Saturday, May 14, 2011

Magik!

Location: In law's house

Aku nampak mainan izzah yang cenonit kecil-kecilan bersusun atas meja kopi kat rumah mak mertua. :P

Aku: Bersusun mainan izzah eh mak..
MIL: Ha ah..tadi mak menyapu bawah sofa tu, rupenye banyak mainan kecik bawah tu... (korang kena baca dengan nada bersemangat kerana mak mertua aku adalah happy go lucky orangnya. Hehe)
Aku: (ketawa)
MIL: Mak pakai penyapu magik, tu yang senang. Habuk2 ni semua lekat kau. Tak payah vakum dah.
Aku: Penyapu magik tu macam mana mak?
MIL: Ada kat dapur tu..jom mak demo sikit.
Ezam: Demo kat rumah kitorang la mak. Demo satu rumah.

HAHAHAHAHAHA...

Lepas demo yang ditunjukkan oleh mak mertuaku itu, aku adalah teruja nak beli jugak. Pengaruh rakan tak sebaya okey! And aku dah jumpa benda itu di tesco. Korang kalau nak, silalah beli..ke korang dah ade benda alah ni??

Tadaaaaaa...




Inilah dia magic wiper yang sangat magik yaw!


Yang ini sheet nye

Ok, kalau korang beli wiper tu, haruslah beli sheetnye sekali. Dalam box wiper tu dah ada siap2 dry sheet macam kat gambar atas tu tapi 5 lai jek la. So aku beli lagi 2 pack 20 sheets per pack untuk kegunaan di kemudian hati. Ehehehe. Yang bawah plastik kuning tu adalah wet sheet. Ini untuk permukaan yang melekit seperti dapur ke air tumpah ke minyak2 lepas masak ke, haa boleh la guna wet sheet ni. Aku tak paham ape yang dia tulis kat plastik tu. Tulisan jepon kot. Mungkin Lin Ghazale tau baca. Tau tak beb? T____T

Yang aku suka, wiper tu dia letak dalam kotak. So takyah nak ngangkut sebatang penyapu kat dalam troli dengan anak kat dalam troli tu lagi kang abes dia buat main macam pedang. Balik rumah,  korang kena pasang sendiri la batang wiper tu. Kojo sonang je tu senah. Bagus betul orang jepon ni. This is what we called a brilliant invention. Eceh!


Ni yang dah siap dipasang. Lepas tu boleh la korang buat keje2 menyapu denagn senang hati. Oh yes, wipes tu boleh basuh lepas tu guna lagi. Takat dua kali ulang boleh la. Macam aku, aku buang je. Dahtu kalau itam legam tak koser aku nak basuhnye. Haha. Kantoi rumah berabuk. Eleh rumah korang pon berabuk kan? Kihkih.

Lepas je aku beli & pasang ni, Ezam kata: ni kalau tak nyapu jugak tak tau la. Cet! Bukan ke nyapu2 ni bidang tugas u? Eh, dia tak baca blog aku kan? Muehehehe.

Korang apa tunggu lagi..silalah ke tesco berhampiran anda untuk mendapatkannya.


4 comments:

Lin Ghazale said...

aku pon tak paham keke

Lady Naza said...

oh..aku sgt mudah terpengaruh :P mau beli gak ni

Mama Ardini said...

ahahaha. naza, sila2 beli. sangat best. kalau nak mop magic pon ado. kat tesco derang susun sebelah magic wiper ni jugak..

falifaliha said...

aku juga ialah manusia yg tepat tuk membelinye.