Wednesday, February 2, 2011

Sejuk

Perasaan nak update blog membuak2. Haha poyo. Tipu je. Sebenarnya dah lama nak update tapi asyik terbantut. Sebabnya kalau nak update blog kena tunggu keadaan aman damai iaitu apabila cik adik manis dah tido. Tapi memandangkan 2-3 hari ni hujan lebat &cuaca sejuk, maka bila cik adik manis tido, aku pon tido sekali. :D

Ok, ni cerita 2 minggu lepas. Dah lama terperam. Huhu.

Weekend 22-23 Jan 2011.

This weekend incik suami pergi memburu. Ye, memburu harta karun. Haha. It's actually Sime Darby Group Treasure Hunt 2011. From Bukit Jelutong to Desaru. So Izzah tinggal dgn mama saje. Sob2. Tapi..........tiba2 dpt berita my parents nak datang. Yeay! Kami ada teman. Nenek kata dah rindu dgn Izzah. Oleh kerana ada nenek & atuk melaka, maka Izzah tak pegi rumah babysitter hari sabtu. Mama kerja. Ape ntah la kerja hari sabtu. Mmg tak efektif. Huh. Incik syarikat, bole tak kalau sabtu cuti? Standardize la dgn KL office!

Petang tu kami pergi jalan2. Atuk kata nak tgk johor bahru. Hehe. Nasib baik papa tinggalkan cik maivi kawan beliau kerana cik pearlwhite kami dibawa utk treasure hunt. Izzah macam biasa la, kalau ada org nak layan dia mmg sorry naik lorry la dia nak duduk dalam carseat. Sukati la Izzah. Dalam perjalanan dah tertido sbb penat sgt la tu. Masa kat rumah, orang dewasa semua tido tapi Izzah sorg je tak tido. Huhu.

Kami pusing2 bandar johor bahru je. Memang pusing2 sebenar sbb tak turun dari kereta. Haha. Abes camne nak turun, cik adik manis tido. Lalu je danga bay kasi atuk nenek tgk macam mana rupa danga bay sekarang. Parking situ pon packed. Rasenye ade event cino2. Event ape ntah.

Lepas pusing2, pergi jusco tebrau pulak. Sebab atuk nenek tak pernah pegi kot. Masuk je jusco tebrau, terus pegi kedai buku Harris kerana nenek teruja tgk kedai buku tersebut. Jom2. "Mak suka la tempat2 macam ni..lain kali bawak mak pegi tempat macam ni ye". Hehe. Baik mak! :D

Bonda membelek buku
Atuk ajak Izzah baca buku
Lepas dah beli beberapa buah buku (mama pun tumpang sekaki), kita pegi makan yaw. Dah lama tak makan kat vivo. Sedappppp. Pizza yg ditapau masih lembut walaupon dah keesokan harinya. Kalau pizza hut mmg kompem keras kalu dah sejuk tuh.
Cucu atuk


Atuk, izzah & nenek @ vivo

Eat, eat
Lepas makan kami pon pulang. Hari dah malam. Cik adik manis dah ngantuk. Hehe. Kesimpulannya, kami mmg gembira sepanjang weekend tersebut.

Sekian.

P.S - Thank you mak & ayah sebab datang jenguk kami kat sini. Malam ni kami pulang ke kg halaman ye.

No comments: