Tuesday, July 26, 2011

Sudah 21 Bulan


Today is 27 July 2011. Another 3 months she will become 2 years old. And will become big sister in 2012 if I'm pregnant now or next month or next next month. That's the plan. InsyaAllah. Doakan rezeki untuk kami. Amin...

Now, she can do a lot of things. Paling suka makan jagung rebus. Semalam beli jagung rebus kat pasar malam. Beli 3 ketul je. Kononnye sorang seketul. Papa, mama, izzah. Tapi disebabkan Izzah tersangat suka makan jagung rebus, maka mama tak dapat makan sebab Izzah makan 2 ketul. Hoho. Papa dah makan seketul. Ok lepas ni kena beli yang selonggok 5 ketul 3 hengget tu. Boleh Izzah makan banyak lagi. Rekod dia setakat ni makan jagung rebus 3 ketul yg saiz sederhana/kecik tu. Lepas tu yak keluar sebijik2 jagung tersebut. Erkkk :p

Another thing yang baru dinoticed semalam ialah Izzah sudah pandai bawak diri. That's the new development la kot? Malam tadi lepas makan ubat papa dia terus tertido. Aku pulak konon nak melayan Izzah main2 sambil tgk tv tapi dalam keadaan aku berbaring di atas sofa empuk. Disebabkan letih semalam (aku rasa sekarang ni cepat letih la. Ke sebab cuaca panas? Mata pedih), tv yang tengok aku. ZzzZzzzZ. Izzah time tu tengah makan jagung rebus kegemaran beliau. Aku sedar2 dalam pukul 9 pm. Tengok kat sebelah aku ade batang jagung rebus yang dah habis dimakan tapi tukang makannye tiada di tempat kejadian. Terus le bangun lepas tu cari itu budak. Rupa-rupanya dia kat atas katil baring-baring, golek-golek sebelah papa sambil main belon princess & mickey mouse dia tu. Dia tak kacau aku or papa dia tido langsung okey. Very good. Very very good. Thumb up Izzah!

Tapi bila fikir balik, kesian pulak kat dia. Main sorang-sorang. Sorry ye sayang. Anyway, we love u so much..forever..!! Walaupon nanti bila dah ada adik-adik (ceh, macam la nak beranak ramai2. haha), kasih sayang kami tetap sama.

Like papa, like Izzah :))


Kemain lagi pilih payung yang besar. Tak jadi beli la Izzah. Papa kata nanti kita beli payung samurai kat Fourskin @ OU. Nanti kita pegi KL eh..tak sabarrrrrrr.....omak yang tak sabar, anak rileks je. Huhuhu..

* Syok pulak tgk orang bershopping raya. Takpe, takpe. Masanya akan tiba. Dah set time, so kena ikut plan lah orait!*

1 comment:

Mama Ardini said...

eh aku salah tarikh. hari ni 26 july. not 27 july. hahaha. advance :p