Monday, July 11, 2011

My First Attempt Of Trifle Pudding

Yummy tak? (gambar guna camera BB je)

 
Setelah mendapat resepi dari seorang rakan (wife to one of my colleague actually), aku adalah sgt bersemangat nak try buat trifle ni. Before this makan yang orang buat je. Cuma perlukan piring & sudu, lepas tu ngappp. Ngeeee..

Memang tak ku sangka buat trifle ni mudah bebenor. Tidak percaya? Cubalah sendiri. Jom kita tengok resepi.

Bahan-bahan:

* sukatan ni boleh dapat 2 tupperware yang leper panjang tu * tapi ikut suka korang nak guna bekas apa ye. Pandai2 la puan2 adjust nanti.

1) Kek gulung (standard size kat bakery, tesco or ginat pon ade jual) - 1.
    Perisa: ikut selera masing2 tapi aku guna perisa pandan.

2) Susu cair - 1 tin saiz biasa. Brand apa tak kisah. Aku guna Dairy Champ.

3) Half cut peach dalam tin - 1 tin besar/sederhana besar. Yang ini aku guna brand Duchef sbb tin dia besar & price tgh murah masa aku beli kat Giant. Hehe. Mari berjimat. Kalau tin sederhana besar tu aku rasa cap Ayam Brand ok kot.
* Tos kan peach untuk asingkan syrup buah peach tapi jangan dibuang syrup (air) peach tu yaw. Nanti nak buat kuah.

4) Tepung custard - 3 sudu besar.

5) Instant jelly strawberry - 1 kotak. Ada few brand aku tgk & aku guna brand Nona.

Kekdahnye..

1. Potong kek gulung & susun dlm bekas/loyang (1st layer)

2. Masak syrup (air) peach + susu cair + tepung custard. Kacau sampai pekat. Bila dah mula mendidih n cukup pekat, tutup api n tuang atas kek yg dah disusun (2nd layer).

3. Potong slice halus buah peach & susun atas aduanan custard yg dah dituangkan atas kek tadi (3rd layer). *kalau korang guna brand Duchef tin besar tu, bole susun peach rapat2 & penuh sbb peach dia kecik tapi kuantiti banyak*

4. Sediakan jelly (caranya ada tulis dlm kotak). 400ml air + 1 kotak serbuk jelly. Kacau sampai hampir didih. Then tuang atas buah peach sebagai lapisan terakhir.

5. Tunggu sejuk supaya jelly memejal. Simpan dlm fridge. Bila dah sejuk then it's ready to eat! Sejuk2 gitu memang nyaman kat tekak. :)
 
Haaa..senang kan? Boleh buat sorang je. Tak yah assistant bagai. Tapi kalau ade yang nak tolong apa salahnye.

Satu tupperware dah tinggal banyak ni je @ 12.00 pm yesterday. Suka mak!

Tinggal lagi 1 tupperware. Bole la bertahan seminggu ni. Bertahan kah? Oh yes. Semalam dah bagi sikit pada MIL. Amik hati beb. Kikiki. Dia kata sedappppppp! So aku consider trifle ni jadi la. Boleh buat lagi. Bulan Ramadhan mungkin. InsyaAllah.



----------- iklan bergambar---------


Bukan iklan nasik tu. Tapi saje nak buh gambar aku pakai pashmina. T___T

Ini lagi 1 style. Nak tutorial tak? Miahahaha. Aku pon agak2 je pakai ni. Everytime pakai shawl, setiap kali tu la tukar2 style. Syok pulak rasa.


Hokeyy cukup2 la syok sendiri. Eh blog aku kan? So?? ^___^

Hari ni puasa ganti untuk hari yang terakhir. Lepas tu raya!!! Tunggu puasa Ramadhan plak. Yeay!

2 comments:

faiez said...

GOOd job..hikhikhik

Siti Asiah said...

kalo licin tu mang power la masak...hihi,nk cube wat trifle gak ni...