Thursday, January 20, 2011

Satu Tahun Tiga Bulan

27 Jan 2011 ni baru masuk 1 tahun 3 bulan. Perkembangan terbaru beliau adalah seperti berikut;

1. Dah pandai sebut nama sendiri. Iz..zah..Iz..zah..
2. Pandai buat phone call. Haha. Ok, buat gaya org tgh buat call sambil bercakap tanpa henti. Org yg dia call tu macam takde peluang nak bercakap sebab dia bercakap non-stop! HAHAHA. Kadang2 cakap2 lepas tu ketawa. Cakap2 lepas tu sengih. Cakap dan cakap dan cakap dengan volume yg semakin tinggi. Tgh marah la tu kot. :D
3. Pandai membezakan handset nokia & blackberry. Her choice is of course blackberry.Owh!
4. Pandai sebut Mama, Papa
5. Menyebut beberapa word seperti "nak", "tak nak", "nak g mana"?, "amik", "minum"
6. Sudah pandai "sayang". Kalau kami sebut "sayang mama (sambil menunjuk pipi)" dia terus datang nak kiss dgn bunyi "hmmmm". I like this one!
7. Dah panjat katil & sofa
8. Sgt suka keluar rumah. Kejap2 amik kasut nak mintak pakaikan sebab nak keluar rumah.
9. Pernah mencuba pakai kasut sendiri tapi tak berjaya. At least dia tau kasut utk dipakai di kaki. Very good.
10. Suka sgt bukak wardrobe & amik topi. Lepas tu pakai sendiri topi tersebut.
11. Minum susu sudah 7oz sekali minum
12. Berlari sambil bercakap2 & ketawa kalau nampak kitorg kat pintu bila amik dia kt umah babysitter
13. Bila mama marah, dia x brapa nak heran. Bila papa marah, tau pulak takut. Haih
14. Suka makan nasi goreng. Nasi/bubur + lauk dah tak berapa layan.
15. Suka makan carrot rebus potong panjang2.
16. Suka tengok/baca buku. Kalau bukak bakul mainan, 1st thing yg dia keluarkan mesti buku.
17. Kalau org amik gambar dia, dan2 tu jugak nak tgk. Hoho
18. Pandai unlock screen blackberry. Muehehehe.
19. "Mengemas" adalah kepakarannya.
20. Suka sgt masukkan kertas dlm mulut. Adoi la. Rasanya ada cebisan yg dah selamat kena telan. Kuang2.
21. Dah pandai susun blok menjadi tinggi. Ho yes!
22. Kalau dalam kereta, semua benda nak usik. Radio, wiper, signal, lampu. In fact, we learnt few things from her 'curious-to-know' attitude. Seperti macam mana nk tukar disc 1 to disc 2, macam mana nak tukar channel whithout pushing the buttons, macam mana nak scan frequency using convenience button at the stereng. Bagus jugak ada explorer ni.
23. Lepas minum air masak mesti sebut "aahhhh" sambil buat gaya. Hehe
24. Pandai susun mangkuk yg lebih kecik ke dalam mangkuk besar.
25. Pandai masukkan baju kotor dalam bakul. Bagus!

Tu je yg ingat setakat ni. Banyak lagi rasanya ni. Nanti bila teringat bole la tulis kat entry lain.

Letak gambar sekeping dua. :D


Suka sgt main mangkuk. Namanya pon anak dara kan..

My first structure

Naik kereta terbalik?
Eh eh dah pukul 1.15am la. Mari kita tido. Esok cut. Yeay!

P.S - aku menaip kat laptop macam menaip kt BB. asyik2 tersilap tekan shift/ctrl. huhu
Saturday, January 15, 2011

Alycia 1st Giveaway

Giveaway lagi. Weehoo! Tadi buat blogwalking then terjumpa giveaway ni. So rasanya tak salah mencuba. Yes mari kita join. Kikiki. Untung2 dapat la book charms yg sgt la charming tuh. :D

First of all, salam perkenalan untuk alycia..come visit & follow my blog k..T______T

Ok, tepek banner pulak,

Orait dah. Lepas ni tepek banner kat side bar. After that..tinggalkan link kt blog alycia. Ayuh buat sekarang.

Siap!

P.S - suka2 sambil menambah kenalan :D
Tuesday, January 11, 2011

Sudah Tukar

Ok, layout dah tukar. Tapi ada lagi nak kena adjust. Nantilah. Still under construction. Tgk apa yg ada dulu ok?

The Happiest Baby Contest

Today is a public holiday for Johor state. Jadi mari kita update blog. Haha.

I've been invited by Eva to join this contest & thanks eva! :D Saja suka-suka coba nasib. Ada rezeki menang, takde rezeki cuba lagi. No problem. Hehe.

Ini adalah gambar yg dipertandingkan,

Ceria kan? kan? Ceria!!
Gambar kurang sharp tapi takpe la. Yang penting keceriaan model tersebut. Yeahhh!

So guys, let's vote for izzah by following these steps. Senang je ni. Vote vote. Caiyok!

Click this link & then click "like" button.
http://www.facebook.com/notifications.php#!/pages/Evashoppe/109677199071631

Then click this link & click "like" button at izzah's picture and you're DONE. Thanks for your vote!
http://www.facebook.com/notifications.php#!/photo.php?fbid=491249209527&set=o.109677199071631

Senang kan? Dah mari meng"vote" cik adik manis ni. Thanks all.

Tata titi tutu....:D
Wednesday, January 5, 2011

The Engagement of 2010

Memang cun2 closing of 2010. My sister's engagement with her fiance, Badry. Congrates to both of u! We are happy for you sis! xoxo

Tema yg dipilih oleh beliau was purple karer. So everybody in the family were wearing purple. Meriah ok. Siap ada pelamin, mak andam. Aku bertunang dulu mekap tenyeh sendiri je. Haha. Sebenarnya kami dulu xde budget kot. T___T

 Mari kita layan gambar pulak.
With si polan yg bertunang :D 
 
Si polan yg bertunang bersama tunang beliau :D

Mereka bersama bonda. Ayahanda tak dapat ditangkap untuk bergambar kerana beliau kan YB..hoho

Aloq Staq mai naaa..


Orang melaka..:D

So sis, selamat menjadi tunangan orang. Darah manis ni. Tabahlah menempuh dugaan yg mendatang kerana dugaan itu adalah untuk menguji kekuatan dan kesabaran kita. Eceh. Nasihat ok. :D

Ok habes.

Posted from laptop sbb blom bape nak terer post guna cik lampu suluh. Haha.