Tuesday, February 15, 2011

Seronok

Perbualan dalam kereta,

Me: Syg, this weekend kita bawak Izzah jumpa kawan2 nak?
Hubby: Ok, nanti i bgtau my boss.

Hah? Nak bawak anak jalan2 jumpe kawan pon kena bgtau bos ke? Ish2 tak patut. Haha. Takde la, actually kami mmg kamcing dah dgn his boss & family. Rumah dia la yg nak kami tuju itu. Anak dia ada 4 org; 3 org umur between 1 - 5 years old, the youngest is 3 months. Boleh Izzah main sama2 dgn diorg. Meriah ok! So, if i said "nak bawak izzah jumpe kawan2", incik hubby mmg paham sgt la nak pegi mana. Hihihi.

Maka ahad lepas kami anak beranak pon pegi la ke tempat yg sepatutnya dituju. Around 5.30 pm macam tu. Sampai2 je Izzah dah nampak beskal. Terus je la menuju beskal sampai taknak masuk rumah. Amboi nak oi, datang rumah orang kena la bagi salam, salam tuan rumah, masuk rumah dulu. Paham? Beskal awak ade kat dalam boot kereta, nanti papa keluarkan ok?

Lepas dah salam dgn tuan rumah, kita jumpa si comel ini dulu. Mama dia letak kat atas sofa dpn tv.

Arissa yg comel, bila dukung sukanya dia..bila letak balik dia huwaaaa..:D
Lepas tu Izzah mencari mainan yg ada kat dalam rumah. Orang ada anak kecik, for sure la mainan banyak kan. Hehe.

Suka la kereta ni. Kereta Izzah kat rumah tu tak colorful. Hoho
Bila dah main ala kadar kat dalam rumah, rakyat jelata semua dah tak boleh tahan. Masing2 kejap dah menuju ke pintu nak keluar. Hah, nak keluar sgt pegi2. Mari kita main2 kat luar pulak.


Tukar beskal

Papa pon join the club?

Berbual ke? :P


Afrina suka sgt nak tolak beskal Izzah


Test basikal besar pulak
  
Semua beskal Izzah nak try. Macam la kaki tu dah sampai. Beskal uncle aesrol je Izzah tak try. Haha besar kot. Dah nak dekat pukul 7 malam, ok semua! MASUKKKK..!!  
Lepas tu upacara mandi pulak. Izzah pon join the club sebab tgk semua org mandi. Mama mmg bawak baju pon. Kebetulan papa & uncle aesrol belum balik dr Kg Melayu Majidee untuk membeli mee bandung muar terbaek. Yummy!
 
Bila masing2 dah siap mandi pakai baju semua, everibodi duduk depan tv. Ingatkan buat ape senyap je masing2. Rupanya tgh makan bubur kacang yg disuap oleh kak sari iaitu pembantu dirumah tersebut. Bagus la makan nak. Kalau mama suap pasti kamu geleng2 kepala. Ni makan ramai2 meriah skit ye tak? Baru la seronok. After makan bubur kacang, they all makan nasi +ikan + kicap. Sekali lagi Izzah join the club. Bagus. Senang hati mama tgk Izzah makan.
 
Tak lama lepas tu papa & uncle aesrol pon balik. Before that papa dah bbm, katanya diorg beli sate razak. Pergh mmg terbaek la. Sedap & kenyang gilos. Syukur alhamdulillah dgn rezeki yg dikurniakan. Gambar makanan tak sempat nak amik sbb sibuk menguruskan askar2 batalion yg kejap sorg panjat kerusi, kejap2 sorg berlari keliling meja. Haha havoc okay! Sementara makayah semua makan, anak2 pon makan jugak. Qori & afrina dah pandai makan mee bandung while Izzah & aidin makan mee kosong je. Sekali lagi disuap oleh kak sari. Hah makan lagi. Makan makan. :D
 
Makayah bila dah kekenyangan, berborak la pulak kan. Yg rakyat jelata yg lain sambung main lagi. Budak2 ni tak penat ke hah? Suka hati la. Main sampai penat, balik umah kang terus tido ye sayang.
 
 

Sejurus selepas adegan ni, ade adegan panjat2 kerusi. Kerusi kecik la tapi. But still...nak kena tgk2 jugak. Maka tak sempat juga nak ambik gambar. Hoho. Macam2 la budak2 ni main. Ade je idea masing2.

Masing2 dah diawangan bersama botol susu masing2. Letih la tu
So around 9.30pm, kami bersiap2 untuk balik. Rakyat jelata pon da slowdown. Masing2 dah sleepy yaw. Seronok betul jadi budak2. Takyah nak pikir ape. Makan, minum, main, tido. Esok bangun dah takde nak pening2 ingat macam2. Lain la kita org dewasa ni. Hai..sabar je la ye.

Sebelum kami balik, ada sedikit perbualan berlaku antara aku & afrina,

Afrina: Ala..nak balik ke?
Me: Ye la sayang, nnt aunty dtg lagi ok..
Afrina: Nanti tido sini tau..
Me: Ok sayang! Hug & kisses..

Haaa kau, camne tuh? kena tido plak ke next time? Haha. Main2 je sekadar mengambil hati kanak2 itu. Kepada tuan rumah, terima kasih banyak2. Next time boleh berkampung lagi. Tata!

Hari kami adalah sgt seronok kerana Izzah Ardini mmg happy sgt la. Ramai kawan kan..

Papa: So Izzah, how? Can or not?
Izzah: (Geleng kepala sambil tersengih)
Mama: Nooooo. Not yet ok!
Papa: Hehe. Kidding!



3 comments:

Bayah said...

x singgah pon rumah jiran.. :p

Mama Ardini said...

eh..kak bayah pon duk area situ ek? hehe

Bayah said...

kikiki...ha'ah.. dulu mengadap jalan, tp sekarang mengadap rumah tgh buat tu!! nyampah, habuk 8inci masuk umah. :-)