Saturday, July 30, 2011

Eid Mubarak


Baju haruslah sudah ditukar bertemakan kehijauan supaya lebih tenang dan aman untuk menyambut kedatangan bulan yang lebih baik dari seribu bulan, Ramadhan Al-Mubarak. InsyaAllah. Bersyukur masih diberikan peluang oleh Allah untuk bertemu sekali lagi dengan bulan mulia ini untuk sama-sama menjalani ibadah puasa dan juga ibadah yang lain.

Serius pulak. Ehehehe. Ok back to normal. Isnin depan dah nak start puasa. Bersediakah anda? Sedia tak sedia wajib tempuh jugak kan. Puasa sebulan tapi kita orang pompuan biasanya tak dapat sebulan. =) Kalau pregnant pon ada yang puasa penuh, ada jugak beberapa hari tuang *aku le tu*. Masa pregnant Izzah dulu, aku ade jugak tak puasa 3 hari. Tak larat u. Perut pedih gitu. itu pon mintak izin suami tau. Jangan suka-suka ponteng puasa pulak.

Bulan Ramadhan memang indah. Siang puasa, malam terawih. Tapi buat masa sekarang aku takleh nak gi masjid/surau for terawih. Kena terawih lewat sikit bila cik adik manis dah tido. I believe those moms yang ada anak kecik pon same situation macam aku. So marilah kita gigih menunaikan terawih pada bulan yang penuh berkat.

Selain terawih, bulan Ramadhan jugak sinonim dengan bazar ramadhan yang menjual pelbagai jenis makanan. Aku bab2 bazar ni kureng sikit. Takat kuih-muih tu bole la diterima tekak. Kalau makanan berat memang sori lah. Tak kena dengan tekak akak. Better masak sendiri kat rumah. Simple menu macam bihun goreng, bihun sup, nasi berlauk yang senang2 jenis masak campak2 tu. Lagi sedap kot? Kalau makan kat hotel lain cerita. Orang kata "ada rasa" la makanannye. Kat JB ni hotel2 yang best untuk berbuka puasa adalah Puteri Pan Pacific *pasta carbonara terbaek & kambing golek*, Mutiara Hotel *kuetiaw goreng sedap*, Thistle *segala fresh seafood yang ko nak/teringin nak makan, hah order je*, New York Hotel *the famous amos tempted durian tempura yang mmg terbayang-bayang bila bulan puasa*. Lain-lain seperti The Zon, M-suites, Hotel Selesa, Grand Paragon adalah biasa-biasa saja makanannya bagi aku la. Wahh banyak duit kau berbuka puasa kat hotel? Erk..don't misunderstood. Aku berbuka puasa kat hotel sekalian adalah free iaitu orang belanja. Kalau tak..jangan harap la. Tak koser yaw nak bayor memahal untuk berbuka puasa. Ngehngeh.

Bila bulan puasa jugak, most of the shopping complex buat jualan murah. Kebetulan sekarang mega sale 1 Malaysia kan? Aku sabar je ni tengok segala mala sale kat JB ni ha. Rileks dulu. Kata nak g shopping kat KL kan. Saje je la tukar angin. Lagipon baju budak lebih banyak choice kat sana nanti. List aku belum finalized. Masih ada yang nak ditokok dan dicantas. Marilah berbelanja ikut budget. Kalau tak nanti kau yang merana nak bayar hutang. :D

Ok semua, aku nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa. Jalanilah ibadah puasa dengan penuh ketakwaan dan keinsafan. InsyaAllah.

*sepatutnya ada gambar tapi nak upload lems maka aku malas nak tunggu. Ntah error apa aku pon tatau. Nak pegi makan ni. Kenduri kendara sebelum Ramadhan*

1 comment:

ziraziz said...

slt mnyambut ramadhan mama ardini .. :P