Friday, March 25, 2011

Kopi Sedap!



Selagi tak update cerita ni, selagi tu asyik terkenang-kenang akan keindahan panorama perjalanan menaiki keretapitanahmelayu. Over kan? Ahahaha.

Pada suatu pagi yang tak berapa nak hening dalam perjalanan pergi keje..

Isteri: I heard they said that kopi kluang is good taste and also the food. Is it?
Suami: Yes. I heard many people said so sampai ada yang sanggup naik keretapi pegi sana lepas balik dari keje then naik keretapi malam pulang ke bumi johor bahru.
Isteri: Why don't we go there..this weekend?
Suami: Why not...bole bawak Izzah jalan2 naik keretapi. You pon tak pernah lagi naik keretapitanahmelayu kan?
Isteri: Hahaha. Tepat sekali!

So seperti yg telah dirancang, perjalanan ke tempat berlorek pon bermula. Sampai je di JB Sentral, kekandaku terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket berkenaan. JB Sentral - Kluang - JB Sentral. Harga tiket untuk dewasa adalah RM 14.00. Kanak2 RM 11.00 kot. Tapi disebabkan cik adik manis duduk dengan kami, maka tiket kanak2 adalah tidak diperlukan buat masa ini.

Pertama kali menjejakkan kaki di JB Sentral

Disebabkan ceritera ini berkait dengan kopi kluang, maka foto haruslah feeling2 seperti zaman dahulukala. :D



Pastikan tiket yang dibeli adalah tepat
JB -Kluang: Depart : 2.30pm, Tentative arrival: 3.45pm
Kluang - JB: Depart: 6.40pm, Tentative arrival: 8.00pm

Setengah jam jugak menunggu kat JB Sentral tapi tak rasa sangat kelamaannya kerana perasaan pada ketika itu adalah excited. Baru la thrill pegi minum kopi kluang naik ketapi ye tak? Bukan tak boleh pegi minum kopi tersebut kat kluang railcoffee punya caawangan kat plaza kotaraya tu haa. Tapi saje je nak jalan2 naik ketapi. Hihihi.

Kami di dalam keretapitanahmelayu yaw..


Kanak-kanak ini adalah cargas di dalam keretapi. Haih.

Setelah tak pejam tetapi celik hanya budak kecik ini saja yg pejam mata seketika, kami pon selamat sampai ke tempat dituju. Finally!

Kluang RailCoffee di depan mata. Yeay!

Time kami sampai tu kedai penuh tapi tak lama menunggu dalam seminit dua begitu. Kedai ni mmg senantiasa penuh dengan pengunjung. So, beratur kalau nak masuk okey?

Kami di sini!

Ada apa atas meja tu mama? (Baby chair takde, so terpaksa duduk kat stroller)

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Dengan itu kami order segala bagai makanan yang ada. Ala menu dia macam kedai kopi jaman dulu lah. Nasi lemak, mee goreng, mee siam, roti bakar, telur separuh masak. Semua itu dijamah dengan berselera kerana perut sudah menyanyi lagu keroncong. Hihi.

The nasi lemak
Personal review: nasi biasa2 je. sambal sedap.

Roti bakar kaya + butter
Personal review: Sedap. Roti garing. Butter melted. Hoho

Roti bun bakar - kaya + butter
Requested for peanut butter tapi dah habis bak kata adik tukang amik order.
Personal review: Sama seperti di atas. Hehe.

Telur kampung a.k.a telur ayam kampung
Personal review: Rasa macam telur ayam kampung kat rumah mak aku pon ade. Saje gatal nak order jugak sebab dah sampai Kluang. Haha.

Mee siam
Personal review: Cukup rasa tapi nak kata sedap sangat tu idak le..

Sori. Tangkap foto dari sisi maka tak berapa nak jelas tulisannye.

Eheh. gambar kopi terlupa nak amik. Kesimpulannye, kopi sedap, makanan bole la kot kalau dah lapar semua pon sedap kan??

Sesi pergambaran untuk kenangan pada masa hadapan adalah wajib setelah perut sudah tidak menyanyi apa2 lagu. :D

Sebagai bukti sudah menjejakkan kali ke tempat ini

Ini juga bukti. Hehe.

Izzah muka boring sebab menghadap cahaya kot..
 
 
 
Tangkap foto haruslah bergilir-gilir. Standard. See, papa menyepetkan mata beliau kerana menghadap cahaya. Huhu.
 
 
Kegirangan selepas mandi & ditukarkan baju. barulah fresh!

Foto kenangan bersama keretapi adalah wajib juga.

Ape mama ni? Keretapi datang pon nak amik gambar ke? :(

Setelah puas bergambar sana sini, tunggu punya tunggu, keretapi lambat sampai la pulak. Should be at 6.40pm tapi pukul 7.45pm baru muncul. Blerghhh! Bosan tau tak?

Keretapi dah sampai!

Ayuh kita pulang!

Fuh..in overall memang sangat penat. Seriously but we had a great experience that day. Thank u hubby kerana membawa kami ke Kluang. Feeling klasik kadang2 enak juga ye..:)

P.S: Hari ni kecoh2 pasal kopi ni tak halal. betul ke wei? Kalau betul JAKIM kena keluarkan pekeliling or whatever. Orang tak tau. Kami tak tau. Tapi dah minum macamana tuh??

4 comments:

stefa aisle said...

kitaorg ari tu singgah je sebab ambik mak n tok kat stesen tu..punyala best bau kopi....tp memmandangkan abglong kata bini nya dah sediakan breakfast maka terlepasla bau kopi yang enak itu,,,,tp takpe.tgk gmbar akak ni pun mcm dah kenyang je..hehehhe

Traveller's Anatomy said...

ala, bestnye naik ketapi. mmg mcm dolu2 kala gitu hehe...aku pi bfast je haritu. Petang pon bukak ek kat sini?
Haritu tanye kat Kluang Railway Coffee dia kate branch yg ade kat kl or tmpt lain tu xsama. Xtau la betul ke x. Yg ori tu mmg ade kt kluang je, satu kt stesen ni, satu lg kat bandar kluang.

Lin Ghazale said...

sudah keluar paper kan? tak halal. dah minum takpe la. bukannya kita tau. kot ade tools nak check sebelom minum, baru la bole kot nak rasa berdose.
nak samak pon cemana? detox? huhu.
laki aku pon dah minum.
dulu aku g sekali tu minum milo. haha fuhhhh~~

disclaimer: kenyataan di atas adalah assumption dah keluar paper pasal aku ade terdengar adik aku ckp tghari tadi tapi aku tak bace2 paper tersebut :P

Mama Ardini said...

stefa: ehehe. tgk gambar da kenyang eh?

byya: petang pon bukak beb. 2.30pm - 6.00pm. aku tak sure sgt pasal branch tu. yg aku tau, 1 kat station ni & 1 lagi kat plaza kotaraya. tapi yg lain2 tu mmg bukan branch kluang railcoffee katanya. penggunaan nama yg sama je.

lin: dah keluar paper beb tapi takde specifically mentioned kluang railcoffee. kalau betul, it should mention which coffee supaya orang tak keliru & was-was.