Thursday, January 20, 2011

Satu Tahun Tiga Bulan

27 Jan 2011 ni baru masuk 1 tahun 3 bulan. Perkembangan terbaru beliau adalah seperti berikut;

1. Dah pandai sebut nama sendiri. Iz..zah..Iz..zah..
2. Pandai buat phone call. Haha. Ok, buat gaya org tgh buat call sambil bercakap tanpa henti. Org yg dia call tu macam takde peluang nak bercakap sebab dia bercakap non-stop! HAHAHA. Kadang2 cakap2 lepas tu ketawa. Cakap2 lepas tu sengih. Cakap dan cakap dan cakap dengan volume yg semakin tinggi. Tgh marah la tu kot. :D
3. Pandai membezakan handset nokia & blackberry. Her choice is of course blackberry.Owh!
4. Pandai sebut Mama, Papa
5. Menyebut beberapa word seperti "nak", "tak nak", "nak g mana"?, "amik", "minum"
6. Sudah pandai "sayang". Kalau kami sebut "sayang mama (sambil menunjuk pipi)" dia terus datang nak kiss dgn bunyi "hmmmm". I like this one!
7. Dah panjat katil & sofa
8. Sgt suka keluar rumah. Kejap2 amik kasut nak mintak pakaikan sebab nak keluar rumah.
9. Pernah mencuba pakai kasut sendiri tapi tak berjaya. At least dia tau kasut utk dipakai di kaki. Very good.
10. Suka sgt bukak wardrobe & amik topi. Lepas tu pakai sendiri topi tersebut.
11. Minum susu sudah 7oz sekali minum
12. Berlari sambil bercakap2 & ketawa kalau nampak kitorg kat pintu bila amik dia kt umah babysitter
13. Bila mama marah, dia x brapa nak heran. Bila papa marah, tau pulak takut. Haih
14. Suka makan nasi goreng. Nasi/bubur + lauk dah tak berapa layan.
15. Suka makan carrot rebus potong panjang2.
16. Suka tengok/baca buku. Kalau bukak bakul mainan, 1st thing yg dia keluarkan mesti buku.
17. Kalau org amik gambar dia, dan2 tu jugak nak tgk. Hoho
18. Pandai unlock screen blackberry. Muehehehe.
19. "Mengemas" adalah kepakarannya.
20. Suka sgt masukkan kertas dlm mulut. Adoi la. Rasanya ada cebisan yg dah selamat kena telan. Kuang2.
21. Dah pandai susun blok menjadi tinggi. Ho yes!
22. Kalau dalam kereta, semua benda nak usik. Radio, wiper, signal, lampu. In fact, we learnt few things from her 'curious-to-know' attitude. Seperti macam mana nk tukar disc 1 to disc 2, macam mana nak tukar channel whithout pushing the buttons, macam mana nak scan frequency using convenience button at the stereng. Bagus jugak ada explorer ni.
23. Lepas minum air masak mesti sebut "aahhhh" sambil buat gaya. Hehe
24. Pandai susun mangkuk yg lebih kecik ke dalam mangkuk besar.
25. Pandai masukkan baju kotor dalam bakul. Bagus!

Tu je yg ingat setakat ni. Banyak lagi rasanya ni. Nanti bila teringat bole la tulis kat entry lain.

Letak gambar sekeping dua. :D


Suka sgt main mangkuk. Namanya pon anak dara kan..

My first structure

Naik kereta terbalik?
Eh eh dah pukul 1.15am la. Mari kita tido. Esok cut. Yeay!

P.S - aku menaip kat laptop macam menaip kt BB. asyik2 tersilap tekan shift/ctrl. huhu

1 comment:

DayBab said...

Alhamdulilah.... bijak Izzah!! Semoga menjadi anak yang solehah buat Mama dan Papa...