kain
Eheh panas pulak
Lap kereta. Hehe. Acah jek. Papa dah cuci kat kedai.
Unlock the gate. Hari sudah siang.

And last but not least, berjalan2. Opcoz. Tgk la sapa mama & papa dia. Suka berjalan. Hehe.


Come follow papa

Walk with mama
Ok then. See you in the next episode at the same blog! Tata.

Henpon & Makan

Currently i'm using Nokia 5800 Express Music (if i'm not mistaken the model name. haha). This phone is good so far. It's not that i don't like this phone anymore. I do. Haha. But i like aifon4 more more and more. I want aifon4. My proposal has been approved by mr. hubby, finally. He wants the lates blackberry torch. That's ok eventhough the initial plan was both of us buy the aifon4. Variety. So probably i will grab that aifon4 in december or january due to unavailable stock at applestore in JB. Huh. I have to wait though. :D


menggodam aifon4 @ applestore

Gambar hiasan. Hehe
So ok. Nantikan kemunculannya. Weehuuu.

Now i wanna write about makan. Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Ok?
We went back to Malacca last week. Again, we had a date. Hehe. We did not watched a movie like the previous date but we had a yummy dinner at Seoul Garden, Mahkota Parade instead. Sedap wooo. Grill & steamboat. Ada halal Jakim. Jadi tak payah ragu2. Hoho. There are variety of meats and marinates. Daging lembu, kambing, ayam, ikan. Semua ada. But unfortunantely there were no labels at those meat. Since that was the first time we went there, i just took those meat yg agak2 dikenali la. Ayam, daging, ikan. Lepas tu amik la seafood and all those thing yg biasa nampak kat gerai2 steamboat tu. Then we have to cook ourselves.


The food. Tak cukup sebab sgt sedap! 


Then we eat

Semua sedap. Berasa la marinate nye tu. Disebabkan that time we all sampai dah pukul 9.30pm, buffet station tutup pukul 9.45pm, kedai tutup pukul 10.30pm, maka tak puas la makan. Rugi2. Wajib pegi lagi ni. Ayuh kita pergi yg kat JB pulak. Aduh lapor plak citer pasal Seoul Garden ni. Haih.


Seoul Garden, we will be back!! :D

After that, kitorg lepak tengok bola kat mekdi ayer keroh. Macam muda mudi. Macam org takde anak. Huahua. Ala ade je mak2 org yg lepak dgn their friends. I knew it because i heard thier conversation about bersalin bla bla. Asalnya hubby nak beli coffee je pastu balik. Tapi tengok kt tv ada game Man U vs team mana ntah. I couldn't remember. Bukan kaki. So i don't really know. Miahaha. According to my sister, cik adik manis dah tido. Maka kami mengambil keputusan untuk lepak di mekdi sampai habis 1st half of the game.

Kopi ini sedap
Lepas habis 1st half around 12.00am, kami pun pulang ke kampung halaman.

TAMMAT.

p.s - i love a date with my hubby! lalalala
Friday, November 26, 2010

Lamanya...

Hoho. Dah lama tak apdet blog. Mahap la ye. Tapi nak apdet sekarang pon mcm tak syok sebab internet kt ofis ni agak kelembapan bila nak apload gambo. Maka, mari kita pause dulu entri ini. :D

p.s : i want iphone4 pleaseeeee
Tuesday, November 16, 2010

Baru

Layan gambar dulu,

A new toy. Thanks aunty!
Dan lagi..

Fokus tuh..

Dan ini..

Cuba panjat, bole tak?



And..
Hoyes! I made it!
Lepas tu..
Sgt best berjalan2 @ Jusco Tebrau. First attemp of walking with shoes. Cayalah cik adik!

Lepas dah boleh jalan dengan suka hati..
Kejar mama pulak..Ayuh!
Sekian saja cerita baru. Malas la pulak nak cerita panjang2. Aku rasa org suka tgk gambar kot. Ok la tu. Sebenarnya dah ada idea semalam tapi terbantut dek kerana cik adik pon sibuk nk tekan keyboard. Maka hari ni aku dah malas nak pikir. Ya ampun.

Last but not least,

SALAM AIDILADHA untuk semua..

Sekian.
Saturday, November 13, 2010

Vacation

I need a vacation. Seriously. Pleaseeeee. Tak kisah la dalam or luar negara. Dah lama rasanya tak pergi vacation. Haih. Kena kumpul duit kot? Oh!

My wishlist (wishlist tuh :D)

1. Universal studio Singapore - the nearest ni. Harus direalisasikan dulu. Hehe.
2. Bandung - nak pegi since lepas kawen dulu. Honeymoon. Tapi postponed. Dalam pada postponed tu, i  became pregnant. Huhu. Maka, kita postponed lg.
3. Gold Coast
4. Phuket - phi phi island or krabi island. Mana2 la. Tengok gambar org pegi sana, owh jeles sungguh. Bila nak sampai ni?
5. Europe - boleh tak? Ntah bila dapat pegi ni. Kalau ada sponsor kan best!
6. Mekah - to perform hajj. Bila dah bersedia luaran & dalaman. InsyaAllah.

Travel melihat2 negara org kan best. Jauh perjalanan, luas pengalaman. Seperti kawanku byya yg selalu travel around the world. Jeles ok. Boleh bagi fund sket kat aku? Hehe. 


Ok sekian cerita angan-angan yg bakal menjadi kenyataan.

Babai!
Friday, November 12, 2010

Ibu Mertuaku

Actually post ni terlewat sehari kerana aku terlupa. Hehe. Sorry ya.

Just to wish...


To my beloved mother in law..

MIL & FIL
Dengan ucapan semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik, dapat cucu2 yg baik dan dipermudahkan segala urusan. Tak lupa juga selamat berpencen (hehe) pada tahun depan 111111 kan? Very nice date. Ok mak, we luv u!!
Thursday, November 11, 2010

Medicine Alert!

When we were at Malacca, Izzah got a fever and flu. So i brought her to the nearest clinic at Jasin. Klinik Dr. Zanawati at Taman Maju Jasin. Since she had a flu, i asked a doctor for a medicine. But the doctor said
" kanak-kanak bawah umur 2 tahun dah tak boleh diberi ubat batuk or selsema. Kementerian kesihatan dah keluarkan arahan. Boleh bagi parecetamol je kalau selsema ye". I was like okay. Whatever u said doc. Hehe. So he gave paracetamol and ubat "batuk pernafasan", ubat titis dlm hidung & antibiotic.

As soon as we reach my parent's home, i gave Izzah the medicine as prescribed by the doctor except the antibiotic. Memang tak nak bagi sebab budak2 kalu kurang sihat, means that dia nak develop their own antibodi. So mari kita abaikan antibiotic itu. :D

The next day, she become better. Her body temperature was normal but she still had a flu. I think maybe sebab cuaca sejuk. And gangguan daripada hama yg menggigit, so she didn't had an enough rest. Bila balik JB, still selsema. But the mukus dah tak cair. Dah semakin pekat. Maknanya dah nak baik la tu kan? So malam tadi ku bagi lg ubat "batuk pernafasan". I thought that one is for the flu. But when i think back, i feel that it is not for the flu. Ubat tu utk batuk & melegakan pernafasan budak yg sdg selsema. Ces. Anak aku tak batuk, apsal bagi ubat tu? Grrrr!

So pagi tadi, her babysitter asked me "ada bawak ubat selsema tak?" I said " ubat selsema dah tak boleh bagi kak, bagi ubat demam tu je ye kalau teruk selsemanya". And as a mom, of course i would like to know my daughter's condition. So i called her babysitter. She said she already gave Izzah the ubat demam. I asked "ubat kaler ijau tu akak bagi tak?". She said "tak, tu ubat batuk kan? Izzah tak batuk". Fuh legaaa. Bukan apa, i googled about this ubat selsema issue, then i found an article daripada blog org. Then terus terangkan kat babysitter. Dia paham. Aku lega. So lebih baik share je kat sini. Untuk pengetahuan bersama. * copy paste je article ni *


Ubat batuk, selesema tidak sesuai budak bawah 2 tahun


Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak berumur bawah dua tahun, demikian penemuan terbaru Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan.

Susulan itu, Bernama melaporkan, PBKD memutuskan untuk mengehadkan penggunaan produk untuk merawat batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Eisah A Rahman.

Amaran keselamatan seperti "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun" wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan, katanya dalam satu kenyataan.

Produk-produk terlibat adalah sediaan cecair melalui mulut yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah dipetik berkata produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Tambah pegawai kanan kementerian itu, apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih daripada dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan jika diberi melebihi dos yang disarankan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," Eisah dipetik berkata semalam.

Tambahnya lagi, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema yang dialami kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema daripada jangkitan virus boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," katanya seperti dilaporkan.

Bagaimanapun, kata Eisah, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda pulih atau disertai dengan demam, mukus pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor.


Hence, let us be careful. If our little child had a flu, just take a good care of them. They will recover naturally. InsyaAllah.

p/s : peringatan utk diri sendiri jugak, anak demam or selsema kalau boleh jangan terus bagi ubat. try the alternative seperti cara tradisional. hehe.
Monday, November 8, 2010

When We Went Back To Hometown

Izzah is the happiest person in the world because she can do a lot of activities which definitely she cannot do at home! Yes this is my time. :) Sorry mama, it's nenek's home. She allowed me to do whatever I want. Hehe acah la tu kan. Mana reti Izzah nak cakap gitu. Tapi yg pastinya memang Izzah adalah sangat seronok bila balik kampung. Segala mala toys yg mama bawak dia tak heran. Yang dia herankan adalah segala benda kat dalam rumah nenek. Haha. Iaitu:

1) Kerusi plastik - boleh main tolak2 kerusi. Haih

2) Pinggan mangkuk nenek yg sgt mudah dicapai oleh Izzah. Adoi la. Hari tu da pecah sebijik mangkuk nenek. Nasib baik mangkuk free. Selamat duit mama tak payah ganti. :D

3) Langsir bilik nenek & atok - kejap2 selak langsir, pastu masuk bilik, pastu keluar balik. Haha. Sangat comel!

4) Alat penebar roti jala (ape ntah nama sebenar benda ni) - dibuatnya main ketuk2 lantai. Kuang2

5) Tangga - yeah! mari kita panjat tangga

6) Remote TV - gigit masuk mulut. Dah 2 kali remote ni rosak tableh tekan. Tapi atok tak marah sbb Izzah yg rosakkan. See, dasat betul penangan seorg cucu. Kalu anak dia siap la kena marah. Huhu

7) Rumah yg luas - syok bangat la tu berjalan. Jalan laju pulak tuh!

8) Kabinet dapur nenek - boleh main bukak tutup pintu kabinet. Nenek tak marah pon! Kalau mama sure da kena marah dah. Haha

9) Keyboard - boleh tekan2 dengan penuh gaya seperti ahli muzik profesional. Kuikui. Atok ajar, Izzah ikut je. Sampai atok turunkan ke bawah keyboard tu nak bagi Izzah main.

10) Penyidai baju - tolak sana, tolak sini. Atok tolong jaga. Kat rumah jb mana dapat nak tolak benda ni. Bahagia betul ye Izzah.

11) Bilik atok nenek ada aircond - Bila siang Izzah tido kt sini. Mama tumpang sekaki la. Huhu. Tu pon kalau Izzah tido siang. Tapi biasanya saaaangat susah dia nak tido siang kalau kat kampung. Banyak benda boleh buat kot. Apa barang tido bhai. Malam kang tido la.

12) Segala aktiviti nenek - Izzah boleh kacau & join sekali. Confirm nenek tak marah punya la.

13) Hama (sejenis serangga yg sangat halus tapi menjengkelkan) - Yang ni tak best! Sebab dia merayap pastu gigit badan Izzah. Habis merah2 & gatal2. Kesian Izzah. Ni masih merah2 lagi badan dia. Mama sapukan calamine cream & baby balm. Bau serai je anak mama. Hehe. Mama & papa pon kena gigit jugak. Sumpah gatal! Nenek kata nanti nenek hapuskan segala hama tu. Boleh pulak ayam mengeram kat beranda depan rumah nenek. Cess kau ayam!

14) Cuaca sejuk panas - Izzah demam. Kesian dia. Tapi still active macam biasa. Macam takde apa2 berlaku. Hingus meleleh la tapi. Badan panas jugak 38 degree C. Pegi klinik, mama mintak ubat bonts. Malam tu Izzah tido diselang2 dengan tuaman air sejuk oleh mama. Esok paginya rasa badan dia dah ok. Tak demam dah. Alhamdulillah.

15) Nenek masak lauk sedap2 - Ok yg ni tak berapa ada kaitan dengan Izzah. Saja nak kasik cukup 15 isi kandungan entry ni. Ini lebih kepada keseronokan mama. Hehe. Macam2 woo mak gua masak. Memang terbaek la. Rosak diet i ok. Takpe kasi can. Bukannya selalu.

Bila dah cukup 15, mari kita tgk gambar pulak.

Memegang ampaian. Heeee
Tolakkkk..ok nampak tak tanda merah belakang leher izzah tu? Tu adalah bahana hama yg jahat!

Tak banyak pulak gambar kat kampung halaman. Tak nyempat le nong nak amik gambo. Akak sibuk. Kuikui. Ada lagi sebenarnya tapi cam kureng sesuai. Tak payah letak la kan. Lagi bagus. :D

Eh eh tiba2 macam ada isi kandungan no. 16. Haha. Kita sambung la kot?

16) Mama & papa boleh dating. Yes finally. Thanks to bonda yang tolong jaga cik adik manis. Love u mak!

So we were out for a date. Malacca town. Pahlawan mall to be exact. The traffic was as expected. Ape diorg buat kat Melaka ni hah? Hehe. Luckily we had an option to park at the building opposite Pahlawan Mall (ape name ntah, lupe da). As planned, we watched movie. Actually nak tengok "The other guy" but the showtime was only at 12.00 am. Tak dapek la nak nolong kan. At last we decided to watch this



Very entertaining movie i must say. Best woo. Lawak pon ye. Lain la daripada citer2 superhero yg lain. Worth spending, 16 hengget sorang for 3D. Real wa cakap lu. But, may i remind for those who are pregnant mommy, please do not watch this movie sebab macam2 rupa bentuk mahkluk ada. Hehe. 

So this is us in the cinema :)

After the show. Orang semua sibuk nak keluar panggung dah
After movie, kita pegi The Jetty pulak.



Lepas tu kita pegi spa untuk memanjakan diri.


Hah sental kak. Saya pijak lumpur tadi. Haha
Lepas tu kita balik rumah. Dah pukul seblas. Sampai rumah, cik adik manis dah tido. Alhamdulillah. Senang makayah.

Oh, satu lagi cerita before we went back to hometown last Thursday, we stop by at hubby's boss home to visit his newborn baby girl. It's their 4th baby anyway. Congrates to them! Izzah pon happy jugak sebab dia dapat jumpa kawan2. Their 3rd child sebaya dengan Izzah. Tapi da dapat adik dulu. Hehe. Nanti la Izzah ye. Ada rezeki nanti ada la adik Izzah. Amin..

Layan gambar je la jom!


Haa masuk mulot semua
Gegar plak gambar ni. Huhu

4 of them. Seronoknya kalau...


Ok dah habis kot. Hari dah malam. Mari kita tidur.

Bye!
Tuesday, November 2, 2010

The Birthday Part II

At malacca. Last weekend. Everything was going fine. Just Izzah a little bit sleepy. Itu la siapa suruh tak tido kat dalam kereta? Huhu. Biasa dia tido dalam kereta on the way balik kg. Kali ni tak. Apsal ntah. Excited nak celebrate birthday dengan nenek & atuk melaka kot. :D

Actually this celebration is more to doa selamat. Atuk kan imam. Maka, mari baca doa untuk Izzah. Hehe. Atuk siap baca doa kat ubun2 Izzah. Doa apa i'm not sure sebab atuk baca slow je. Lepas tu tiup kat ubun2 Izzah. The good doa i'm sure.

Lepas baca doa, baru la nyanyi "happy birthday to u" then tiup lilin. Izzah tak pandai tiup lagi. So mama & papa yg tiupkan. Lepas tu kita potong kek. Kali ni Izzah dengan gembiranya potong kek. Sebab dia dpt conquer itu pisau seorg diri. Hoyeah!

My mom cooked laksa penang, pulut kuning, rendang ayam, sambal ikan bilis and puding. Meriah ok. Excited sungguh nenek nak menyambut ulang tahun cucu yg ke satu. Hehe. Caiyok2. Semua sedappppp. Rosak terus diet ku hari itu. Kakakaka.

Mari lihat gambar



Strawberry marshmallow cream cheese cake. Yummy!

One

Izzah tengok atok kot?


Makteh takde.Beliau ada exam. Papa tukang tangkap gambar


Thanks to aunty & makteh for the presents. Present yg makteh bagi adalah best. It's Izzah's potret. Thanks to the artist yg lukis. Lepas ni lukis potret mama Izzah boleh tak? Hehe. Aunty pulak bagi toys. From ikea. Belum bukak lagi. Macam mencabar minda. Nanti dicuba ok!

Oh btw, bila dah setahun kena amik injection. So Izzah had been taking the injection today. I'm not sure injection apa. Haha. Malas nak bukak buku tengok. She was doing well. Nangis sikit maybe sebab terkejut. After that she could raised up her hand like nothing happen. Very good. That's my girl. Izzah means "kekuatan". So she is strong. The injections before this pon dia ok. Tak demam. Alhamdulillah.

This weekend, we will be going back to malacca, again! Tgh plan nak buat apa. Izzah seronok la tu dapat main tolak kerusi. Game baru yang atuk ajar. Toys yang sebakul bawak dari jb terus dia tak heran. Haha.

Ok dah habes. Bye!
Monday, November 1, 2010

I Crave

Watching movies at the cinema! The last time we watched movie was 6 months ago during my birthday. We watched Lagenda Budak Setan yang so-so je la citernye. Owh lamanya. Ke ada orang yg lagi lama? Bagi aku lama sebab kami mmg jenis suka tengok wayang, suka berjalan di hujung minggu. So we plan to watch movie this week at Malacca. Go back to my hometown again this weekend. Yahuuu!!

I was thinking maybe we could bring Izzah together. I also googled some tips for bringing baby to the cinema. One of it is this. Kalau ikut article ni, boleh la bawak. Tapi kena pandai timing. Erm camne eh. Nanti la dibincangkan dgn hubby. But a friend of mine had suggested to take a baby to the cinema if we would like to do so. Nanti senang. Baby dah biasa dgn environment dalam panggung. Tapi Izzah sekarang dah pandai berjalan. Ada yg dia berjalan 1 panggung kang. Haha. Eh tapi gelap, dia tak jalan2 kot. Ke dia nangis?? Adus..dilema2. Susah2 Izzah tinggal la dengan nenek kejap. Boleh? :D

Cerita apa ada kat panggung sekarang ni ek? Serius ketinggalan. Dulu Inception pon tak dapat tengok. Cis2. Boleh je nak tengok tapi kena amik cuti la pulak. Haih. So any suggestion??

Lepas tu kan, aku nak selitkan jugak gambar ni. Takde kaitan dengan cerita dia atas. Tapi ada la jugak kaitan denga tajuk entri ini. Muahahaha. I always wanted to buy this for Izzah
 
A storybook rhymes!
Open the book and it will sing the nursery rhymes!

Selalu tgk buku ni kat toys r us..rm79.90. Mak aih mahal btol! Then last 2 weeks ku pergi tesco. Terjumpa buku ni dgn harga rm 60.00. Tanpa berlengah lagi ku terus la angkut. Kata idaman hati. Huahua. Nasib baik Izzah suka buku ni. Siap tepuk2 tangan lagi. Maka investment ku adalah berbaloi2.

Ok nanti kita sambung. Cerita lain la tapi. Cerita crave da abes. Tapi mana tau ada rezeki nanti i will become pregnant mommy again, that time ada la kot cerita crave lagi. :D