Wednesday, February 9, 2011

CNY Holiday

Cuti 4 hari. Mmg takde plan nak holiday pergi mana2. So kita balik melaka maju tercinta la kan. Dah sebulan lebih tak balik since my sister's engagement last december. Balik kali ni aku rasa sgt seronok. Tak tau kenapa tapi seronok la. Balik kampung siapa yg tak seronok kan? :D Adik beradik yg lain pon balik. Maka mmg double triple seronok la.

Konon2 masa kat melaka nak pegi zoo la, DP mall la, taman buaya la. Tapi tak jadik pon sebab mengenangkan cuti itu adalah public holiday, maka tak jadi sebab mmg tau dah bandar melaka tu mmg sesak gile ah. Tak kira weekend apetah lagi public holiday. Eh tak sanggup la mak nyah..

Hubby planned to go to kebun at Rokan, Gemencheh. Kampung kelahiran bapa mertuaku. Ada la kebun seluas 2 ekar lebih kurang gitu la. Kebun ni dikhaskan untuk tanam pokok gaharu. Ada dalam 1000 pokok. Kami tumpang tanam 100 pokok. Takde tanah, maka tumpang la tanam kat tanah ayah. Hehe. Pokok gaharu ni mmg pulangannye lumayan cuma kena tunggu dalam 5 tahun baru dapat hasil. Hasilnya ialah pokok gaharu ni akan keluarkan liquid yg sgt wangi, then liquid tu akan digunakan untuk buat perfume. Camtu la lebih kurang. Price nye pon lumayan jugak, boleh cecah puluh ribu sekilo. Kalau nak tau lebih lanjut, sila google ye. Aku pon tak abes study lagi. We think that this is the good investment, so mari kita invest. Modal takde la mahal sangat. 1 pokok = RM 5. Ok la tu compare dgn pulangan lumayan sekiranya menjadi. Amin. Mudah-mudahan berjaya la projek ni.

So hari jumaat tu, kami pon pergi ke kebun. Lepas jumaat bertolak. Perjalanan dr jasin - gemencheh dalam 40 minit camtu. So tdo je la cik adik manis tu. Hehe. Bole plak kasut bata dia tertinggal. Adoi. Yg ada dlm kereta kasut clarks dia tu. Singgah pekan gemencheh kot2 ada kedai kasut yg bukak. Ada Anakku tapi tutup. Raya cina kan. Nasib la. Then terjumpa 1 kedai jual barang2 plastik, ade la kasut skit kt bhgn depan. Belek2 jumpe la selipar kecik yg jenis selit kat ibu jari kaki tu. Macam selipar jepun. Sampai je kat Rokan, test selipar tu pada Izzah. Sekali dia tak reti lagi pakai selipar macam tu. Haha. Maap le nak, mama terlupa bawak kasut kamu. Last2, papa kata pakai je la kasut clarks tu. Selamba pegi kebun pakai kasut clarks. Hihihihi.

Amacam? Ada gaya nak berkebun tak?

Posing je ok?


Papa pon nak posing jugak


Izzah with atok
Lepas posing sikit2, papa & atok pon memulakan kerja2 menggembur tanah. Kami? Duduk kat pondok je. Izzah sibuk jugak nak kemas barang2 kat pondok tu. Banyak benda baru dia tak pernah tgk. Apalagi..

Pipe tu semua untuk sprinkler atok

Apa plak dalam kotak tu mama?


Wassup?
Itu la aktiviti cik adik manis. Agak2 seluar dah kotor kena tanah (sebab siap duduk bersila kat situ), ayuh kita balik rumah wan busu. Mandi manda while papa & atok continue their work.
Cangkul jgn tak cangkul

Bapa mertuaku
Sebelum tamatnya aktiviti berkebun pada hari tersebut, upacara pelepasan anak ikan jelawat ke dalam kolam telah disempurnakan oleh YB Mohd Ezamshah. Hehe.

Penuh gaya disitu :D

Ok sekian saja cerita berkebun. To be continue ye. Ada lagi cerita CNY holiday. Lalalala.

P.S - walaupun dah ada bb torch, tatapi ip4 tetapi hatiku. camne tu? semat dalam hati je la ye. huhu.

1 comment:

DayBab said...

wahhhhh... Izzah pekebun muda paling bergaya lerrr...!!!