Friday, March 25, 2011

Demam Nak Pandai Bercakap Kot?

Last tuesday & wednesday was a hard time for my little daughter. Eceh! Apa yg hard nye tu? Izzah mengalami proses penyahtinjaan (betul ke perkataan ni cekgu?) yg sukar. Stool dia kerasberketul melalui banyak sesi. Lepas tukar diapers, dia kata "yak". Tukar lagi "yak" lagi. Haih. Kasihan kamu nak. Perkara ini berlarutan selama 2 hari.

Lepas tu aku pikir2, mengapakah ini berlaku? Kurang air kot? Tak makan fruits? Nasi dia tak berkuah? Yaaaaaaaaaaa..jawapannya adalah seperti yg ku jangka tadi lah. 2 hari tu aku tak bekalkan dia nasi + lauk so babysitter dia bagi nasi+telur+kicap = kering. Biasanya kalau aku bekalkan, nasi + sup sayur/ikan/ayam makanya berkuah jadi tak la tercekik anak aku yg belum ada gigi geraham tu. Hmmm..

Rabu malam tu lepas dia "yak" tiba2 je nangis mengada2 nak meleset kat aku. Kenapa pulak ni? Aku assume dia tak sedap perut jadi aku gosok2 la perut yg comel itu. :) Kebetulan adikipar aku dtg maka abangnya menyuruh adiknya itu pergi membeli buah betik.

Lama jugak dia duduk atas pangku sampai aku rasa pelik kerana kalau keadaan biasa tak dapek la nak tgk dia duduk lama2. Aku saja rasa dahi & badan dia. Eh, badan dia panas la! Cepat2 aku pegi amik paracetamol 2.5ml pastu terus bagi minum. Papa dia pulak basah2 kan badan supaya suhu badan turun. Banyak2 kali basahkan badan so badan dia dah tak panas.

Aku ingatkan dah ok malam tu rupa2nya tidak. Pukul 3 pagi hubby kejutkan aku ajak bawak izzah pegi klinik sebab badan dia panas sgt. Memang panas. Dokter check temperature dia 40 degree!. Pergh. Apa lagi, terus masuk ubat bontot. Balik umah basah2kan badan lagi, tukar baju, tido. Kali ni izzah tido tengah2 di antara kami mungkin sebab badan tak sedap jadi taknak tido dalam cot. Takpe, asalkan dia tido jangan tak tido letih nak bersengkang mata kang. Huhu. Esoknya badan dah tak panas, dah aktif macam biasa, dah "yak" macam biasa tak keras dah. Alhamdulillah. Semoga sihat2 selalu ye Izzah.

Jadi ada kaitan tak demam ni dengan nak pandai bercakap? Ada kot. Hehe.

Straw..straw..straw..Haih. * sekadar gambar hiasan *

Moral of the story: Rajin2 lah membekalkan makanan untuk anak anda supaya anda tahu apa yang masuk ke dalam perut yg kecil itu.  Sekian.

Kopi Sedap!



Selagi tak update cerita ni, selagi tu asyik terkenang-kenang akan keindahan panorama perjalanan menaiki keretapitanahmelayu. Over kan? Ahahaha.

Pada suatu pagi yang tak berapa nak hening dalam perjalanan pergi keje..

Isteri: I heard they said that kopi kluang is good taste and also the food. Is it?
Suami: Yes. I heard many people said so sampai ada yang sanggup naik keretapi pegi sana lepas balik dari keje then naik keretapi malam pulang ke bumi johor bahru.
Isteri: Why don't we go there..this weekend?
Suami: Why not...bole bawak Izzah jalan2 naik keretapi. You pon tak pernah lagi naik keretapitanahmelayu kan?
Isteri: Hahaha. Tepat sekali!

So seperti yg telah dirancang, perjalanan ke tempat berlorek pon bermula. Sampai je di JB Sentral, kekandaku terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket berkenaan. JB Sentral - Kluang - JB Sentral. Harga tiket untuk dewasa adalah RM 14.00. Kanak2 RM 11.00 kot. Tapi disebabkan cik adik manis duduk dengan kami, maka tiket kanak2 adalah tidak diperlukan buat masa ini.

Pertama kali menjejakkan kaki di JB Sentral

Disebabkan ceritera ini berkait dengan kopi kluang, maka foto haruslah feeling2 seperti zaman dahulukala. :D



Pastikan tiket yang dibeli adalah tepat
JB -Kluang: Depart : 2.30pm, Tentative arrival: 3.45pm
Kluang - JB: Depart: 6.40pm, Tentative arrival: 8.00pm

Setengah jam jugak menunggu kat JB Sentral tapi tak rasa sangat kelamaannya kerana perasaan pada ketika itu adalah excited. Baru la thrill pegi minum kopi kluang naik ketapi ye tak? Bukan tak boleh pegi minum kopi tersebut kat kluang railcoffee punya caawangan kat plaza kotaraya tu haa. Tapi saje je nak jalan2 naik ketapi. Hihihi.

Kami di dalam keretapitanahmelayu yaw..


Kanak-kanak ini adalah cargas di dalam keretapi. Haih.

Setelah tak pejam tetapi celik hanya budak kecik ini saja yg pejam mata seketika, kami pon selamat sampai ke tempat dituju. Finally!

Kluang RailCoffee di depan mata. Yeay!

Time kami sampai tu kedai penuh tapi tak lama menunggu dalam seminit dua begitu. Kedai ni mmg senantiasa penuh dengan pengunjung. So, beratur kalau nak masuk okey?

Kami di sini!

Ada apa atas meja tu mama? (Baby chair takde, so terpaksa duduk kat stroller)

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Dengan itu kami order segala bagai makanan yang ada. Ala menu dia macam kedai kopi jaman dulu lah. Nasi lemak, mee goreng, mee siam, roti bakar, telur separuh masak. Semua itu dijamah dengan berselera kerana perut sudah menyanyi lagu keroncong. Hihi.

The nasi lemak
Personal review: nasi biasa2 je. sambal sedap.

Roti bakar kaya + butter
Personal review: Sedap. Roti garing. Butter melted. Hoho

Roti bun bakar - kaya + butter
Requested for peanut butter tapi dah habis bak kata adik tukang amik order.
Personal review: Sama seperti di atas. Hehe.

Telur kampung a.k.a telur ayam kampung
Personal review: Rasa macam telur ayam kampung kat rumah mak aku pon ade. Saje gatal nak order jugak sebab dah sampai Kluang. Haha.

Mee siam
Personal review: Cukup rasa tapi nak kata sedap sangat tu idak le..

Sori. Tangkap foto dari sisi maka tak berapa nak jelas tulisannye.

Eheh. gambar kopi terlupa nak amik. Kesimpulannye, kopi sedap, makanan bole la kot kalau dah lapar semua pon sedap kan??

Sesi pergambaran untuk kenangan pada masa hadapan adalah wajib setelah perut sudah tidak menyanyi apa2 lagu. :D

Sebagai bukti sudah menjejakkan kali ke tempat ini

Ini juga bukti. Hehe.

Izzah muka boring sebab menghadap cahaya kot..
 
 
 
Tangkap foto haruslah bergilir-gilir. Standard. See, papa menyepetkan mata beliau kerana menghadap cahaya. Huhu.
 
 
Kegirangan selepas mandi & ditukarkan baju. barulah fresh!

Foto kenangan bersama keretapi adalah wajib juga.

Ape mama ni? Keretapi datang pon nak amik gambar ke? :(

Setelah puas bergambar sana sini, tunggu punya tunggu, keretapi lambat sampai la pulak. Should be at 6.40pm tapi pukul 7.45pm baru muncul. Blerghhh! Bosan tau tak?

Keretapi dah sampai!

Ayuh kita pulang!

Fuh..in overall memang sangat penat. Seriously but we had a great experience that day. Thank u hubby kerana membawa kami ke Kluang. Feeling klasik kadang2 enak juga ye..:)

P.S: Hari ni kecoh2 pasal kopi ni tak halal. betul ke wei? Kalau betul JAKIM kena keluarkan pekeliling or whatever. Orang tak tau. Kami tak tau. Tapi dah minum macamana tuh??
Saturday, March 19, 2011

Tips: How to shop

  • First of all, go to your favourite store depends on what you are searching for, of course.
  • Make sure you already set in mind apa nak beli whatsoever. Tetapi ini selalunya tidak terjadi kepada aku kerana ada saje benda2 sampingan yg tiba2 masuk dalam list. Standard. Korang pon sama kan? Haha.
  • If you want to make some saving, silalah membeli-belah pada waktu dan ketika ada SALE. Ok semua org tau. Tapi kena tgk2 jugak kadang2 time SALE ni diorg menipus. Harga time tak sale = RM 100, harga time sale = RM 200 ada less 50%. Bijak..bijak..
  • Lepas tu sila buat steps yg ditunjukkan oleh model di bawah,
Contoh: Nak beli seluar

Ada banyak choice of design, colour, price..so belek je la semua. Kalau larat ye. Kalau tak larat, tgk 1 design pastu terus beli. Hoho.


Design mana yg sesuai ni? (Ini adalah seluar lelaki dewasa. Hihi.)
Then..tgk price,
Ada less tak ni??
Tak berkenan? Ok cari je yg lain..

Browse..browse..
Kalau ada yg berkenan, go fitting pulak..

Sekadar gambar hiasan. Haha.
Kalau suka..kena buat muka macam ini ye tuan puan..

Saya sukaaaaa..!!
Last sekali, silalah pergi bayar ye. Seperti biasa. Laburkan wang anda ke pusat membeli belah. In our case last week, we used the RM 200 voucher. Voucher haruslah digunakan. Kalau tak, rugi woooo.

Orait, sekian saja. Jumpa lagi dalam episod akan datang di siaran blog yang sama. Eheh.

P.S - esok kami akan pergi menjelajah. harap2 semuanya berjalan lancar, insyaAllah.
Wednesday, March 9, 2011

This is coooolllll!

Orait. Saja nak share gambar2 ni. Application from cik apple. Warghhh. Wahai aifon, kau tetap di hatiku! :D



Catwalk!
Pelbagai pose with that off-shoulder baju tido. Haha

Macam gambar dulu kala kan? Heee

And last but not least..

Satu hari di hari raya..:)

Ok tu je. Entri bergambar. Jadi kurang tulisan. Kakakaka.

Babai!
Tuesday, March 8, 2011

Terharu

Before i get started, here are some important notes:

Important note 1: This entry is specially dedicated to my beloved husband. If you like to proceed reading, it's at your own risk.

Important note 2: There's no such thing like showing off or whatever. This is just to share what I feel.

So, if you agree with this then you can scroll down. But if you don't, simple. Click X on the top of your browser. Orait??

Kihkih. Macam serius benor plak gamaknye. Takdela..aku kasi tau awal2. Kalau tak suka tak payah baca. Understand? :P

Jumaat malam sabtu lepas, kami sekeluarga pulang ke kampung halaman. Almaklum..balik untuk mengundi. Semangat seyyy. Hoho. Kalau takde PRK pon mmg kami akan balik kampung sebab hubby has a job in KL. Yes. Menambah pendapatan keluarga. :D

While we were in a car..

Me: Esok u nak gerak kul bape syg?
Hubby: Early in the morning
Me: Seperti pukul berapakah itu?
Hubby: Before 7 am la kot. U kejut i pukul 6.30am ok?
Me: Orait!

So esoknya suamiku yg tercinta itu bertolak pagi2 tapi terlewat sikit. Pukul 7.25 am kot. Tapi tak kisah la. Bagi aku ok lagi sebab pagi2 kereta tak banyak kat highway. Have a safe journey dear! xoxo

Around 9.30 am i called him. He said that he has safely arrived. Alhamdulillah. Kebetulan my sister ajak pegi ayer hitam kerana beliau nak beli souvenir for her wedding reception. So my sister+my mom+me+izzah bertolak to ayer hitam around 10.00am. Haih. Johor-melaka-johor plak dah. Takpe, at least hari sabtu dah terisi.

Petang around 3.00pm aku browse fesbuk. Tgk hubby punye status "cuci mata..huhu..". Aku tak pikir lain dah. Mesti beliau window shopping. Hehe. Sebab before pegi KL tu, ada dpt sms from mothercare. Mothercare sale weh! Takbleh tahan aku. Tapi apakan daya takbleh nak ikut. Sedih..:(
Walaubagaimanapun kami telah berbincang nak belikan izzah kasut baru kerana kasut clarks dia dulu2 tuh dah sempit. Mana tak sempitnya..size 3 stgh. Aku rasa dah size 5 kot kaki anak aku. Kasihan. Hubby kata dia nak tgk kat osh kosh. Aku suka je. Kesian anak aku pakai kasut dah sempit. Maap ye nakk.
.
.
.
.
.
.
.
.

Lepas2 tu aku ade jenguk fesbuk. Hubby tag aku dengan gambar ini,

Caption beliau: SUPRISE!!!
Hah? Biar betik. Haha. Aku mcm dah dpt teka isi perut dalam kotak jurulatih ni. Dah lama ku kepingin nak handbag bertajuk jurulatih. Tapi masa anniversary hari tu hubby bagi handbag dona karen. I am more than happy bebeh. Sukaaaa sgtttt. :D

Lepas tu dia dok citer pasal wrislet bertajuk jurulatih ni la masa dia survey2 handbag aku kat klcc hari tu. Maka aku pon berangan2. Alangkah cool kalau ada wrislet supaya aku boleh letak blekberi or benda kecik2. Senang nak bawak pegi meeting. Hoho. Ok tak alasan aku? Muehehehe. Tapi aku tak mengharap sgt. Cakap2 gitu je.


Tak sangka angan2 ku menjadi kenyataan. Big hug to you mr. husband! Saya sayang kamu sangat...!! Dan ini lah dia surprise tersebut,

Wrislet idaman ku..lalala :D


So..dah dapat dah. Honestly aku sgt terharu. Betul2 terharu.

Dalam kereta on the way back to JB..

Hubby: I have a confession to make..
Me: (Sudah..confession ape plak nih?) What confession?
Hubby: Sebenarnya sabtu pagi smlm i balik jb..
Me: Balik jb? Pagi2 tuh?
Hubby: Ha ah. I ada class NOSP. I mengajar.
Me: Ya Allah..dengan takde suara tu? Boleh ke?
Hubby: Terpaksa la. Dah agreed awal. I saja tak bagitau u..I dah ada suara sikit pagi tu. Sebab dah makan aiskrim + minum twister.
Me: Nasib baik tak jadi apa2. Mati2 i ingat u peg KL sabtu pagi tu..
Hubby: Hehe. Lepas habis class around 5.00pm, i rushed to KL. Malam ada dinner dgn my boss.
Me: U ni kannnn. Dah2 lain jgn buat lagi. I mean, kalau ada class bgtau i. Walaupon that weekend kita dah plan nak balik kampung...
Hubby: Niat i baik..i took that job, so i have extra money to buy a coach wrislet for you.

See. Part ni yg buat aku terharu yg amat sgt. When i wish for something, beliau akan sedaya upaya berusaha memberikan yg termampu. Oh did i mentioned that he had a sore throat that day? Takde suara macam mana nak mengajar?? Gigih la mengeluarkan suara tu. Aku rasa sgt bertuah kerana mempunyai suami seperti dia. Syukur. Beliau gigih berusaha untuk keselesaan kami sekeluarga. Satu perkara lagi yg boleh dijadikan panduan ialah..jika kita inginkan sesuatu, kita hendaklah berusaha dan berdoa. But in this case, aku berdoa. Yang berusaha adalah suamiku yg tercinta. Beliau juga berdoa siang malam. Berdoa dimurahkan rezeki. Doa yg baik2. Tapi takde la aku doa nak beli beg bertajuk jurulatih. Agak2 la kan. Hehehehe. Bila dah dapat tu, kita hendaklah bersyukur. Rezeki Allah yg bagi. So bila2 Dia nak tarik balik, sekelip mata je.

Untuk suamiku yg tercinta, terima kasih kerana sentiasa membuatkan saya & anak kita gembira & bahagia. Saya sayang kamu sgt2. Ok jiwang dah. Kan dah kata entry ni untuk suamiku tercinta. Mode jiwang di malam hari. Oh btw, Izzah pon dapat beberapa pasang baju + seluar + skirt + kasut. Almaklum..kata mothercare tgh sale. Haruslah grab buat stock untuk masa hadapan. Suka suka suka.

Kesimpulannya, wrislet ini ada sentimental value tersendiri. Kerana ada surprise di sebalik surprise.  

Ya Allah, panjangkanlah jodoh kami, peliharakanlah ikatan perkahwinan kami ini sehingga ke akhir hayat kami. Amin...

Aku dan dia...

I LOVE U EZAMSHAH!

Tuesday, March 1, 2011

Sarapan

Dah lama tak menikmati breakfast buatan puan mek donel. Baru2 ni aku tgk iklan dalam tibi, ada family breakfast box yaw. Lalu aku pon terpesona dan terliur melihatnya. Lantas ahad lepas dengan gighnye aku keluar rumah pukul 7.30 pagi untuk mendapatkan ini..(padahal rumah dekat je dgn mekdi. hoho)

Motto: Share good times & good foods
Akhirnya...ahahahaha. Sedap ok. Yg ni box untuk 2-3 org, RM 19.90. Isi kandungannye ialah - 1 set of big breakfast, 1 set of hotcakes with maple syrup, 2 hash browns, 1 sausage egg mc muffin with egg & 2 cup of coffee. Berbaloi kan? Ada orang kata tak berbaloi untuk sarapan bernilai semilanblashenggetsemilaposen. Tapi kalau dah nak makan sangat, apedehal ye tak? Kenyang je makan ni. So berbaloi la bagi aku (kalau anda memiliki perut tong iaitu kena mkn byk2, adalah tak cukup ini, harap maklum). Ada jugak box untuk 3-4 org but i'm not sure how much.

Hotcakes + maple syrup+hash brown+coffee = terbaek!!
Yang ni aku dah makan sikit. Nasib baik teringat nak tangkap gambo sebab nikmat betul la makan. Hehe. Maple syrup itu sgt sedap apabila dimakan bersama pancakes. Kalau pancakes buatan sendiri, aku tenyeh makan dgn honey je. Pon sedap jugekkk.

Ok tu je nak cerita. Sarapan mekdi pon nak kepochi. Sukatiaku la kan. Lalalalala.