Friday, April 29, 2011

Baju Free




aku dah bosan dengan kertas dinding lama
maka ayuh bertukar kepada sesuatu yang baru
yang lebih cute
ahahahaha
kalau nak yang kiut miut lagi, silalah buat bayaran menggunakan kad hutang kredit anda
aku malas nak hutang
maka ngap yang tak payah beli tapi percuma seratus sudehhh
T____T


tapi masalahnya yang ini kalau aku tukar
font patplohkali pon dia tak layan
takpe lah janji kemas sedap mata aku memandang
korang suka tak?? :P
ok tak suka takpe
no offense


eh eh korang
dah beli kain baju raya?
aku sudah..hikhik
kali ini duaratusperatus ikut spesifikasi tuan pengerusi
aku ikut je
klasik gitu
belum tempah lagi la tapi
bulan depan la ku tempah
puasa ganti dulu weh!


ok dah
sekian sahaja
weekend ni nak menghala ke kuala lumpur
yeeehaaaa!!!!

Thursday, April 21, 2011

My Very Last Two Series




Semakin menginjak dewasa nampaknya
Tinggal lagi setahun jagung akan melangkah ke series yang seterusnya
Ada orang kata, the 3rd series is a series of luxury, stability, maturity (ade ke perkataan ni? :P)
Is it true??
I don't know yet till i get through it
By the way, let's hope for the best for the upcoming years
Happiness, wealthness, healthiness
Ok, let's pray everyone



So..


 
HAPPY 29th BIRTHDAY TO ME!!
May I'm be blessed by Allah always


This is the latest pic of me :D

Tuesday, April 19, 2011

She Will Be 18 Months Part II

.............. Entri ini adalah sambungan dari entri sebelum ini kerana tadi dalam kereta tiba2 aku teringat gelagat cik adik manis kalau dalam kereta.

Masuk je kereta, first thing yg sangat wajib dibuat ialah memakai seat belt ye tuan puan. Selagi kau tak pakai, selagi tu la dia membebel ntah ape yang tak dapat difahami butir percakapannya sambil dia tolong tarik itu seat belt. Haaaaaaaaaaaaaaaa.

Aku rasa dia belajar dari kitorg sebab adalah menjadi kebiasaan kami kalau masuk je kereta, terus pakai seat belt. Safety first yaw. So dia belajar dari situ la. Hari2 tengok maka dia pon sudah paham. Bagus!



Lepas tu, sejak dah pandai buat gaya cakap kat henpon dengan kita2 sekali disuruhnye helo walaupon takde call. Siap tukar2 telinga kiri kanan pulak tu. Kahkah. Papa dia rajin melayan. Lawak la kamu ni nak..Ngeee..


Helo..atuk ade?


Aha..atuk, mama nak cakap ni..kejap eh..jap2


Ok dah. Tu aje. Lain kali sambung okeh. Tata!





Saturday, April 16, 2011

She Will Be 18 Months!

First of all, hello blog! Hello bloggers! Hello readers! :D

Sekarang ni tengah dalam mood yang bersemangat nak update blog setelah sekian lama kerajinan tidak muncul2 untuk mengarang walaupon banyak cerita yang boleh diceritakan kerana aku adalah malas sama sekali. Adalah lebih baik mengepos di dinding mukabuku kerana tulis bang sejengkal dah boleh post. Hua3.

Mengikut perkiraan lagi seblas hari cik adik manis nak mencecah umur setahunsetengah. "Dah boleh bagi adik ni" katanya dak a, b, c dan d. Hoh. Nantilah.Tunggu betul2 masuk second quarter baru boleh cerita.

Dah macam2 benda boleh buat dah cik adik ni. Dah boleh faham apa orang cakap. Vocab pon dah bertambah contohnya..

  • Nanik - naik
  • Tatoi/Tatuh - jatuh
  • Susu - susu
  • Kai - pakai
  • Tito - tido
  • Loli - lori
  • Papa lik - papa balik
  • Sut - kasut
  • Sup - sup
  • Halu - helo
  • Baby - bear
  • Dik - adik
  • Kakak - kakak
  • Tatik - cantik
  • Kaki - kaki

Dan bermacam lagi yang aku tak ingat pulak masa menaip ni. Masa tak menaip banyak yang aku ingat. Standard la tu kan. Ini vocab tambahan selain yang dia dah pandai cakap sebelum ni. In term of perbuatan pulak,

Dah faham bila suruh salam. Tapi kalau orang datang rumah, lepas tu nak balik & she doesn't approved that so she would not salam at all.

Makan sekarang dah taknak bersuap. Ko suap la macam mana pon memang confirm tak bukak mulut. Kalau dah namanya yang disuap tu adalah bubur, memang sorry tak layan. Kalau namanya nasi belauk ayam, dia amik ayam tu je. Out of 100%, 90% dia suap sendiri. Lagi 10% tu kadang2 makayah berjaya suap. Mula2 pakai tangan tapi sekarang nak pakai sudu garfu pulak. Layan je dan bersedia dengan kesepahan yang bakal berlaku di depan mata.  Tapi takde la sepah mana sangat pon sebab Izzah duduk kat baby chair kalau makan maka akak alas le sokkabar bawah tu. Dah sudah kang angkut je. Senang. So far semenjak dah pandai makan sendiri, lega sikit mak sebab nasi dia dah sudi makan. Sebelum ni adalah sangat susah nak makan nasi. Semangat jugak la aku nak pelbagaikan menu. Sup meatball + sayur campur + macaroni mau jugak la dia makan. Papehal pon kata kuncinya ialah mesti makanan yg boleh dipegang sendiri.



Macam terer je gayanya tu

Kalau nak pergi jalan or nampak papa/mama siap2 nak keluar tanpa berlengah lagi pegi ke gerobok kasut amik kasut dia. Cute okeh!

Bila buat salah, dia akan cakap "hhaaaaa" dengan intonasi konon2 takutkan orang padahal diri sendiri tak buat salah. Kihkih.

Dah pandai pakai topi or tudung mak dirembatnye lepas tu sebut "tatik, tatik" sambil tersengih dengan penuh kegirangan & kecomelan. :D

Kalau orang tanya mana mata? Dia akan kelip2 mata sambil tunjuk mata. Mana hidung? Tunjuk hidung. Mulut? Tangan? Kaki? Semua boleh tunjuk dah. Kitorg tak pernah sempat amik video situasi ni sebab masing2 syok melayan lepas tu BB ntah kemana, camera ntah celah mana ntah. Ekekeke.

Sekarang ni musim bukak laci kembur, bukak laci kembur. Dah pandai bukak laci yaw. Pening akak. Habis segala mala yang akak simpan ke sorok dari pandangan mata dah kena kembur. Contohnya ini,



Ini sunglasses zaman tok kadok murah2 punya..lai..lai..kakakaka..

Yang paling tak tahan, dah pandai mintak dukung. Hadoi la. Letih mak. Balik keje panat2 kadang tu melalak mintak dukung especially kalau ade la benda yg dia berkenan tapi duduknya di atas. Biasanya benda2 yg tidak di approve untuk dia memegangnya.

Lagi...ermm..ape hah? Banyak ah benda. Letih pulak nak tulis semua maka kita cerita sikit2 la kot. cerita banyak2 kang korang boring pulak kan.

Ok Izzah, petang ni kita keluar beli sunglasses kamu. Sunhat dah ada..erm apa lagi nak beli? Cakap, cakap..:P