Wednesday, July 20, 2011

Bruin: My Play Table

Hokey. Tajuk direct sudah. Tak koser pulak nak memikir dah malam2 ni hah. Orang malam2 tido nong, kau update belog sape suruh? Ekekekeke.

Hari selasa lepas, my adik ipar & biras datang rumah untuk merasa trifle puding yang konon2 jadi tu. Tapi mereka datang membawa hadiah. Pengantin bawak hadiah. Apekah? Biasa orang bagi hadiah kat pengantin kan? Mereka bawak hadiah untuk seorang kanak-kanak bertuah :)


Yeay! Dapat my play table! Sebenarnya akak dah usha benda alah ni kat toys r us hari tu. Bila cakap dgn Ezam, dia kata nanti dulu sambil buat muka takde efek. Hoh. *perkara biasa*. Malas nak citer panjang, aku tetap mark benda alah ni. Suatu hari akan ku dapatkan. Huahua. Alih-alih dah dapat hadiah. Thank you pak lang & maklang nye Izzah! Izzah sukaaaaa. Mama laagiii sukaaaaa. Ngehngeh. Boleh la mama beli toys lain. Or baju ke, kasut ke, ape saje lah. Tapi aku tetap ngidam Duktig Kitchen Set kat ikea tu. Sungguh mengasyikkan okeh. Aku rasa macam budak2 pulak nak main masak-masak kat dapur Duktig itu.



Kanak-kanak ini sungguh girang setelah mendapat mainan baru. Oh btw, t-shirt tu adalah t-shirt Krabi, souvenir dari pengantin baru ini jugak. Thanks again Shariman & Sarah!





Table ni bole jadi tempat susun segala block ini termasuk incik senyum seperti gambar di atas. Lepas tu ada compartment utk simpan segala block tu kat bwh board biru tu and jadi seperti meja biasa yang boleh digunakan untuk menulis, membaca buku atau menyusun mainan diatasnya. Ikut suka la nak buat apa pon. Kesimpulannya, aku suka dengan ini barang. Manyak baek punya maaa. Multi-purposes. Pembelian yang berbaloi-baloi gitu. Aku tak beli. Shariman & Sarah yang beli. T_______T

So, thanks again to Shariman & Sarah sebab bagi Izzah present ni and also t-shirt krabi untuk kami semua. Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhirnya. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Amin.

2 comments:

faiez said...

bestnyer...mama pun rasa nk main...mahal kah hargenyer ain

Mama Ardini said...

Itu la kan..best. Kalau tak silap price dia almost 200 hengget. Tak ingat exactly bape.