Saturday, July 30, 2011

Eid Mubarak


Baju haruslah sudah ditukar bertemakan kehijauan supaya lebih tenang dan aman untuk menyambut kedatangan bulan yang lebih baik dari seribu bulan, Ramadhan Al-Mubarak. InsyaAllah. Bersyukur masih diberikan peluang oleh Allah untuk bertemu sekali lagi dengan bulan mulia ini untuk sama-sama menjalani ibadah puasa dan juga ibadah yang lain.

Serius pulak. Ehehehe. Ok back to normal. Isnin depan dah nak start puasa. Bersediakah anda? Sedia tak sedia wajib tempuh jugak kan. Puasa sebulan tapi kita orang pompuan biasanya tak dapat sebulan. =) Kalau pregnant pon ada yang puasa penuh, ada jugak beberapa hari tuang *aku le tu*. Masa pregnant Izzah dulu, aku ade jugak tak puasa 3 hari. Tak larat u. Perut pedih gitu. itu pon mintak izin suami tau. Jangan suka-suka ponteng puasa pulak.

Bulan Ramadhan memang indah. Siang puasa, malam terawih. Tapi buat masa sekarang aku takleh nak gi masjid/surau for terawih. Kena terawih lewat sikit bila cik adik manis dah tido. I believe those moms yang ada anak kecik pon same situation macam aku. So marilah kita gigih menunaikan terawih pada bulan yang penuh berkat.

Selain terawih, bulan Ramadhan jugak sinonim dengan bazar ramadhan yang menjual pelbagai jenis makanan. Aku bab2 bazar ni kureng sikit. Takat kuih-muih tu bole la diterima tekak. Kalau makanan berat memang sori lah. Tak kena dengan tekak akak. Better masak sendiri kat rumah. Simple menu macam bihun goreng, bihun sup, nasi berlauk yang senang2 jenis masak campak2 tu. Lagi sedap kot? Kalau makan kat hotel lain cerita. Orang kata "ada rasa" la makanannye. Kat JB ni hotel2 yang best untuk berbuka puasa adalah Puteri Pan Pacific *pasta carbonara terbaek & kambing golek*, Mutiara Hotel *kuetiaw goreng sedap*, Thistle *segala fresh seafood yang ko nak/teringin nak makan, hah order je*, New York Hotel *the famous amos tempted durian tempura yang mmg terbayang-bayang bila bulan puasa*. Lain-lain seperti The Zon, M-suites, Hotel Selesa, Grand Paragon adalah biasa-biasa saja makanannya bagi aku la. Wahh banyak duit kau berbuka puasa kat hotel? Erk..don't misunderstood. Aku berbuka puasa kat hotel sekalian adalah free iaitu orang belanja. Kalau tak..jangan harap la. Tak koser yaw nak bayor memahal untuk berbuka puasa. Ngehngeh.

Bila bulan puasa jugak, most of the shopping complex buat jualan murah. Kebetulan sekarang mega sale 1 Malaysia kan? Aku sabar je ni tengok segala mala sale kat JB ni ha. Rileks dulu. Kata nak g shopping kat KL kan. Saje je la tukar angin. Lagipon baju budak lebih banyak choice kat sana nanti. List aku belum finalized. Masih ada yang nak ditokok dan dicantas. Marilah berbelanja ikut budget. Kalau tak nanti kau yang merana nak bayar hutang. :D

Ok semua, aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa. Jalanilah ibadah puasa dengan penuh ketakwaan dan keinsafan. InsyaAllah.

*sepatutnya ada gambar tapi nak upload lems maka aku malas nak tunggu. Ntah error apa aku pon tatau. Nak pegi makan ni. Kenduri kendara sebelum Ramadhan*
Tuesday, July 26, 2011

Sudah 21 Bulan


Today is 27 July 2011. Another 3 months she will become 2 years old. And will become big sister in 2012 if I'm pregnant now or next month or next next month. That's the plan. InsyaAllah. Doakan rezeki untuk kami. Amin...

Now, she can do a lot of things. Paling suka makan jagung rebus. Semalam beli jagung rebus kat pasar malam. Beli 3 ketul je. Kononnye sorang seketul. Papa, mama, izzah. Tapi disebabkan Izzah tersangat suka makan jagung rebus, maka mama tak dapat makan sebab Izzah makan 2 ketul. Hoho. Papa dah makan seketul. Ok lepas ni kena beli yang selonggok 5 ketul 3 hengget tu. Boleh Izzah makan banyak lagi. Rekod dia setakat ni makan jagung rebus 3 ketul yg saiz sederhana/kecik tu. Lepas tu yak keluar sebijik2 jagung tersebut. Erkkk :p

Another thing yang baru dinoticed semalam ialah Izzah sudah pandai bawak diri. That's the new development la kot? Malam tadi lepas makan ubat papa dia terus tertido. Aku pulak konon nak melayan Izzah main2 sambil tgk tv tapi dalam keadaan aku berbaring di atas sofa empuk. Disebabkan letih semalam (aku rasa sekarang ni cepat letih la. Ke sebab cuaca panas? Mata pedih), tv yang tengok aku. ZzzZzzzZ. Izzah time tu tengah makan jagung rebus kegemaran beliau. Aku sedar2 dalam pukul 9 pm. Tengok kat sebelah aku ade batang jagung rebus yang dah habis dimakan tapi tukang makannye tiada di tempat kejadian. Terus le bangun lepas tu cari itu budak. Rupa-rupanya dia kat atas katil baring-baring, golek-golek sebelah papa sambil main belon princess & mickey mouse dia tu. Dia tak kacau aku or papa dia tido langsung okey. Very good. Very very good. Thumb up Izzah!

Tapi bila fikir balik, kesian pulak kat dia. Main sorang-sorang. Sorry ye sayang. Anyway, we love u so much..forever..!! Walaupon nanti bila dah ada adik-adik (ceh, macam la nak beranak ramai2. haha), kasih sayang kami tetap sama.

Like papa, like Izzah :))


Kemain lagi pilih payung yang besar. Tak jadi beli la Izzah. Papa kata nanti kita beli payung samurai kat Fourskin @ OU. Nanti kita pegi KL eh..tak sabarrrrrrr.....omak yang tak sabar, anak rileks je. Huhuhu..

* Syok pulak tgk orang bershopping raya. Takpe, takpe. Masanya akan tiba. Dah set time, so kena ikut plan lah orait!*

Wednesday, July 20, 2011

Bruin: My Play Table

Hokey. Tajuk direct sudah. Tak koser pulak nak memikir dah malam2 ni hah. Orang malam2 tido nong, kau update belog sape suruh? Ekekekeke.

Hari selasa lepas, my adik ipar & biras datang rumah untuk merasa trifle puding yang konon2 jadi tu. Tapi mereka datang membawa hadiah. Pengantin bawak hadiah. Apekah? Biasa orang bagi hadiah kat pengantin kan? Mereka bawak hadiah untuk seorang kanak-kanak bertuah :)


Yeay! Dapat my play table! Sebenarnya akak dah usha benda alah ni kat toys r us hari tu. Bila cakap dgn Ezam, dia kata nanti dulu sambil buat muka takde efek. Hoh. *perkara biasa*. Malas nak citer panjang, aku tetap mark benda alah ni. Suatu hari akan ku dapatkan. Huahua. Alih-alih dah dapat hadiah. Thank you pak lang & maklang nye Izzah! Izzah sukaaaaa. Mama laagiii sukaaaaa. Ngehngeh. Boleh la mama beli toys lain. Or baju ke, kasut ke, ape saje lah. Tapi aku tetap ngidam Duktig Kitchen Set kat ikea tu. Sungguh mengasyikkan okeh. Aku rasa macam budak2 pulak nak main masak-masak kat dapur Duktig itu.



Kanak-kanak ini sungguh girang setelah mendapat mainan baru. Oh btw, t-shirt tu adalah t-shirt Krabi, souvenir dari pengantin baru ini jugak. Thanks again Shariman & Sarah!





Table ni bole jadi tempat susun segala block ini termasuk incik senyum seperti gambar di atas. Lepas tu ada compartment utk simpan segala block tu kat bwh board biru tu and jadi seperti meja biasa yang boleh digunakan untuk menulis, membaca buku atau menyusun mainan diatasnya. Ikut suka la nak buat apa pon. Kesimpulannya, aku suka dengan ini barang. Manyak baek punya maaa. Multi-purposes. Pembelian yang berbaloi-baloi gitu. Aku tak beli. Shariman & Sarah yang beli. T_______T

So, thanks again to Shariman & Sarah sebab bagi Izzah present ni and also t-shirt krabi untuk kami semua. Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhirnya. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Amin.
Monday, July 11, 2011

My First Attempt Of Trifle Pudding

Yummy tak? (gambar guna camera BB je)

 
Setelah mendapat resepi dari seorang rakan (wife to one of my colleague actually), aku adalah sgt bersemangat nak try buat trifle ni. Before this makan yang orang buat je. Cuma perlukan piring & sudu, lepas tu ngappp. Ngeeee..

Memang tak ku sangka buat trifle ni mudah bebenor. Tidak percaya? Cubalah sendiri. Jom kita tengok resepi.

Bahan-bahan:

* sukatan ni boleh dapat 2 tupperware yang leper panjang tu * tapi ikut suka korang nak guna bekas apa ye. Pandai2 la puan2 adjust nanti.

1) Kek gulung (standard size kat bakery, tesco or ginat pon ade jual) - 1.
    Perisa: ikut selera masing2 tapi aku guna perisa pandan.

2) Susu cair - 1 tin saiz biasa. Brand apa tak kisah. Aku guna Dairy Champ.

3) Half cut peach dalam tin - 1 tin besar/sederhana besar. Yang ini aku guna brand Duchef sbb tin dia besar & price tgh murah masa aku beli kat Giant. Hehe. Mari berjimat. Kalau tin sederhana besar tu aku rasa cap Ayam Brand ok kot.
* Tos kan peach untuk asingkan syrup buah peach tapi jangan dibuang syrup (air) peach tu yaw. Nanti nak buat kuah.

4) Tepung custard - 3 sudu besar.

5) Instant jelly strawberry - 1 kotak. Ada few brand aku tgk & aku guna brand Nona.

Kekdahnye..

1. Potong kek gulung & susun dlm bekas/loyang (1st layer)

2. Masak syrup (air) peach + susu cair + tepung custard. Kacau sampai pekat. Bila dah mula mendidih n cukup pekat, tutup api n tuang atas kek yg dah disusun (2nd layer).

3. Potong slice halus buah peach & susun atas aduanan custard yg dah dituangkan atas kek tadi (3rd layer). *kalau korang guna brand Duchef tin besar tu, bole susun peach rapat2 & penuh sbb peach dia kecik tapi kuantiti banyak*

4. Sediakan jelly (caranya ada tulis dlm kotak). 400ml air + 1 kotak serbuk jelly. Kacau sampai hampir didih. Then tuang atas buah peach sebagai lapisan terakhir.

5. Tunggu sejuk supaya jelly memejal. Simpan dlm fridge. Bila dah sejuk then it's ready to eat! Sejuk2 gitu memang nyaman kat tekak. :)
 
Haaa..senang kan? Boleh buat sorang je. Tak yah assistant bagai. Tapi kalau ade yang nak tolong apa salahnye.

Satu tupperware dah tinggal banyak ni je @ 12.00 pm yesterday. Suka mak!

Tinggal lagi 1 tupperware. Bole la bertahan seminggu ni. Bertahan kah? Oh yes. Semalam dah bagi sikit pada MIL. Amik hati beb. Kikiki. Dia kata sedappppppp! So aku consider trifle ni jadi la. Boleh buat lagi. Bulan Ramadhan mungkin. InsyaAllah.



----------- iklan bergambar---------


Bukan iklan nasik tu. Tapi saje nak buh gambar aku pakai pashmina. T___T

Ini lagi 1 style. Nak tutorial tak? Miahahaha. Aku pon agak2 je pakai ni. Everytime pakai shawl, setiap kali tu la tukar2 style. Syok pulak rasa.


Hokeyy cukup2 la syok sendiri. Eh blog aku kan? So?? ^___^

Hari ni puasa ganti untuk hari yang terakhir. Lepas tu raya!!! Tunggu puasa Ramadhan plak. Yeay!
Sunday, July 10, 2011

Seri Pengantin

Siapa? Siapa? Aku? 2 tahun lepas iyo la. Ngehngeh.

3 tahun berturut2 MIL & FIL aku buat kenduri kawenkan anak. 2009, 2010, 2011. Dasat mak. Dasattttt.

Ini adalah pengantin pada tahun 2009;




Tidak lain tidak bukan..Ezam & Ain (aku le tuh :)


Ini pulak pengantin 2010;

               Abg Ib & Kak Tini (ini je gambar kawen diorg yg terbaik berada dlm simpanan aku)

Dannnn..pengantin 2011 adalah...

Shariman & Sarah (sorry, gambar guna kamera BB je..nak yg terbaek kena tunggu gambar from cameraman mereka okeh )

So makayah, tahun depan mudah-mudahan bertambah cucu lagi. Amin..

Cucu setakat ini..

Tidak perlu diperkenalkan lagi..heeeee

  Nur Insyirah


Ok habis dah. Owh, tadi buat trifle puding. Nanti la update ye kalau jadi dan yummy rasanya.



************************************************************************
Saturday, July 9, 2011

Boboi Boy Fan

Selamat hari sabtu semua. Hari sabtu bekerja tapi macam tak kerja. Not effective. Seriously. Muahahaha. Keje dah almost settle, jadi monday je la kasi settle semua. Hari ni ayuh kita berjimba. Jimba la dengan apa cara yang kamu suka. Seperti aku ni ha. Update blog yang hampir bersawang. Kat rumah aku almost tiada kesempatan nak ngadap lappy alone and peacefully. Seperti biasa ada tangan kecil yang sama naik nak tekan keyboard lepas tu nak tutup lappy and cakap "dah habesss". T_____T

Anak korang suke tgk boboi boy tak?? Cik adik manis aku sukeeeeee. We all discovered this pon sebab every time ads boboi boy kat tv, mesti beliau excited semacam sambil sebut/nyanyi "boboi boy.." macam lagu tema tu la. Tapi tengok rancangannye jarang2 sebab aku tak sure hari ape. Sabtu kot? Ke ahad? Sorry mak tak perasan. Kalau weekend memang we all jarang kat rumah. Especially petang ke malam. So Izzah takde chance nak tgk boboi boy. Hehe.

Malam kelmarin, tetiba aku terpikir nak on laptop bukak youtube. Memandangkan cik adik manis belum tido pada pukul 10.30pm, maka aku pon bukak la video boboi boy. Yeah. Excited. Sukeee la itu budak. Siap nyanyi2 pastu tersengih2. Aku tgk dia mcm bosan je asik main benda yang sama. Basikal, kereta, lego, teddy bear dan segala bagai toys dalam toys basket tu. Dah la 2 basket. Tu pon tak muat. nak kena beli lagi 1 basket kat IKEA. Baru muat. Sebabnye everyday sebakul kompem bwk g umah babysitter. Mak aku kata "orangnye kecik je, tapi barang diaaaaa..dah separuh hall". Kikikiki..

Tapi aku kalau boleh taknak la dia asik dok ngadap lappy. Aku lagi suka dia explore benda2 di sekeliling. Kalau untuk menghiburkan dia or mengalih perhatian dia ok la kot. Sekarang ni pon kalau nampak BB aku, dia dah sibuk "iyo..iyo" which means video. Nah. Hari-hari mesti mau tgk video. Waima nak tido malam pon kena tgk video dulu. Haiya. Ok, lepas ni aku copy la video boboi boy tu masuk BB. Senang. Dalam kete kang senang. Duduk kat carseat tgk video boboi boy. Yes!

                                                    The boboi boy fan

                                                    Khusyuk betul

*** Iklan ****
*
*
*
*
*
*
Rindu pulak nak pegang baby sebesar ini. Semoga dikurniakan rezeki untuk dapat baby boy pulak. Amin..:)