Saturday, February 26, 2011

Bila?

Kami selalu dapat pertanyaan sebegini..

"Korang dah beli rumah? Bila nak beli rumah? Tunggu apa lagi? Rumah sekarang makin mahal, beli la cepat2!"

Kalau kami tak beli rumah pon ade menyusahkan kau ke? Bak sini duit kau, aku nak beli rumah. Haa jawab2. Haha. Ok, sedikit emo di situ. Tapi aku bosan dengan persoalan sebegini. Sekali lagi, mulut org tak boleh nak tutup kan? Takpe biar mereka bertanya sebab malu bertanya sesat jalan!

Sebenarnya bukan tak nak beli. Tapi kata org tu mungkin belum rezeki. Rumah kami berkenan, takde kosong pulak. Yang ada byk lot kosong, tak berkenan pulak. So camne tu? Mari kita bersabar dulu. Sambil tu boleh menokok simpanan akaun 2 kwsp. Lagi banyak lagi bagus. Betul tak?

Abes kalau dah beli rumah tu harus lah nak yg mampumilik-selesa-anggun-bergaya-praktikal-untuk-masa-depan. Kurang2 pada pandangan kami. Pandangan org lain kami tak kisah sebab bukan pakai duit org lain pon. Muahahaha. Takkan nak masuk kosong2 pulak. Tido atas lantai jubin. Bole? Dah tu deko, furniture bagai semua nak pakai ongkos. Nak buat dapur yg indah2 seperti dapur ikea, living room yg enak mata memandang seperti ikea juga, bilik tidur, bilik anak, tibi nak yg lekat kt dinding, eh banyak la. Mana nak cekau tu? Takpe tu semua boleh plan.

Chentaku prefer rumah corner lot. At least ada tanah untuk buat apa2 aktiviti. Anak2 main2 di petang hari, boleh buat bbq, boleh gardening dan segala bagai aktiviti lagi. Aku tak kisah sangat. Asalkan selesa untuk kami sekeluarga dah cukup bagus. Untuk memenuhi segala spesifikasi itu, mari kita bersabar lagi. Kalau bab pilih2 rumah ni mmg aku serahkan kepada chenta sebab beliau lagi teliti dalam membuat pilihan. Aku tukang kira duit tiap2 bulan. Ok la tu kan?

Kalau dapat yg macam ini..alangkah bagus. Huhu. Takde la. Sederhana sudah. Ukur baju di badan sendiri okeh?

Gambar hiasan..inspired la konon. Haha
Selain perkara2 di atas, mungkin macam ada sebab lain kenapa belum beli rumah. Mungkin okeh. Mungkin. Sebab tak sure lagi nak settle down kat jaybee ni ke or somewhere else? Hmm..let the time tells..:D

So tunggu lah nanti. Mudah-mudahan dipermurahkan rezeki kami. Amin...

P.S - Pesanan untuk suami - Jadi ke nak pegi beli kainbajuraya?

2 comments:

noorulaz said...

Sorang engineer cina kilang aku dok menyewa, bila tny kenapa tak beli umah.. senang ja dia jwb. beli umah takdak untung, beli tanah lg untung. sewa umah kena bayaq sewa rm400+bil, takat ganti lampu saja. beli umah kena byq rm600 bln2+cukai++indahwater+major maintenance. tadak untung woooo

i k i N said...

betul2...org lain tu mcm sakit hati je la tgk kite tak payah bayor byk2 tiap2 bulan...hahaha...

Yang penting kita bahagia... :)