Monday, November 8, 2010

When We Went Back To Hometown

Izzah is the happiest person in the world because she can do a lot of activities which definitely she cannot do at home! Yes this is my time. :) Sorry mama, it's nenek's home. She allowed me to do whatever I want. Hehe acah la tu kan. Mana reti Izzah nak cakap gitu. Tapi yg pastinya memang Izzah adalah sangat seronok bila balik kampung. Segala mala toys yg mama bawak dia tak heran. Yang dia herankan adalah segala benda kat dalam rumah nenek. Haha. Iaitu:

1) Kerusi plastik - boleh main tolak2 kerusi. Haih

2) Pinggan mangkuk nenek yg sgt mudah dicapai oleh Izzah. Adoi la. Hari tu da pecah sebijik mangkuk nenek. Nasib baik mangkuk free. Selamat duit mama tak payah ganti. :D

3) Langsir bilik nenek & atok - kejap2 selak langsir, pastu masuk bilik, pastu keluar balik. Haha. Sangat comel!

4) Alat penebar roti jala (ape ntah nama sebenar benda ni) - dibuatnya main ketuk2 lantai. Kuang2

5) Tangga - yeah! mari kita panjat tangga

6) Remote TV - gigit masuk mulut. Dah 2 kali remote ni rosak tableh tekan. Tapi atok tak marah sbb Izzah yg rosakkan. See, dasat betul penangan seorg cucu. Kalu anak dia siap la kena marah. Huhu

7) Rumah yg luas - syok bangat la tu berjalan. Jalan laju pulak tuh!

8) Kabinet dapur nenek - boleh main bukak tutup pintu kabinet. Nenek tak marah pon! Kalau mama sure da kena marah dah. Haha

9) Keyboard - boleh tekan2 dengan penuh gaya seperti ahli muzik profesional. Kuikui. Atok ajar, Izzah ikut je. Sampai atok turunkan ke bawah keyboard tu nak bagi Izzah main.

10) Penyidai baju - tolak sana, tolak sini. Atok tolong jaga. Kat rumah jb mana dapat nak tolak benda ni. Bahagia betul ye Izzah.

11) Bilik atok nenek ada aircond - Bila siang Izzah tido kt sini. Mama tumpang sekaki la. Huhu. Tu pon kalau Izzah tido siang. Tapi biasanya saaaangat susah dia nak tido siang kalau kat kampung. Banyak benda boleh buat kot. Apa barang tido bhai. Malam kang tido la.

12) Segala aktiviti nenek - Izzah boleh kacau & join sekali. Confirm nenek tak marah punya la.

13) Hama (sejenis serangga yg sangat halus tapi menjengkelkan) - Yang ni tak best! Sebab dia merayap pastu gigit badan Izzah. Habis merah2 & gatal2. Kesian Izzah. Ni masih merah2 lagi badan dia. Mama sapukan calamine cream & baby balm. Bau serai je anak mama. Hehe. Mama & papa pon kena gigit jugak. Sumpah gatal! Nenek kata nanti nenek hapuskan segala hama tu. Boleh pulak ayam mengeram kat beranda depan rumah nenek. Cess kau ayam!

14) Cuaca sejuk panas - Izzah demam. Kesian dia. Tapi still active macam biasa. Macam takde apa2 berlaku. Hingus meleleh la tapi. Badan panas jugak 38 degree C. Pegi klinik, mama mintak ubat bonts. Malam tu Izzah tido diselang2 dengan tuaman air sejuk oleh mama. Esok paginya rasa badan dia dah ok. Tak demam dah. Alhamdulillah.

15) Nenek masak lauk sedap2 - Ok yg ni tak berapa ada kaitan dengan Izzah. Saja nak kasik cukup 15 isi kandungan entry ni. Ini lebih kepada keseronokan mama. Hehe. Macam2 woo mak gua masak. Memang terbaek la. Rosak diet i ok. Takpe kasi can. Bukannya selalu.

Bila dah cukup 15, mari kita tgk gambar pulak.

Memegang ampaian. Heeee
Tolakkkk..ok nampak tak tanda merah belakang leher izzah tu? Tu adalah bahana hama yg jahat!

Tak banyak pulak gambar kat kampung halaman. Tak nyempat le nong nak amik gambo. Akak sibuk. Kuikui. Ada lagi sebenarnya tapi cam kureng sesuai. Tak payah letak la kan. Lagi bagus. :D

Eh eh tiba2 macam ada isi kandungan no. 16. Haha. Kita sambung la kot?

16) Mama & papa boleh dating. Yes finally. Thanks to bonda yang tolong jaga cik adik manis. Love u mak!

So we were out for a date. Malacca town. Pahlawan mall to be exact. The traffic was as expected. Ape diorg buat kat Melaka ni hah? Hehe. Luckily we had an option to park at the building opposite Pahlawan Mall (ape name ntah, lupe da). As planned, we watched movie. Actually nak tengok "The other guy" but the showtime was only at 12.00 am. Tak dapek la nak nolong kan. At last we decided to watch this



Very entertaining movie i must say. Best woo. Lawak pon ye. Lain la daripada citer2 superhero yg lain. Worth spending, 16 hengget sorang for 3D. Real wa cakap lu. But, may i remind for those who are pregnant mommy, please do not watch this movie sebab macam2 rupa bentuk mahkluk ada. Hehe. 

So this is us in the cinema :)

After the show. Orang semua sibuk nak keluar panggung dah
After movie, kita pegi The Jetty pulak.



Lepas tu kita pegi spa untuk memanjakan diri.


Hah sental kak. Saya pijak lumpur tadi. Haha
Lepas tu kita balik rumah. Dah pukul seblas. Sampai rumah, cik adik manis dah tido. Alhamdulillah. Senang makayah.

Oh, satu lagi cerita before we went back to hometown last Thursday, we stop by at hubby's boss home to visit his newborn baby girl. It's their 4th baby anyway. Congrates to them! Izzah pon happy jugak sebab dia dapat jumpa kawan2. Their 3rd child sebaya dengan Izzah. Tapi da dapat adik dulu. Hehe. Nanti la Izzah ye. Ada rezeki nanti ada la adik Izzah. Amin..

Layan gambar je la jom!


Haa masuk mulot semua
Gegar plak gambar ni. Huhu

4 of them. Seronoknya kalau...


Ok dah habis kot. Hari dah malam. Mari kita tidur.

Bye!

3 comments:

Lady Naza said...

wahaha..seronok izzah main..mmg yg bukan meinan tu la yg die buat meinan kan..hehehe..waaa, nak tgk wayang gaaakkk..dah lama nih..last mase izz duduk kg smggu sebelum raya aritu..adui

faiez said...

part mama n papa g tgk movie tu plg besh..siap g spa kot...aduyai..besh nyer....

Mama Ardini said...

sila ibu2..tinggalkan anak anda degn atuk nenek mereka..hehe