Friday, June 24, 2011

Almost 20 Months

Selamat hari jumaat semua. Lama menyepi tak bersiaran kerana tidak sempat nak online di malam hari disebabkan terus tido semasa konon-kononnya menidurkan anak. Kahkah. Letih hokeyyyyy.


*iklan*

Harap maaf. Papan iklan terpaksa dikeluarkan dari post ini. Actually aku nak letak video kat sini tapi dok uploading tak sudah. Laaaaaaaamaaaaaa benor. Tak koser aku nak nunggu. Maka tak payah letak. Sorry friends..

###############################################################

Sekarang ni kalau keluar wajib pakai topi (gambar takde tapi video yang nak diupload tadi adalah menunjukkan anak saya pakai topi. hampes lembab namamp upload). Pakai sendiri. Lepas tu tak nak tanggal. Dah balik pon tak tanggal topi. Dia kata.."atik..atik.." sambil pegang topi kat kepala. Cantik la tu. :) Duduk rumah pon pakai topi. Kegemaran baru nampaknya. Bagus jugak nak. Idak le mambazir mama belikan sunhat handmade from okinokiyo.com. Ibu2 sekalian, sila lah terjah ke sana. Boleh pilih kain ikut kesukaan mata masing2. Pada aku corak dia semua senonoh la untuk bebudak.



Izzah dah almost 20 months. Macam2 dah boleh buat. Kekadang letih nak melayan tapi layankan jugak. Papa adalah orang yang paling rajin melayan. Serius tak tipu especially kalau layan berbual. Kesimpulan: dua beranak peramah. Mama kureng sikit sebab mama banyak keje nak buat kat dapur. Hoh. Excuse. Ekekekeke. Sudah pandai menyusun ayat seperti..

"susu dah habesss" *dia mmg cakap susu tu "susu" sebab mmg ajar dia sebut susu. kalo ko cakap "nenen" mmg dia tak paham. T____T

"papa luar" *papa keluar/papa kat luar

"atuk wan atang" *atuk & wan datang

"nenek apong" *nenek kat kampung

"akan asik" *makan nasik

"asut..alan.." * kasut jalan

"apu isyat" *lampu isyarat. kakakakakaka.

Dan bermacam perkataan lain seperti "keter", "loli", "bas", "tudung", "kikas = basikal", "boy=ball". Almost semua benda dia da sebut nama. Kalau dengar org cakap pon kadang2 dia ikut perkataan yang last skali. Hari tu wan dia tunjuk gambar periuk, Izzah kata "asak..asak..= masak". Pandaiiiiiiii!

Yang paling tak boleh blah adalah kalau aku tengah siap2 nak keluar or nak g keje, dia pon nak pakai toner, sunblock, loose powder, lipstick. Siap buat gaya. Comel okeh. Geram rasa nak cubit sebab tgk gelagat dia. Kalau aku amik tudung, dia pon sama nak capai tudung lepas tu pakai. Lepas pakai terus pegi kt cermin. Sekali lagi.."atik..atik.." Heeee.

*iklan lagi*

********************************
Mama bukak fridge..
Izzah: nak..nak..(tunjuk vitagen)
(Dah ambik pastu tutup fridge, pegi depan tgk tv)
Alih2 pegi dapur lagi kat fridge
Izzah: nak..nak..(sambil cuba nak bukak fridge)
(Ambik jelly pulak)

********************************
Beberapa minit kemudian,
Pegi lagi kat fridge, nak coklat pulak..haih. Sabo je la nak oiii..

********************************
Dah leka2 tengok tv, pegi lagi kat fridge.
Nak buah betik pulak. Hadoi lemah mak. Asik bukak tutup peti ais kejenye.

Ok dah habes iklan. Anak korang macam tu tak? Fridge is too interesting kot. Macam2 ada.

Semalam papa dia cakap "rumah ni dah macam workshop!". Ape tak nye. Izzah sekarang main2 habis dia terbalikkan basikal, rocker. Basikal tu dia terbalikkan sebab nak main pusing2 ruda pakai tangan. Apekah? Lepas tu rocker tu terbalik jadi gelongsor. Good. Creative! Mintak papa beli la Izzah nak? No? Tapi kalau beli nak sumbat celah mana? Hall dah la kecik. Owh nehi..nehi..Main kat toys r us sudah. Seminggu sekali. Amcam?

Kalau orang nak snap gambar dia..dia akan terus menyengih. "nyum..nyum..= senyum". Cuba2 nak amik gambar sendiri pon penah guna berihitam. Tapi kamera tu dekat mulut dia. Camna nak snap? Hahaha. Aku rasa sikit hari lagi dia pandai snap gambar sendiri. If ada call pon dia tau.."call..call"..sambil menghulurkan berihitam kepada aku. Smart girl! Atuk kata genius girl. Atuk suh masuk PERMATA yang rosmah initiate tu. Hai la atuk. Mudah-mudahan cucu atuk menjadi seorang cerdik pandai berakhlak baik. Amin..

                                                                   My beautiful girl

Oh by the way, semalam my cousin sudah menjadi ayah. So welcome to the family..

                                            Yasmin Binti Mohd Faezul. Nice name. Love it!
Tuesday, June 7, 2011

Laman Sesawang

Terima kasih kerana sudi menjenguk laman sesawang saya yang dah bersawang ini. Mohon maaf sekiranya setiap kali anda mengintai ke sini, tidak ada cerita yang dikemaskini. T______T

Actually I've been busy travelling every weekend since 21st May until last weekend. Fuhhh! Penat hokey akak packing lepas tu unpacked, packing lagi lepas tu unpacked balik sebanyak 3 minggu berturut2. Haiyo, ini macam baik gua tido dalam keleta maaaa..kikikiki..

Jadi aku buat rumusan je la..aci tak? :P

20 - 22 May 2011

My sis wedding at Malacca on 21 May. Malam sebelum tu beliau nikah. Sandingnye 21 May. Tema pengantin adalah kaler kelabu + turqoise (betul ke ejaan ni?). Tak penah plak aku tgk combination seperti ini tapi tersangat la cool, simple & cantik! Serious aku tak tipu. Apsal la masa kawen dulu tak terpikir nak pakai baju begini? Hahaha. Ok, perkara yang lepas tak usah dikenang.

Faliha & Badry. Oh yes, adik saya ialah yang perempuan :)

Ngaaaaaaaaaa

Ini adalah kami semua


One big family from Alor Star :)

Contoh gambar outdoor beliau @ taman seribu bunga, ayer keroh

Majlis kat melaka berjalan lancar. Cuaca pon baik. Makanan semua cukup. Goodies pon habis semuanya. Alhamdulillah. So untuk kamu berdua, Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin..

27 - 29 May 2011 

Wedding lagi tapi masih mereka di atas yang empunya majlis. Kali ni kat Alor Star. Ini adalah perjalanan yang sangat mencabar minda & fizikal. Huehue. Anyway we didn't stay at Alor Star. I mean my small family. Mak, ayah, adik2 semua tido homestay kat alor star. Our journey was JB - KL - Alor Star - KL - JB. We all plan nak transit KL sebab kesian kat cik adik manis nanti lama2 duduk dalam kereta. Sejak dah setahun lebih ni, kalau bukan time tido sorry la dia nak tido dalam kereta. Unless she really tired baru senang nak tido. Dan seperti yang ku jangka, memang tak tido all the way JB - KL. Lepas tu esok paginya KL - Alor Star pon tak tido sebab we all gerak pagi2 kul 7.00 am. Member baru bangun, takde maknanye nak tido. Huhuhu. Rasanya dah sampai Taiping baru dia tido. Sila la bayangkan berapa lama dia bertahan main2 kat dalam kereta. It tooks aound 4.5 hours from KL - Alor Star. Plus minus berenti breakfast la, pegi toilet la, jem kat tol Sg. Juru lagi. Alhamdulillah dapat jugak menjejakkan kaki sekali lagi ke Alor Star. Ini kira 2nd time utk aku.

Eh, aku takde plak gambar kenduri kat kedah. PhotoG kat kedah ade la kot. Harap maaf. Kat muka buku pengantin ada la.


sebagai bukti aku sudah sampai negeri kedah


love the scenery tapi dpt capture ciput sgt. haha. i'm using my bb torch. camera kat dalam beg besar pulak... :(.

Apabila anda telah sampai ke alor star, satu tempat yang wajib anda tuju adalah Pekan Rabu. Ekekekek. Syok oooo. Sorga tudung, kain pasang, baju siap, jubah, telekung, kain pelikat, makanan dan sebagainya. Murah2. Ye ke murah? Ntah. Murah la kot. Hahahahaha..


mari membeli kain pelikat cap gajah duduk

bonda sedang memilih telekung

penjaga izzah yang berwibawa tatkala kaum hawa sibuk membeli-belah ;)


owh ada la sekeping gambar pengantin ni ha. candid je ni.

Lepas dah settle majlis & pegi pekan rabu bagai, my little family pon bertolak ke KL. Aku kira2 masuk highway dalam kul 8.00 malam kot. Sampai Kota Damansara pukul 11.00 malam. Gile kau 3 jam Alor Star - KL. Korang pikir la sendiri berapakah kelajuan altis putih itu meluncur di jalanan di kala pekat malam. Kalau tak terer, sila jangan tiru rekod ini. Haha. Alhamdulillah selamat sampai. Kira sabtu malam ahad tido kat kota damansara. Esoknye, hari ahad baru bertolak balik JB. Sebelum balik, haruslah singgah ke mana2 utk mencuci mata terlebih dahulu. Maka pergi la kami ke OU. Pegi Zara,beli baju 3 lai. Value buy. Ngeee..Lepas tu makan kat waroeng penyet the curve, then balik JB. Ingat nak jengah Ikea, tapi takpe la. Next week pegi KL lg *wink wink*

4 - 5 June 2011

We travel light this time. Baju bawak sikit je. Lagipon we all gerak to KL from Melaka. Tak jauh sangat dah. We went to Kampung Baru for kenduri akikah & berendoi my niece, Nur Insyirah.


Nur Insyirah, 2 months


Baby besar. Ekekekeke

Gambar sekitar majlis, aku adalah tiada. Gambar berfoya2 selepas itu ada. Lepas majlis kat Kg Baru, we all pegi KLCC dengan berpakaian kebangsaan. Bangga okeh. Nak pegi mothercare yang baru bukak tu. Besar outlet dia. Puas hati membelek. Izzah sampai terleka dengan toys kat bahagian ELC. Sonang omak nak shopping nak oiii...Sekali lagi, gambar kat KLCC boleh dilihat di muka buku ye. Ke dah tgk dah? Hehe.

why so serious izzah? heeee


ini sebenarnya aku nak tengok2 je tapi terbeli pulak. kakaka. ikea oh ikea. mengapakah barangan kamu cool belaka? why? why?

Ok dah. Dalam bb aku tak banyak gambar sebenarnya sebab selalu papa izzah yang snap gambar. Maka gambar izzah & aku adalah banyak. Eh salah, gambar izzah je banyak, gambar aku tak. Huhu.

Sekian saja catatan perjalanan saya. Sekiranya berminat nak tengok gambar, singgahlah di muka buku kami. Terima kaseyyyy!