Saturday, February 26, 2011

Bila?

Kami selalu dapat pertanyaan sebegini..

"Korang dah beli rumah? Bila nak beli rumah? Tunggu apa lagi? Rumah sekarang makin mahal, beli la cepat2!"

Kalau kami tak beli rumah pon ade menyusahkan kau ke? Bak sini duit kau, aku nak beli rumah. Haa jawab2. Haha. Ok, sedikit emo di situ. Tapi aku bosan dengan persoalan sebegini. Sekali lagi, mulut org tak boleh nak tutup kan? Takpe biar mereka bertanya sebab malu bertanya sesat jalan!

Sebenarnya bukan tak nak beli. Tapi kata org tu mungkin belum rezeki. Rumah kami berkenan, takde kosong pulak. Yang ada byk lot kosong, tak berkenan pulak. So camne tu? Mari kita bersabar dulu. Sambil tu boleh menokok simpanan akaun 2 kwsp. Lagi banyak lagi bagus. Betul tak?

Abes kalau dah beli rumah tu harus lah nak yg mampumilik-selesa-anggun-bergaya-praktikal-untuk-masa-depan. Kurang2 pada pandangan kami. Pandangan org lain kami tak kisah sebab bukan pakai duit org lain pon. Muahahaha. Takkan nak masuk kosong2 pulak. Tido atas lantai jubin. Bole? Dah tu deko, furniture bagai semua nak pakai ongkos. Nak buat dapur yg indah2 seperti dapur ikea, living room yg enak mata memandang seperti ikea juga, bilik tidur, bilik anak, tibi nak yg lekat kt dinding, eh banyak la. Mana nak cekau tu? Takpe tu semua boleh plan.

Chentaku prefer rumah corner lot. At least ada tanah untuk buat apa2 aktiviti. Anak2 main2 di petang hari, boleh buat bbq, boleh gardening dan segala bagai aktiviti lagi. Aku tak kisah sangat. Asalkan selesa untuk kami sekeluarga dah cukup bagus. Untuk memenuhi segala spesifikasi itu, mari kita bersabar lagi. Kalau bab pilih2 rumah ni mmg aku serahkan kepada chenta sebab beliau lagi teliti dalam membuat pilihan. Aku tukang kira duit tiap2 bulan. Ok la tu kan?

Kalau dapat yg macam ini..alangkah bagus. Huhu. Takde la. Sederhana sudah. Ukur baju di badan sendiri okeh?

Gambar hiasan..inspired la konon. Haha
Selain perkara2 di atas, mungkin macam ada sebab lain kenapa belum beli rumah. Mungkin okeh. Mungkin. Sebab tak sure lagi nak settle down kat jaybee ni ke or somewhere else? Hmm..let the time tells..:D

So tunggu lah nanti. Mudah-mudahan dipermurahkan rezeki kami. Amin...

P.S - Pesanan untuk suami - Jadi ke nak pegi beli kainbajuraya?
Friday, February 25, 2011

Sweet!

First and foremost, kita layan dulu gambar hiasan..

Hello u olssss :D
Comel kan?? COMEL! Ok..layan lagi 1 gambar..

Ahahaha. Ceria betul!

Sebenarnya nak cerita pasal cik adik manis ni la. Lagi 2 hari nak masuk 1 tahun 4 bulan dah. Alhamdulillah Izzah membesar dengan sihat dan cerdik. Syukur.

So far, she can pronounce few words yg boleh difahami oleh orang dewasa and understand few instructions.
.
1. Makan - Mam
2. Minum - Num num
3. Bukak - Kak kak kak
4. Nak - Nak
5.Tutup - Top
6. Masuk - Sok
7. Sleep - sleep (see..she can pronounce it easily. haha. kena cakap omputih kot?)
8. Atok - Tok (asal nampak org naik motor je dia akan sebut "tok tok" sambil menunjuk ke arah org tersebut)
9. Fish - Fish
10. Habis - Abisshh ( sambil buat gaya tangan pusing2 sebagai tanda habis)
11. Amik - Mik
12. When I say "where is your book?", she will straight away go to her toys' basket & keluarkan buku. Genius!
13. Nenek - Nek
14. Nak bagi ayam makan kena sebut "kurrr..kurrrr..". Hehe
15. Dah pandai naik turun tangga. Kat kampung la tapi.
16. Berdiri atas kerusi kecik ikea sambil menari2 hentak kaki. Nasib baik tak jatuh nak oiii.


Kalau rasa gembira hentak kaki..lol

17. Sudah terer panjat kerusi malas kat kampung lepas tu duduk seperti seorang bos. Yeah bebeh.
I made it!
Lepas tu...ape lagi hah? Aku lupa dah. Haha. Tadi macam banyak tapi bila menaip lupa pulak. Hokey la tu kot. Bila2 nanti teringat sambung. :P.

Tata!

P.S - Rasa macam nak buat family photoshoot la. Macam best jek
Thursday, February 24, 2011

Tambang

Blekberi berbunyi lagu misz nina..hoho. Incoming call..

Aku: Hello
Akak di talian: Hello, ini Norain Binti Mohd Nizar ke? Nizar ke Nizam ni?
Aku: (Gosh!). Ye saya. Siapa ni?
Akak di talian: Akak ni kawan kepada kak Rosni. (sape plak kak rosni ni?)
Aku: Ada apa ye?
Akak di talian: Akak ni jentera untuk pilihanraya utk dun merlimau ni. Nak tanya, adik dapat balik tak masa hari mengundi 6 mac ni?
Aku: InsyaAllah
Akak di talian: Ok nanti adik jumpe kak Rosni yg comel macam Adibah Noor (ade aku kisah?) lepas tu kelim duit tambang pegi balik ye.
Aku: Saya naik kereta kak. Camne?
Akak di talian: Setakat ni tambang bas aje yg boleh kelim dik. Kalau kenderaan sendiri tak tau la last menet nnt diorg bagi.

Kesimpulan: Kalau tak boleh claim duit minyak + tol, aku tak nak balik mengundi. Sekian. Lalalalala.
Wednesday, February 23, 2011

Belum

Si polan A : Ain, anak kau dah bape umur?
Aku: 1 tahun 3 bulan..27/2 masuk 1 tahun 4 bulan
Si polan B: Dah boleh bagi adik tu
Aku: Nanti lah dulu. Kurang2 pon kasi anak aku umur 2 tahun baru bagi adik..

Honestly, aku tak berapa nak suka dengan conversation seperti di atas. Aku rasa orang tu macam menyibuk2 plak nak suruh aku tambah anak. Haha. Tapi mulut orang mana boleh tutup. Mulut tempayan boleh la. Tapi kalau orang bermulut tempayan camne plak? Biar je mulut dia nganga luas2 sampai masuk lalat. Padan muka. *faham tak maksud aku?*

Sebenarnya kami punya plan tersendiri. Kalau boleh nak jarakkan 3 tahun. Tak pon at least 2 tahun. Biarlah anak tu dah pandai bercakap, dah pandai nak sayang2 adik, dah boleh diharap. Maksudnya dah senang sikit la kot kalau nak ada baby. Banyak benda yang perlu kami consider sebelum menambah ahli keluarga. Kewangan keluarga macam mana, education, living cost, monthly commitment dan sebagainya. Betul, anak itu membawa rezeki. Setiap orang pasti nak yg terbaik untuk anak & family masing2. Kami tak terkecuali dan kerana itu lah family planning sangat penting.

Selebihnya, faktor lain adalah aku belum bersedia untuk pregnant lagi. Belum, belum dan belum. Belum bersedia nak bangun malam setiap 2 jam untuk breastfeed baby. Memang belum lagi. Belum bersedia nak melalui proses berpantang patplohpat hari. Oh tidak. ;D

Akan tetapi kita hanya boleh merancang, hanya Allah yg menentukan. Kalau Dia nak bagi rezeki, kami terima dengan hati yg terbuka. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan berusaha.

Kami bersyukur dengan apa yang kami kecapi sekarang kerana kami berusaha sendiri bersama2. Takde "pama" bagi elaun ke ape. Rezeki masing2 kita tak tau. Jadi percayalah pada rezeki. InsyaAllah semuanya akan ok.

P.S - Siapa yang baca entry ni, tolong jangan tanya aku soalan seperti di atas. Hahahaha.

Engineers

Alkisah semalam aku dah pegi klinik untuk amik ubat batuk, selsema, sakit tekak bla bla...

Ubat batuk yg incik dokter bagi adalah sgt kuat kesannye. Pahit macam ubat batuk kalau pegi klinik/hosp kerajaan. Seingat aku la sbb dulu masa kecik2 biasa pegi klinik kerajaan je. Malam tadi lepas telan segala ubat yg ada, dan2 bantal & katil menyeru2 aku supaya menghenyak mereka. Haha. Ok tido.

Pagi ni, tiba2 suaraku malu2 kucing nak keluar. Haih. Payah la ini macam mau kerja. Tapi aku pegi jugak la ke opis. Bile memikirkan nak communicate pon payah apatah lagi communicate thru the phone, maka aku mengambil keputusan untk MC saje.

In house clinic..

Doc: Ada apa masalah norain?
Aku: Takde suara hari ni (sgt berusaha nk keluarkan suara tp tak boleh..so keluar suara halus je. haha)
Doc: Awak keje ape?
Aku: Contracts engineer
Doc: Contracts engineer buat keje tak bercakap kan? Duduk dpn PC buat drawing? (dgn muka berlagak)
Aku: Eh tak la. Byk communicate. Yg buat drawing tu dept Engineering.

Owh sungguh dem. Aku dah la takde suara. Banyak tanya plak dokter ni. Lepas tu aku sedikit hangin sbb kalau sebut kije engineer je mesti buat drawing. WTH??

Ok mungkin dokter tu tak tau atau dia purak2 tak tau. I don't care. Jadi mari aku betulkan di sini. Engineering adalah sgt luas bidangnya. Ada civil engineer, chemical engineer, contracts engineer, projects engineer, electrical engineer, structural engineer, planning engineer, procurement engineer, proposal engineer, design engineer dan banyak lagi la. Takkan aku nak sebut semua plak kan. Setiap satu tajuk engineer tu scope kerja mereka adalah berbeza mengikut bidang masing2 dan keperluan kampeni yg mereka kerja itu. Bukan semua engineer buat drawing, bukan semua engineer buat commercial. Bukan semua engineer buat jalanraya. Haaa paham kan? Jadi tolong ubah persepsi yg sgt klise itu.

Kalau makcik2/pakcik2 kurang kefahamannye lain pulak cerita.

Makcik: Anak kau ni keje ape? Cekgu?
Mak aku: Tak..keje lain
Makcik: Kerani?
Aku: (Astaghfirullah makcik ni sebuk jugak nak tau!)..saya keje engineer makcik!
Makcik: Ooooo..(dgn gaya yg konon2 paham)

Aku bukan la nak merendah2kan makcik ini jauh sekali menghina. Tapi..tolong la makcik. Boleh tak kalau tanye keje ape tu, tak payah terus teka cekgu. Asal pompuan je cekgu. Asal pompuan je kerani. Adekah cikgu & kerani sahaja yg wujud di dalam dunia ini?? Please ok. Tapi tak semua yg duduk kampung macam ni. Ada segelintir saja. Sekarang ni zaman dunia di hujung jari walaupon di ceruk2 kampung. Luaskan minda anda. Orait?

Dah la. Lepas ni nak makan ubat lantas tido dgn nyenyaknye. Eh tapi mcm kena angkat kain baju patplohlai kat luar tu dulu sbb macam nak ujan je tgk langit tadi.

Bersabarlah dalam menghadapi penyakit kerana penyakit itu penghapus dosa

P.S - Nak beli macbook boleh tak?
Tuesday, February 15, 2011

Seronok

Perbualan dalam kereta,

Me: Syg, this weekend kita bawak Izzah jumpa kawan2 nak?
Hubby: Ok, nanti i bgtau my boss.

Hah? Nak bawak anak jalan2 jumpe kawan pon kena bgtau bos ke? Ish2 tak patut. Haha. Takde la, actually kami mmg kamcing dah dgn his boss & family. Rumah dia la yg nak kami tuju itu. Anak dia ada 4 org; 3 org umur between 1 - 5 years old, the youngest is 3 months. Boleh Izzah main sama2 dgn diorg. Meriah ok! So, if i said "nak bawak izzah jumpe kawan2", incik hubby mmg paham sgt la nak pegi mana. Hihihi.

Maka ahad lepas kami anak beranak pon pegi la ke tempat yg sepatutnya dituju. Around 5.30 pm macam tu. Sampai2 je Izzah dah nampak beskal. Terus je la menuju beskal sampai taknak masuk rumah. Amboi nak oi, datang rumah orang kena la bagi salam, salam tuan rumah, masuk rumah dulu. Paham? Beskal awak ade kat dalam boot kereta, nanti papa keluarkan ok?

Lepas dah salam dgn tuan rumah, kita jumpa si comel ini dulu. Mama dia letak kat atas sofa dpn tv.

Arissa yg comel, bila dukung sukanya dia..bila letak balik dia huwaaaa..:D
Lepas tu Izzah mencari mainan yg ada kat dalam rumah. Orang ada anak kecik, for sure la mainan banyak kan. Hehe.

Suka la kereta ni. Kereta Izzah kat rumah tu tak colorful. Hoho
Bila dah main ala kadar kat dalam rumah, rakyat jelata semua dah tak boleh tahan. Masing2 kejap dah menuju ke pintu nak keluar. Hah, nak keluar sgt pegi2. Mari kita main2 kat luar pulak.


Tukar beskal

Papa pon join the club?

Berbual ke? :P


Afrina suka sgt nak tolak beskal Izzah


Test basikal besar pulak
  
Semua beskal Izzah nak try. Macam la kaki tu dah sampai. Beskal uncle aesrol je Izzah tak try. Haha besar kot. Dah nak dekat pukul 7 malam, ok semua! MASUKKKK..!!  
Lepas tu upacara mandi pulak. Izzah pon join the club sebab tgk semua org mandi. Mama mmg bawak baju pon. Kebetulan papa & uncle aesrol belum balik dr Kg Melayu Majidee untuk membeli mee bandung muar terbaek. Yummy!
 
Bila masing2 dah siap mandi pakai baju semua, everibodi duduk depan tv. Ingatkan buat ape senyap je masing2. Rupanya tgh makan bubur kacang yg disuap oleh kak sari iaitu pembantu dirumah tersebut. Bagus la makan nak. Kalau mama suap pasti kamu geleng2 kepala. Ni makan ramai2 meriah skit ye tak? Baru la seronok. After makan bubur kacang, they all makan nasi +ikan + kicap. Sekali lagi Izzah join the club. Bagus. Senang hati mama tgk Izzah makan.
 
Tak lama lepas tu papa & uncle aesrol pon balik. Before that papa dah bbm, katanya diorg beli sate razak. Pergh mmg terbaek la. Sedap & kenyang gilos. Syukur alhamdulillah dgn rezeki yg dikurniakan. Gambar makanan tak sempat nak amik sbb sibuk menguruskan askar2 batalion yg kejap sorg panjat kerusi, kejap2 sorg berlari keliling meja. Haha havoc okay! Sementara makayah semua makan, anak2 pon makan jugak. Qori & afrina dah pandai makan mee bandung while Izzah & aidin makan mee kosong je. Sekali lagi disuap oleh kak sari. Hah makan lagi. Makan makan. :D
 
Makayah bila dah kekenyangan, berborak la pulak kan. Yg rakyat jelata yg lain sambung main lagi. Budak2 ni tak penat ke hah? Suka hati la. Main sampai penat, balik umah kang terus tido ye sayang.
 
 

Sejurus selepas adegan ni, ade adegan panjat2 kerusi. Kerusi kecik la tapi. But still...nak kena tgk2 jugak. Maka tak sempat juga nak ambik gambar. Hoho. Macam2 la budak2 ni main. Ade je idea masing2.

Masing2 dah diawangan bersama botol susu masing2. Letih la tu
So around 9.30pm, kami bersiap2 untuk balik. Rakyat jelata pon da slowdown. Masing2 dah sleepy yaw. Seronok betul jadi budak2. Takyah nak pikir ape. Makan, minum, main, tido. Esok bangun dah takde nak pening2 ingat macam2. Lain la kita org dewasa ni. Hai..sabar je la ye.

Sebelum kami balik, ada sedikit perbualan berlaku antara aku & afrina,

Afrina: Ala..nak balik ke?
Me: Ye la sayang, nnt aunty dtg lagi ok..
Afrina: Nanti tido sini tau..
Me: Ok sayang! Hug & kisses..

Haaa kau, camne tuh? kena tido plak ke next time? Haha. Main2 je sekadar mengambil hati kanak2 itu. Kepada tuan rumah, terima kasih banyak2. Next time boleh berkampung lagi. Tata!

Hari kami adalah sgt seronok kerana Izzah Ardini mmg happy sgt la. Ramai kawan kan..

Papa: So Izzah, how? Can or not?
Izzah: (Geleng kepala sambil tersengih)
Mama: Nooooo. Not yet ok!
Papa: Hehe. Kidding!



Banyak

I have few projects (ceh projects tuh) untuk diselesaikan. Suspen je kan. Sebenarnya nak buat project mengisi masa lapang. Masalahnye ada ke masa lapang? Haha. Entah. Tapi seboleh2 nye nak jugak siapkan few projects ni.

First project adalah ini,
Miracle milestone ok!

Buku ni ala2 scrap book. Kena letak gambar untuk menceritakan segala memori sepanjang pregnancy sampai la melahirkan & until now. Interesting ni. I love to do it. Letak gambar cantik2, tulis cantik2. Macam buat portfolio tingkatan 3 kot. Haha. Scrap book ni dapat masa kat Regency SP Hosp lepas bersalinkan Izzah dulu. Ada la few gifts dpt from hospital. Nanti bila scrap book ni da siap, bole la Izzah tgk gambar dia, stories about her & ada jugak family tree. :D

Isi kandungan buku ni lebih kurang begini,

About how her name was chosen, etc
Right, habis pasal scrap book. Next project is also related to books. Well, i love to read. Tapi dah lama rasanya tak spend time for reading books. Hehe. So these 4 books akan cuba ku habiskan jugak. Let say in time frame until mid 2011. Ok kot. Huhu.

Mari membaca

"Aku terima nikahnya" is a book related to marriage. Yg ni aku baru beli sebab selalu tgk iklan dalam majalah. Sebelah dia plak "Why mars &venus collide". Buku ni pasal man & woman. Character man & woman yg berbeza, when they get married, there are so many things they have to understand each other. Kiranya this book can change the perception of man to woman & vice versa. I think buku ni bagus. It's a best-seller, so rasanya ramai yg memilikinya.

Dua buku kecik tu pon baru beli. It's kind of motivation books. I like it because it's simple yet interesting. Bahasanya ringkas & mudah difahami. Ye la, dah kata buku motivasi takkan nak letak ayat panjang macam karangan tingkatan 5 kot. Buku ini dengan harapan dapat memberi motivasi untuk memajukan diri. Yes!

So, i hope that all these projects will be accomplish successfully. Yeah u go girl!

P.S - Izzah, tolong bagi mama masa untuk membaca boleh?
Saturday, February 12, 2011

Tukar Baju

Ok dah tukar baju. Terasa seperti lebih kemas & fresh. Weehuuu. Dengan harapan lepas ni akan lebih rajin update blog. Yeah bebeh!

Tapi bila dah guna template ni, ada few advance setting kat template designer yg not applicable to this template. But that's no big deal. Agak2 dah boring kang tukar lain. Ye tak?

Sebut pasal tukar baju..tiba2 rasa macam nak beli baju baru pulak. Opsss. Menyimpang dah. Biasa la beb, siapa yang tak suka shopping. Hihihihi. Menurut perbualan aku & hubby last weekend, plan nak beli kain for this year's baju raya adalah hujung bulan ini iaitu selepas gajian. Mak sukaaa nyah. Lepas tu beliau kata theme karer tahun ini adalah dark brown. Setuju Izzah? Mama? Ok bos, kami ikut saje. Memandangkan tahun lepas aku telah memilih karer biru laut dgn sewenang2 nye tanpa perbincangan, maka tahun ini mari kita ikut cakap tuan pengerusi. Haha. Dah tak payah nak pikir theme karer lg dah. Aku telah membayangkan kain cotton plain berwarna dark brown. Adakah? Itu kita kena tanya pakcik jakel la hujung bulan ni. :D

Lepas tu kan..kan..aku adalah sgt teruja melihat baju kurung kanak2 yg sgt gojes. Warghh takbleh tahan la. Harus ku beli sepasang untuk tuan puteri kesayangan. Sedang membuat pilihan. Nanti boleh pakai masa wedding seseorang. Kihkihkih.

Ok sebelum kemerapuan berlarutan, mari berhenti setakat ini. Esok2 sambung. Keje la pulak esok wei. Halfday. Eh tak suka betul la keje hari sabetu ni. Huh.
Wednesday, February 9, 2011

CNY Holiday

Cuti 4 hari. Mmg takde plan nak holiday pergi mana2. So kita balik melaka maju tercinta la kan. Dah sebulan lebih tak balik since my sister's engagement last december. Balik kali ni aku rasa sgt seronok. Tak tau kenapa tapi seronok la. Balik kampung siapa yg tak seronok kan? :D Adik beradik yg lain pon balik. Maka mmg double triple seronok la.

Konon2 masa kat melaka nak pegi zoo la, DP mall la, taman buaya la. Tapi tak jadik pon sebab mengenangkan cuti itu adalah public holiday, maka tak jadi sebab mmg tau dah bandar melaka tu mmg sesak gile ah. Tak kira weekend apetah lagi public holiday. Eh tak sanggup la mak nyah..

Hubby planned to go to kebun at Rokan, Gemencheh. Kampung kelahiran bapa mertuaku. Ada la kebun seluas 2 ekar lebih kurang gitu la. Kebun ni dikhaskan untuk tanam pokok gaharu. Ada dalam 1000 pokok. Kami tumpang tanam 100 pokok. Takde tanah, maka tumpang la tanam kat tanah ayah. Hehe. Pokok gaharu ni mmg pulangannye lumayan cuma kena tunggu dalam 5 tahun baru dapat hasil. Hasilnya ialah pokok gaharu ni akan keluarkan liquid yg sgt wangi, then liquid tu akan digunakan untuk buat perfume. Camtu la lebih kurang. Price nye pon lumayan jugak, boleh cecah puluh ribu sekilo. Kalau nak tau lebih lanjut, sila google ye. Aku pon tak abes study lagi. We think that this is the good investment, so mari kita invest. Modal takde la mahal sangat. 1 pokok = RM 5. Ok la tu compare dgn pulangan lumayan sekiranya menjadi. Amin. Mudah-mudahan berjaya la projek ni.

So hari jumaat tu, kami pon pergi ke kebun. Lepas jumaat bertolak. Perjalanan dr jasin - gemencheh dalam 40 minit camtu. So tdo je la cik adik manis tu. Hehe. Bole plak kasut bata dia tertinggal. Adoi. Yg ada dlm kereta kasut clarks dia tu. Singgah pekan gemencheh kot2 ada kedai kasut yg bukak. Ada Anakku tapi tutup. Raya cina kan. Nasib la. Then terjumpa 1 kedai jual barang2 plastik, ade la kasut skit kt bhgn depan. Belek2 jumpe la selipar kecik yg jenis selit kat ibu jari kaki tu. Macam selipar jepun. Sampai je kat Rokan, test selipar tu pada Izzah. Sekali dia tak reti lagi pakai selipar macam tu. Haha. Maap le nak, mama terlupa bawak kasut kamu. Last2, papa kata pakai je la kasut clarks tu. Selamba pegi kebun pakai kasut clarks. Hihihihi.

Amacam? Ada gaya nak berkebun tak?

Posing je ok?


Papa pon nak posing jugak


Izzah with atok
Lepas posing sikit2, papa & atok pon memulakan kerja2 menggembur tanah. Kami? Duduk kat pondok je. Izzah sibuk jugak nak kemas barang2 kat pondok tu. Banyak benda baru dia tak pernah tgk. Apalagi..

Pipe tu semua untuk sprinkler atok

Apa plak dalam kotak tu mama?


Wassup?
Itu la aktiviti cik adik manis. Agak2 seluar dah kotor kena tanah (sebab siap duduk bersila kat situ), ayuh kita balik rumah wan busu. Mandi manda while papa & atok continue their work.
Cangkul jgn tak cangkul

Bapa mertuaku
Sebelum tamatnya aktiviti berkebun pada hari tersebut, upacara pelepasan anak ikan jelawat ke dalam kolam telah disempurnakan oleh YB Mohd Ezamshah. Hehe.

Penuh gaya disitu :D

Ok sekian saja cerita berkebun. To be continue ye. Ada lagi cerita CNY holiday. Lalalala.

P.S - walaupun dah ada bb torch, tatapi ip4 tetapi hatiku. camne tu? semat dalam hati je la ye. huhu.
Tuesday, February 8, 2011

Ulang Tahun

Pejam celik, pejam celik dah 2 tahun. Kejap je. Ye la anak pon dah setahun kan. Hehe. That's milestone of our marriage. Tapi, kalau ikutkan anniversary percintaan (cewah!) dah 9 tahun. Tahun ni masuk 10 tahun. InsyaAllah. Semoga ikatan yg dibina atas dasar kasih sayang ini berkekalan hingga ke akhirnya. Amin...

Actually 7 Feb 2009 is the date when we were finally being husband & wife officially. 8 Feb 2009 pulak kami bersanding. So, kedua2 date dikira sebagai anniversary. :D

Both of us took annual leave yesterday. Of course la kan. Kata anniversary, maka haruslah selebret. Huhu. We planned for few activities - spa, watching movie, karaoke..but end up with 2 activities instead. Masa kurang mengizinkan plus aku yg kurang sihat pada hari tersebut. So we just go to the spa untuk memanjakan diri & then pegi makan2, dating2 kat kenny rogers. Itu pon ok. I am verry happy, he is also very happy. Happy beb sebab dapat hadiah yg pada kami sangat lah masyuk. Masa hantaran kawen tak dapat hadiah macam ni. Hoho. Kesabaran adalah sangat berbaloi ok. Well at least for us.

U ollss nak tau ke aku dapat hadiah ape? Ala..ok la..aku bagitau. Aku dapat handbag dona karen & untuk incik suami terchenta aku bagi wallet beraun buffel. :D Gambar hadiah (maksud aku yg masih bersampul bagai) tak sempat nak amik sbb sibuk nak sorok kat dlm rumah. Haha. Pastu masa exchanged hadiah, pon lupe jugak nak amik gambar. Yg tak bersampul ada la. Kat muka buku ada. Kalau nak tgk la kan. :P

Layan gambar sket la ye..

Gelap lah pulak gambar ni. Biasa la, kata spa. Hehe

@ Spa Manja


Yg merah itu adalah hadiah :D

Suami terchenta
After spa, kami makan @ kenny rogers. Lepak2 sambil menikmati makanan.

Banyaknye makanan?

Takde caption kot. Haha
After makan, jalan2 kejap then balik rumah. Kesimpulannya we are so happy that day. Enjoy! I hope that our marriage akan berkekalan sampai bila2. Setia berdua bersama anak2 kami nanti insyaAllah. Banyak perkara nak buat sama2, sangat banyak. We will do it together ye sayang. I want to celebrate our anniversary for so many many many years ahead. Hingga hujung nyawa. I love u so much! So..last but not least,

HAPPY 2nd ANNIVERSARY TO YOU & ME!!

I am totally in love with my husband. Yes, totally! XOXO
Wednesday, February 2, 2011

Sejuk

Perasaan nak update blog membuak2. Haha poyo. Tipu je. Sebenarnya dah lama nak update tapi asyik terbantut. Sebabnya kalau nak update blog kena tunggu keadaan aman damai iaitu apabila cik adik manis dah tido. Tapi memandangkan 2-3 hari ni hujan lebat &cuaca sejuk, maka bila cik adik manis tido, aku pon tido sekali. :D

Ok, ni cerita 2 minggu lepas. Dah lama terperam. Huhu.

Weekend 22-23 Jan 2011.

This weekend incik suami pergi memburu. Ye, memburu harta karun. Haha. It's actually Sime Darby Group Treasure Hunt 2011. From Bukit Jelutong to Desaru. So Izzah tinggal dgn mama saje. Sob2. Tapi..........tiba2 dpt berita my parents nak datang. Yeay! Kami ada teman. Nenek kata dah rindu dgn Izzah. Oleh kerana ada nenek & atuk melaka, maka Izzah tak pegi rumah babysitter hari sabtu. Mama kerja. Ape ntah la kerja hari sabtu. Mmg tak efektif. Huh. Incik syarikat, bole tak kalau sabtu cuti? Standardize la dgn KL office!

Petang tu kami pergi jalan2. Atuk kata nak tgk johor bahru. Hehe. Nasib baik papa tinggalkan cik maivi kawan beliau kerana cik pearlwhite kami dibawa utk treasure hunt. Izzah macam biasa la, kalau ada org nak layan dia mmg sorry naik lorry la dia nak duduk dalam carseat. Sukati la Izzah. Dalam perjalanan dah tertido sbb penat sgt la tu. Masa kat rumah, orang dewasa semua tido tapi Izzah sorg je tak tido. Huhu.

Kami pusing2 bandar johor bahru je. Memang pusing2 sebenar sbb tak turun dari kereta. Haha. Abes camne nak turun, cik adik manis tido. Lalu je danga bay kasi atuk nenek tgk macam mana rupa danga bay sekarang. Parking situ pon packed. Rasenye ade event cino2. Event ape ntah.

Lepas pusing2, pergi jusco tebrau pulak. Sebab atuk nenek tak pernah pegi kot. Masuk je jusco tebrau, terus pegi kedai buku Harris kerana nenek teruja tgk kedai buku tersebut. Jom2. "Mak suka la tempat2 macam ni..lain kali bawak mak pegi tempat macam ni ye". Hehe. Baik mak! :D

Bonda membelek buku
Atuk ajak Izzah baca buku
Lepas dah beli beberapa buah buku (mama pun tumpang sekaki), kita pegi makan yaw. Dah lama tak makan kat vivo. Sedappppp. Pizza yg ditapau masih lembut walaupon dah keesokan harinya. Kalau pizza hut mmg kompem keras kalu dah sejuk tuh.
Cucu atuk


Atuk, izzah & nenek @ vivo

Eat, eat
Lepas makan kami pon pulang. Hari dah malam. Cik adik manis dah ngantuk. Hehe. Kesimpulannya, kami mmg gembira sepanjang weekend tersebut.

Sekian.

P.S - Thank you mak & ayah sebab datang jenguk kami kat sini. Malam ni kami pulang ke kg halaman ye.