Friday, June 24, 2011

Almost 20 Months

Selamat hari jumaat semua. Lama menyepi tak bersiaran kerana tidak sempat nak online di malam hari disebabkan terus tido semasa konon-kononnya menidurkan anak. Kahkah. Letih hokeyyyyy.


*iklan*

Harap maaf. Papan iklan terpaksa dikeluarkan dari post ini. Actually aku nak letak video kat sini tapi dok uploading tak sudah. Laaaaaaaamaaaaaa benor. Tak koser aku nak nunggu. Maka tak payah letak. Sorry friends..

###############################################################

Sekarang ni kalau keluar wajib pakai topi (gambar takde tapi video yang nak diupload tadi adalah menunjukkan anak saya pakai topi. hampes lembab namamp upload). Pakai sendiri. Lepas tu tak nak tanggal. Dah balik pon tak tanggal topi. Dia kata.."atik..atik.." sambil pegang topi kat kepala. Cantik la tu. :) Duduk rumah pon pakai topi. Kegemaran baru nampaknya. Bagus jugak nak. Idak le mambazir mama belikan sunhat handmade from okinokiyo.com. Ibu2 sekalian, sila lah terjah ke sana. Boleh pilih kain ikut kesukaan mata masing2. Pada aku corak dia semua senonoh la untuk bebudak.



Izzah dah almost 20 months. Macam2 dah boleh buat. Kekadang letih nak melayan tapi layankan jugak. Papa adalah orang yang paling rajin melayan. Serius tak tipu especially kalau layan berbual. Kesimpulan: dua beranak peramah. Mama kureng sikit sebab mama banyak keje nak buat kat dapur. Hoh. Excuse. Ekekekeke. Sudah pandai menyusun ayat seperti..

"susu dah habesss" *dia mmg cakap susu tu "susu" sebab mmg ajar dia sebut susu. kalo ko cakap "nenen" mmg dia tak paham. T____T

"papa luar" *papa keluar/papa kat luar

"atuk wan atang" *atuk & wan datang

"nenek apong" *nenek kat kampung

"akan asik" *makan nasik

"asut..alan.." * kasut jalan

"apu isyat" *lampu isyarat. kakakakakaka.

Dan bermacam perkataan lain seperti "keter", "loli", "bas", "tudung", "kikas = basikal", "boy=ball". Almost semua benda dia da sebut nama. Kalau dengar org cakap pon kadang2 dia ikut perkataan yang last skali. Hari tu wan dia tunjuk gambar periuk, Izzah kata "asak..asak..= masak". Pandaiiiiiiii!

Yang paling tak boleh blah adalah kalau aku tengah siap2 nak keluar or nak g keje, dia pon nak pakai toner, sunblock, loose powder, lipstick. Siap buat gaya. Comel okeh. Geram rasa nak cubit sebab tgk gelagat dia. Kalau aku amik tudung, dia pon sama nak capai tudung lepas tu pakai. Lepas pakai terus pegi kt cermin. Sekali lagi.."atik..atik.." Heeee.

*iklan lagi*

********************************
Mama bukak fridge..
Izzah: nak..nak..(tunjuk vitagen)
(Dah ambik pastu tutup fridge, pegi depan tgk tv)
Alih2 pegi dapur lagi kat fridge
Izzah: nak..nak..(sambil cuba nak bukak fridge)
(Ambik jelly pulak)

********************************
Beberapa minit kemudian,
Pegi lagi kat fridge, nak coklat pulak..haih. Sabo je la nak oiii..

********************************
Dah leka2 tengok tv, pegi lagi kat fridge.
Nak buah betik pulak. Hadoi lemah mak. Asik bukak tutup peti ais kejenye.

Ok dah habes iklan. Anak korang macam tu tak? Fridge is too interesting kot. Macam2 ada.

Semalam papa dia cakap "rumah ni dah macam workshop!". Ape tak nye. Izzah sekarang main2 habis dia terbalikkan basikal, rocker. Basikal tu dia terbalikkan sebab nak main pusing2 ruda pakai tangan. Apekah? Lepas tu rocker tu terbalik jadi gelongsor. Good. Creative! Mintak papa beli la Izzah nak? No? Tapi kalau beli nak sumbat celah mana? Hall dah la kecik. Owh nehi..nehi..Main kat toys r us sudah. Seminggu sekali. Amcam?

Kalau orang nak snap gambar dia..dia akan terus menyengih. "nyum..nyum..= senyum". Cuba2 nak amik gambar sendiri pon penah guna berihitam. Tapi kamera tu dekat mulut dia. Camna nak snap? Hahaha. Aku rasa sikit hari lagi dia pandai snap gambar sendiri. If ada call pon dia tau.."call..call"..sambil menghulurkan berihitam kepada aku. Smart girl! Atuk kata genius girl. Atuk suh masuk PERMATA yang rosmah initiate tu. Hai la atuk. Mudah-mudahan cucu atuk menjadi seorang cerdik pandai berakhlak baik. Amin..

                                                                   My beautiful girl

Oh by the way, semalam my cousin sudah menjadi ayah. So welcome to the family..

                                            Yasmin Binti Mohd Faezul. Nice name. Love it!

1 comment:

sakura040582 said...

same to Danish :-)
Rasa mcm semlm aje beranak.
Terasa lagi induce di tubuhku ini Huahuahua