Wednesday, February 23, 2011

Belum

Si polan A : Ain, anak kau dah bape umur?
Aku: 1 tahun 3 bulan..27/2 masuk 1 tahun 4 bulan
Si polan B: Dah boleh bagi adik tu
Aku: Nanti lah dulu. Kurang2 pon kasi anak aku umur 2 tahun baru bagi adik..

Honestly, aku tak berapa nak suka dengan conversation seperti di atas. Aku rasa orang tu macam menyibuk2 plak nak suruh aku tambah anak. Haha. Tapi mulut orang mana boleh tutup. Mulut tempayan boleh la. Tapi kalau orang bermulut tempayan camne plak? Biar je mulut dia nganga luas2 sampai masuk lalat. Padan muka. *faham tak maksud aku?*

Sebenarnya kami punya plan tersendiri. Kalau boleh nak jarakkan 3 tahun. Tak pon at least 2 tahun. Biarlah anak tu dah pandai bercakap, dah pandai nak sayang2 adik, dah boleh diharap. Maksudnya dah senang sikit la kot kalau nak ada baby. Banyak benda yang perlu kami consider sebelum menambah ahli keluarga. Kewangan keluarga macam mana, education, living cost, monthly commitment dan sebagainya. Betul, anak itu membawa rezeki. Setiap orang pasti nak yg terbaik untuk anak & family masing2. Kami tak terkecuali dan kerana itu lah family planning sangat penting.

Selebihnya, faktor lain adalah aku belum bersedia untuk pregnant lagi. Belum, belum dan belum. Belum bersedia nak bangun malam setiap 2 jam untuk breastfeed baby. Memang belum lagi. Belum bersedia nak melalui proses berpantang patplohpat hari. Oh tidak. ;D

Akan tetapi kita hanya boleh merancang, hanya Allah yg menentukan. Kalau Dia nak bagi rezeki, kami terima dengan hati yg terbuka. Kita sebagai hamba hanya mampu berdoa dan berusaha.

Kami bersyukur dengan apa yang kami kecapi sekarang kerana kami berusaha sendiri bersama2. Takde "pama" bagi elaun ke ape. Rezeki masing2 kita tak tau. Jadi percayalah pada rezeki. InsyaAllah semuanya akan ok.

P.S - Siapa yang baca entry ni, tolong jangan tanya aku soalan seperti di atas. Hahahaha.

4 comments:

DayBab said...

betul gak tu... yang penting adalah quality... bukan nye quantity!!!
walaupon rezeki anak... tapi, kita mahukan quality life bersama... especially dari semua aspek kehidupan...
take it easy, Ain!

faiez said...

people will never stop asking....lg sedey kalu tanya bile nk peknen pd org yg lom ada lg...dh penah rasa...mmg menyakitkn

Mama Ardini said...

maya: tgh chill la ni. hehe. btw, setuju dgn maya.

faiez: itu lagi kesian..banyak2 bersabar. suh org yg tanya tu doakan sekali..:)

EmirAlisa said...

ok, tak tanya. :)