Thursday, November 11, 2010

Medicine Alert!

When we were at Malacca, Izzah got a fever and flu. So i brought her to the nearest clinic at Jasin. Klinik Dr. Zanawati at Taman Maju Jasin. Since she had a flu, i asked a doctor for a medicine. But the doctor said
" kanak-kanak bawah umur 2 tahun dah tak boleh diberi ubat batuk or selsema. Kementerian kesihatan dah keluarkan arahan. Boleh bagi parecetamol je kalau selsema ye". I was like okay. Whatever u said doc. Hehe. So he gave paracetamol and ubat "batuk pernafasan", ubat titis dlm hidung & antibiotic.

As soon as we reach my parent's home, i gave Izzah the medicine as prescribed by the doctor except the antibiotic. Memang tak nak bagi sebab budak2 kalu kurang sihat, means that dia nak develop their own antibodi. So mari kita abaikan antibiotic itu. :D

The next day, she become better. Her body temperature was normal but she still had a flu. I think maybe sebab cuaca sejuk. And gangguan daripada hama yg menggigit, so she didn't had an enough rest. Bila balik JB, still selsema. But the mukus dah tak cair. Dah semakin pekat. Maknanya dah nak baik la tu kan? So malam tadi ku bagi lg ubat "batuk pernafasan". I thought that one is for the flu. But when i think back, i feel that it is not for the flu. Ubat tu utk batuk & melegakan pernafasan budak yg sdg selsema. Ces. Anak aku tak batuk, apsal bagi ubat tu? Grrrr!

So pagi tadi, her babysitter asked me "ada bawak ubat selsema tak?" I said " ubat selsema dah tak boleh bagi kak, bagi ubat demam tu je ye kalau teruk selsemanya". And as a mom, of course i would like to know my daughter's condition. So i called her babysitter. She said she already gave Izzah the ubat demam. I asked "ubat kaler ijau tu akak bagi tak?". She said "tak, tu ubat batuk kan? Izzah tak batuk". Fuh legaaa. Bukan apa, i googled about this ubat selsema issue, then i found an article daripada blog org. Then terus terangkan kat babysitter. Dia paham. Aku lega. So lebih baik share je kat sini. Untuk pengetahuan bersama. * copy paste je article ni *


Ubat batuk, selesema tidak sesuai budak bawah 2 tahun


Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak berumur bawah dua tahun, demikian penemuan terbaru Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan.

Susulan itu, Bernama melaporkan, PBKD memutuskan untuk mengehadkan penggunaan produk untuk merawat batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Eisah A Rahman.

Amaran keselamatan seperti "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun" wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan, katanya dalam satu kenyataan.

Produk-produk terlibat adalah sediaan cecair melalui mulut yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.

Eisah dipetik berkata produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Tambah pegawai kanan kementerian itu, apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih daripada dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan jika diberi melebihi dos yang disarankan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati," Eisah dipetik berkata semalam.

Tambahnya lagi, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema yang dialami kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema daripada jangkitan virus boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," katanya seperti dilaporkan.

Bagaimanapun, kata Eisah, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda pulih atau disertai dengan demam, mukus pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor.


Hence, let us be careful. If our little child had a flu, just take a good care of them. They will recover naturally. InsyaAllah.

p/s : peringatan utk diri sendiri jugak, anak demam or selsema kalau boleh jangan terus bagi ubat. try the alternative seperti cara tradisional. hehe.

2 comments:

Lin Ghazale said...

terime kasih di atas info ini.huhu
aritu ubat selsema/batuk kerajaan habes. pi klinik private biasa, dia kasi Chlorpheniramine-4.aku pon kasi je.T___T.hopefully, takde la ape2 di masa depan.

kalau g hospital kerajaan, dia kasi linctus something untuk selsema/batuk.
demam mcm biasa la. kasi pcm.

Mama Ardini said...

no prob. itu la, aku pon bagi je ubat yg doc bagi. hopefully takde apa2 la. nanti bagi pcm je kalu selsema/batuk.