Friday, March 25, 2011

Demam Nak Pandai Bercakap Kot?

Last tuesday & wednesday was a hard time for my little daughter. Eceh! Apa yg hard nye tu? Izzah mengalami proses penyahtinjaan (betul ke perkataan ni cekgu?) yg sukar. Stool dia kerasberketul melalui banyak sesi. Lepas tukar diapers, dia kata "yak". Tukar lagi "yak" lagi. Haih. Kasihan kamu nak. Perkara ini berlarutan selama 2 hari.

Lepas tu aku pikir2, mengapakah ini berlaku? Kurang air kot? Tak makan fruits? Nasi dia tak berkuah? Yaaaaaaaaaaa..jawapannya adalah seperti yg ku jangka tadi lah. 2 hari tu aku tak bekalkan dia nasi + lauk so babysitter dia bagi nasi+telur+kicap = kering. Biasanya kalau aku bekalkan, nasi + sup sayur/ikan/ayam makanya berkuah jadi tak la tercekik anak aku yg belum ada gigi geraham tu. Hmmm..

Rabu malam tu lepas dia "yak" tiba2 je nangis mengada2 nak meleset kat aku. Kenapa pulak ni? Aku assume dia tak sedap perut jadi aku gosok2 la perut yg comel itu. :) Kebetulan adikipar aku dtg maka abangnya menyuruh adiknya itu pergi membeli buah betik.

Lama jugak dia duduk atas pangku sampai aku rasa pelik kerana kalau keadaan biasa tak dapek la nak tgk dia duduk lama2. Aku saja rasa dahi & badan dia. Eh, badan dia panas la! Cepat2 aku pegi amik paracetamol 2.5ml pastu terus bagi minum. Papa dia pulak basah2 kan badan supaya suhu badan turun. Banyak2 kali basahkan badan so badan dia dah tak panas.

Aku ingatkan dah ok malam tu rupa2nya tidak. Pukul 3 pagi hubby kejutkan aku ajak bawak izzah pegi klinik sebab badan dia panas sgt. Memang panas. Dokter check temperature dia 40 degree!. Pergh. Apa lagi, terus masuk ubat bontot. Balik umah basah2kan badan lagi, tukar baju, tido. Kali ni izzah tido tengah2 di antara kami mungkin sebab badan tak sedap jadi taknak tido dalam cot. Takpe, asalkan dia tido jangan tak tido letih nak bersengkang mata kang. Huhu. Esoknya badan dah tak panas, dah aktif macam biasa, dah "yak" macam biasa tak keras dah. Alhamdulillah. Semoga sihat2 selalu ye Izzah.

Jadi ada kaitan tak demam ni dengan nak pandai bercakap? Ada kot. Hehe.

Straw..straw..straw..Haih. * sekadar gambar hiasan *

Moral of the story: Rajin2 lah membekalkan makanan untuk anak anda supaya anda tahu apa yang masuk ke dalam perut yg kecil itu.  Sekian.

2 comments:

noorulaz said...

eh salah akaun pulak.. aku yg post tadik

stefa aisle said...

emmm lisya pun pernah gak demam macam tu....tp demam nak masuk bulan...org katala...saya tak kata...hehhe...bmbgkan kalau anak demam camtu...tgk muka dia pun kita leh sebak....dari aktif jadi murung....heheh alhamdulillah izzah dah sihat...skang aunty lak tak sihat izzah..huhuhuh