Thursday, August 25, 2011

Mengidamlah pulak


Ngidam? Bior betik??

Owh bukan ngidam yang itu. Ngidam yang lain. Gatal-gatal ngidam orang panggil.

Hari ni aku agak lemau kerana pagi tadi beri-beri. Haish. Penat je makan sahur tadi. Eheh. Yang beri-beri tu makanan berbuka semalam kot. Sape suruh ko melantak banyak2 senah? Padan muka. =D

Disebabkan kelemauan ini maka produktiviti pon berkurangan. Ceh. Aku rasa kalau tak lemau pon adalah tidak efektif melakukan pekerjaan di saat menanti hari-hari terakhir sebelum cuti raya. Korang pon macam tu kan? Aku tau..tak yah tipu hokey?

Apabila produktiviti berkurangan, perkara paling mudah dilakukan adalah menggugel. Taip2, klik, tak suka maka pangkah.

Dah. Straight to the point. Aku asyik dan teruja membelek benda alah ni..

^

^

^

^

Berkenan pulak aku dengan dak quinny zapp xtra ni. Sporty gagah perkasa gayanya. Yang penting kaler merah. Wow! Akak suka!!

Akan tatapi aku tiada sebab yang kukuh untuk membeli si merah ini. Proposal haruslah diutarakan kepada big boss. Sekiranya beliau approved maka hoyeah hoyeah la. Sekiranya tidak, akan ku beli secara senyap tau2 dah ade depan mata. Kalau ada rejeki lebih ye anak-anak. Eh bila masa ade anak-anak? Setakat ni ada anak je ye. Huehuehue.



See? Features yang memberangsangkan bukan? Dari segi ini aku rasa aku boleh convience big boss. Dari segi duitannye pula, nanti ku pikirkan apabila bakal pemilik sudah ada. Amin.

Masa cari stroller Izzah dulu, takde jumpa yang begini. Tak tau kot masa tu. Almaklum anak pertama. Cari-cari kat midvalley, usha kat mothercare pastu tetiba ternampak kedai Combi berdepan mothercare. Menurut kata seorang yang sudah beranak 2 ketika itu, Combi adalah bagus. Ada lifetime warranty, ringan, tahan lasak.

Tanpa banyak soal, kami terus grab je. Mahal pon takpe asalkan puas hati ye dak? Dan stroller itu masih setia berkhidmat untuk cik adik manis tanpa kerosakan apa pun sepanjang hampir 2 tahun tempoh perkhidmatannye. Pencapaian yang cemerlang. Syabas!

Lagi pon kami mmg "kaki berjalan". Asal weekend je kompem berjalan. Izzah pon dah serasi dengan aktiviti berjalan di hujung minggu. Kalau tak keluar mungkin dia berasa aneh. So stroller adalah sangat penting. Frankly speaking, mmg Combi tahan lasak, ringan (4.3kg je but boleh menampung berat up to 24kg!), easy handling. Wah..dah macam promoter Combi pulak kau. Hahaha.

Pertama kali berkhidmat untuk tuannya yg comel. Izzah @ 1 month ++

Sekarang tuannya sudah pandai bergaya. vogue gitu..

Jangan pula ada yang terasa hati atau terkecik hati dengan entry ini ye. Mane le tau kan. No heart feeling okeh. Kang ade pulak yang kata aku menunjuk2 kat belog. Alah takde maknenye nak nunjuk. Bukan gempak sgt pon. Hohohoho horlicks!

Eh ni ha kalau nak cuci mata silalah ke sinun.

Ok u ollsss..tata titi tutu..

Selamat berbuka puasa (maghrib nnt okey..not now..no no no..) ^___^


Happy Birthday Sister!


Dalam entry sebelum ini, aku takde masukkan gambar baby sitter Izzah semasa kami shopping di KL. 
Seperti yang ku jangka, baby sitter itu dah sound kenapa gambar beliau tak letak ditepek sekali. 
Sebabnye, aku nak buat entry untuk beliau maka adalah lebih baik dikumpulkan gambar tersebut dalam 1 entry.

Ok..ini dia..

Beliau bersama suami beliau & Izzah :)

Sisters ~~

Melayan Izzah @ Popeye's

Melayan Izzah @ Arzu

Izzah tak bagi aunty balik..suruh aunty masuk dlm kereta

Ini adalah sangat benar. Bila dah jumpa aunty2 sekalian, mmg susah nak berpisah


Hari ni adalah birthday beliau. Jadi mari kita wish beliau beramai-ramai.


HAPPY BIRTHDAY ANGAH !!!

Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki & dikurniakan cahaya mata. Sama-sama kita berdoa. InsyaAllah.



Wednesday, August 24, 2011

Dah selesai shopping raya


Dan seperti yang dijanjikan maka pergilah kami ke kota yang menjanjikan sejuta rasa untuk melaburkan wang ke beberapa pusat membeli belah. Huehuehue.

We were staying at my sis' house at Damansara Damai. Dan beliau dan suami beliau adalah peneman kami merangkap pengasuh suka rela Izzah masa kami shopping. Thanks guys!

Rancangannye, mahu menerjah jalan TAR, midvalley dan juga One Utama. Senang situ semua ada. Barang budak, mak budak waima bapak budak pon ado. All in one begitu.

List yang aku buat sebelum pegi aku rasa 80% dipatuhi kot. Lagi 20% tu macam terlebey sudah. Itu perkara biasa. Yang dalam list tak beli, yang takde dalam list lagi menimbun. Eh tapi aku ikut list okey. Cuma ada additional2 yang tidak disengajakan. Ya ampun!

Let's start with Izzah. Ceh. Puasa pon tak, baju dia paling banyak. =D. Bila sudah ada anak mmg begitu kekdahnye. Anak lebih takpe. Anak bior cantik kata puan A. Semua pon agree la aku rasa. Kan?

Ok untuk Izzah, dapat beberapa helai t-shirt long sleeve, short sleeve, seluar & stokin hasil tangkapan mama di mothercare & pumpkin patch. Mothercare tu idak le sale benar2. Ada la 20% plus 10% jikalau anda ada member card. Aku ada, maka dapatlah additional 10% less itu. Pumpkin patch adalah sgt sale. Less 50%. Sungguh asyik. Sila dapatkan sekarang!

Then, untuk baju tido dan baju basahan beliau, aku memunggah dengan penuh perasaan di FOS ler. Mana lagi. Murah2. 3 lai 30 hengget. Pilih2. Mix n match sendiri. Aku hantam saja asalkan matching. Janji size menepati. Sesi pemunggahan dilakukan oleh aku saje ye. Dan ditemani adik aku yang bertindak sebagai penjaga Izzah yg setia. Papa & uncle dia mana ntah. Cari barang diorg barangkali. And finally dapat 8 pasang kalu tak silap. Campur baju siang malam. Harapnye boleh bertahan untuk 2-3 bulan lagi ye anak. Kamu kan maintain slim. Hehehe.

Kasut? Tak beli nampaknya kerana ada 1 kasut beliau yang belum dipakai lagi disebabkan papa beli sedikit besar. By the time raya ni dah muat la rasanya sebab kasut tu dibeli 4 bulan lepas kalau tak silap. Bolehlah dijadikan sebagai kasut raya. Jimat belanja di situ.


Hasil tangkapan hari pertama @ midvalley

Barang Izzah settle. Mama pulak. Kalau ikut list nak beli tudung, baju siap sepasang tak kira la kurung moden or jubah, telekung jalan yang bole sumbat dlm henbeg, telekung izzah, kasut dan baju jalan. Harhar. Banyak pula. Semua dapat la kesimpulannye. Baju siap beli kat jalan TAR yg teramatlah sesak. Kalau dah jumpa yg berkenan, sila grab terus. Namanya nak patah balik memang tak la kan. Dah la tengah hari, panas berpeluh2 bersesak-sesak. Pergh. Izzah bole pulak tido di kala ramai umat manusia tu. Papa la jadi tilam. Kena dukung. Nak bawak stroller mmg kem salam la. Takpe, papa kan tough. :D



Ok sambung balik. Telekung pon beli kat jalan TAR. Then kasut, tudung dan baju jalan beli kat midvalley &  OU. Aku kira2 baju jalan ade 5 lai rupenye campur yang beli kat singapore. Hoho. Terbanyak pulak. Tudung idaman sudah ku dapatkan. Ada offer. Material sgt gojes. Inner juga adalah sgt best. Welcome to my wardrobe cik Arzu!

Dapat jua ku beli dikau yaw

Oh yes. Di samping pakaian, tidak terkecuali juga barangan kecantikan. Kan aku dok survey hari tu kan? Lalu aku telah pon decide untuk give a try to SK-II. Trial pack je. Ada essence 75ml, toner & whitening mask. Amik kau 199 hengget. Aku suka promoter dia. Takde nak kerek-kerek walaupon tgk aku & adik aku macam tak reti jek kan. Memang tak reti pon. Baru nak try kot? Tgk kan size essence tu aku rasa bole tahan 3 bulan mungkin. T____T.

Untuk hubby pulak, dapat grab 3 lai t-shirt, sandal 1. Clarks. Setelah 2 tahun tak tukar sandal, maka tahun ini beliau beli yang baru. Seluar slack pon beli. Tapi seluar bukan untuk raya tapi untuk pakai pegi kerja. Jeans? Belum beli. Nak masuk singapore hari ni katanya. Sambung shopping. Nak pegi Guess kat Paragon yang tak sempat beli last time. Takpe, kasi dia chance shopping barang dia. Masa kat kl, dia utamakan barang aku & Izzah dulu. Ke dia tak jumpa apa yg dihajati? Hehe. Whatever pon, he is such a great husband and papa. Aku tak ikut lah pegi singapore. Cukup2 la tu shopping.
 
Nak jugak tengok papa bayar tu...


Hasil tangkapan hari kedua @ OU
 
Lagi..
 
In overall, aku puas hati dengan aktiviti shopping raya kali ini. Mahunye tak. Beribs abis. Hubby kata shopping raya paling sakan setakat ini. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. Owh by the way, baju raya yang nak dipakai 1 Syawal sudah settle. Tinggal nak basuh & iron je.
 
Jadi di kesempatan ini kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dah silap, tersalah cakap, terkasar bahasa dan sebagainya. Halalkan makan dan minum sekiranya ada. Raya pon dah nak dekat. Hati-hati dijalanraya bagi yang memandu. Selamat pulang berhari raya di kampung halaman yang permai.
 
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN



Salam Lebaran,
Ikhlas dari Ain, Ezam & Izzah Ardini

Friday, August 19, 2011

Seberang Tambak Johor



Ini adalah kejadian pada hari ahad lepas bersamaan 14 August 2011 bersamaan juga dengan 14 Ramadhan 1432H.

Dah lama buat passport tapi buat stock terperap dlm laci. Maka ayuh lah kita menyeberangi lautan tak tak berapa nak jauh dari tempat kediaman. Kira obersi jugak la kan?

Rombongan cik kiah seramai 5 orang. 4 dewasa, 1 kanak-kanak. Untung betul kanak-kanak itu. Her 1st time entering Singapore is the same with her mama's 1st time. Haha. Kasihan mama. =D

Cadangan awal ketua rombongan nak bertolak kul 11 am. Before berbuka dah masuk Malaysia. Kekononnye la. Tapiiiiii gerak dari rumah pon dah pukul doblassetengah. Ape ke?? Pick up Gapeng (jgn tanye aku kenapa nama timangan beliau begini) & his wife Lin at Seri Alam then berdesup pegi Jusco Permas. Kenapa singgah Jusco Permas?? Sebab nak memenuhi keperluan makan tengah hari seorang kanak-kanak dan mamanye. Kehkehkeh. Beli set nuggets A&W. Ada fries & float. Fuhhh. Adalah mengancam di kala matahari panas terik.

Enjoying her A&W fries

I love this photo. Thank u incik cameraman!


Izzah menikmati lunch beliau along the way to Woodlands. Mula2 takut dengan aunty lin. Siap nangis. Tapi bila aunty keluarkan samsung galaxy tab, terus ngendeng. Haish. Mahal nau umpannye. Uhuk. Lepas tu terus berkepit dgn aunty. Buat kawat cam setiap 5 menet. Harharhar.

Heading to Woodlands.

Suddenly hubby tanya. "Handset u pernah set roaming ke?" Eh a ah la..mana pernah set roaming. Hatta jam2 tu jugak akak call celcom centre for roaming activation. Ngam2 dekat Woodlands check point segala urusan selesai. Sejurus selepas tayar kuda putih itu mencecah jalanraya singapore, BB akak dah tukar line M1. Lin suruh tukar SingTel. Katanya lebih murah. Tapi aku rasa sama je kot chargenye. Maka boleh buat call & sms seperti biasa. Tapi charge mahal. Orang call tak payah angkat. Internet RM 38/day. Call 98 cent/min. Aku tak online. Hubby online. Ntah berapa bil beliau bulan ni. Silalah bayar incik.


To Orchard Road. Sila ikut cakap cik GPS.

Kalau tak biasa masuk singapore, haruslah ada GPS. Sebab kat sana kekdahnye signboard takde mention "orchard road ikut kiri, marina bay ikut kanan". Dia main letak nama jalan je. Maka kena tau nak pegi tempat tu lalu jalan sekian sekian. Ada paham?

Aku tak amik timing bape menet dari Woodlands ke Orchard Road. Rasa dalam 15 menet kot. Ikut highway. Not so sure la. Next time aku kira okey? Kalau ingat la.

Dan akhirnya sampai ke Orchard Road. Lubuk mencuci mata dan mengempiskan wallet. Pertama kali ku lihat macam view area pavilion kat bukit bintang. Tapi ini lagi best kot. Banyak high end boutique. Coach bersepah. Ngahaha. Kiri kanan jalan adalah shopping mall. Campur2 baru lama.


Welcome to Takashimaya

Takashimaya terletak di dalam bangunan Ngee Ann City. Tersangat besar sampai tak tau nak tengok mana dulu. Barang budak ke, mak budak ke, bapak budak ke. Disebabkan first time ke situ, kami macam takde direction nak ke mana dulu ke mana kemudian. Dan tak jumpe pulak barang2 budak banyak2. Yang jumpe hanyalah baju bajan. Mahal murah semua ada. Disebabkan currency adalah tinggi sekarang iaitu SGD 1 = RM 2.48, maka kami cuci mata saja dahulu. Kalau convert ada yang lagi mahal dari malaysia. Ada jugak lagi murah.
 
Ngee Ann City


Kedai Jurulatih yang mempunyai Sales Assistant yang sangat peramah. Bagus! Layan orang sama rata.


Hermes

Papa buat perangai. Huahua


Takde caption


Orchard Road


Lepas takashimaya, kita redah Paragon pulak. Sini pon ada macam2. Branded outlet. Dan juga M&C dan juga mothercare. Nasib baik ade mothercare maka boleh la menghiburkan hati cik adik manis.

Paragon

Try scooter

Dah pandai kayuh. Pandai =)

Yang ini tiada pedal. Tapi try jugak semua

Owh lupa nak bagitau. Kat orchard road ni nak solat senang. Ada Musolla Al-Falah berdekatan shopping malls. Senang. Mudah.

Aku crop gambar ni. Kalau tak gambar belakang signboard ni ada unsur kebiruan. Tak sesuai untuk tontonan umum :p

Solat zohor, asar & maghrib kat sini. Siap berbuka puasa since juadah ada disediakan. Ramai jugak orang berbuka kat sini. Ada kuih muih, kurma, buah, murtabak, bubur lambuk & kacang pol. Kenyang alhamdulillah. Tak payah cari kedai makan. (Sebenarnye dah booked meja kat restoran Pepes. Makanan indon. Price mahal bagi aku. Portion makanan kecik. Lin total up semua yang kitorg order kat Pepes = SGD 56. Kalau convert jadi RM 138. Makan kat Senibong sampai muntah kalau total seperti itu. Huehue)

Restoran Pepes


Lepas berbuka & solat maghrib, sambung penjelajahan lagi. Nampak Mandarin Gallery, masukkk! Tengok2 semua butik yang kaya2 seperti D&G, Marc Jacob, Hugo Boss, maka kami buat lintas hormat saje. Jalan lagi, sampai another shopping mall. Ape ntah nama dia. Tak perasan. Sebab dah fokus kat banner "SALE UP TO 70%" di Zara maka nama mall itu adalah tidak penting. Dan di situ lah kami membeli-belah serba sedikit. Aku tangkap 3 lai baju kat Forever 21. Price kalau convert dapat lagi murah dari kat malaysia. Jadi adalah rugi jika tak beli.

Dah settle kat mall yang tidak dapat dipastikan namanya itu, hubby nak pegi paragon semula. Nak pegi Guess. Ada jeans 100 dolar. T-shirt 45 dolar. Again, cheaper than malaysia. Tapi malangnye dah tutup pulak. 10 pm sudah masa tu. Kesian beliau.

Kesimpulannya, aku & lin tidak pulang dengan tangan kosong. Pompuan kot. Tak sah kalau tak grab barang seketul dua. Kaum bapa tak beli apa-apa. Tapi diorg kata nak masuk singapore on weekdays. We'll see. Hubby mmg nak sgt beli. Tak tau la kalau kat KL kang jumpa yang lagi enak. Tungguuuuu...!!

Aku akhiri dengan selai dua lagi gambar ye.

Izzah with aunty Lin

Baru perasan gambar cameraman belum letak

Sekian. *********


Sunday, August 14, 2011

Plain Is Boring


And you need something to spice it up and make it different...just different..

Tukar baju lagi. Hari-hari baju sama pon boring. Aku yang menengok pon boring lagi la pulak tetamu yang menjengah. Maka dengan itu ayuh letak kaler kali barulah meriah. Kan? Kan?

Agak-agak kalau dapat yang warna warni macam ni best jugak ye dak..


Huehuehue. Dengan harapan ada orang sudi bermurah hati nak belikan sebagai hadiah raya.

Dah. Tak payah nak berangan lelebih. Ayuh tido sekarang. Besok kita usha beliau di atas di seberang tambak. Nak? Jom!



Saturday, August 13, 2011

Cantik


Semalam aku post kat dinding muka buku. Saja nak survey. Kot ada yang boleh dipertimbangkan. =D


Banyak respond dari rakan-rakan wanita yang mementingkan kecatikan kulit muka. Yeah. Perempuan dan kecantikan tidak dapat dipisahkan kan? Macam-macam feedback pasal produk diterima. Paling femes SK-II. Adik aku pon dah lobi SK-II trial pack last week. 199 hengget instead of 400 hengget. Trial pack ye. Not a starter pack.

Ada jugak yang pakai clinique, mary kay, biotherm, body shop, aura maya pon ado. Thanks korang sebab share some info.

Aku sebenarnya nak cari produk yang simple. Senang nak bawak travel. Kalau boleh nak yang all in 1 ade tak? Huehue. Disebabkan sedar diri ni tak berapa nak rajin, maka kalau dapat cleanser, toner & cream pon dah cukup. Ceh padahal nano-white yang aku guna sekarang ni pon itu je ku tenyeh tiap hari. Pencuci muka, toner & sunblock. Padahal ade item lain seperti scrub, eye cream. Sebenarnya ada serum tapi dah abes pastu aku malas nak beli. Hahaha.


ini adalah trial pack nano-white yang ku cuba atas pengaruh hubby. opss, masa tu belum jadi hubby. masa tu tunang lagi. hehe.


Lepas bersalin & habis pantang, hubby belikan segala produk nano yang ada. Aku pakai je semua. Tapi scrub ada lagi tersimpan blkg cermin meja solek tak pakai kerana aku suka rembat facial scrub body shop hubby. ;p

Pakai nano-white ni okey je. Siap boleh jimat sebab share dengan hubby. Sesuai untuk lelaki dan juga wanita. Tapi hubby idak le tetiap hari tenyeh muka. Aku rasa selang 3 hari kot baru dia sental. Tu pon kalau dia ingat. Ngeh.

Cumanye..erm..biasa lah kan. Bila umur makin meningkat, perasaan nak kulit gebus licin berseri semakin membuak. Cewah. Jaman muda remaja dulu boleh la cincai2 pakai Clean & Clear. Lagi satu aku ni jenis taksukapegifacial. Penah pegi dulu sebelum kawin. Siap amik 6 session + product ros active. Bagus jugak produknye. Tapi kewangan tak mengizinkan ketika itu maka aku pon stop. Pakai produk murah2 sudehh.

Jadi sekarang ni aku adalah di dalam misi pencarian produk muka yang sesuwei dan malatops resultnye. Kakak ipar aku guna Mary Kay. Adik ipar aku guna Biotherm. Aku? Belum tau lagi lepas ni. Biotherm ni aku selalu usha dalam majalah. Macam best. Tengok lah macam mana. Ke nak SK-II?? Kot dapat muka macam pojiah latip. Muehehehe.


Ada 3 ketul macam mudah kan? Ada banyak jenis aku tengok. Mungkin kena survey di toko berhampiran


If cerita dekat hubby, kompem dia suruh guna petua tradisional. Guna tomato + madu + gula + perahan limau. Campur semua lepas tu tepek kat muka buat 3 kali seminggu insyaAllah muka akan berseri-seri. Yang tu all in 1. Cleanser, scrubber, whitener. Amacam? Ade berani kak senah?

Jom pegi singapore! Lalalalala..

Friday, August 12, 2011

Aku, tudung dan dot dot dot


Wahhh..tajuk takbleh blah. Kekeke. Hokey nak citer pasal tudung pulak kali ni.

Seingat aku mula-mula pakai tudung masa sekolah rendah. Tapi hangat-hangat tahi ayam je. Kejap pakai, kejap bukak. Kadang-kadang tak pakai. Biasalah kanak-kanak ribena. Belum paham kenapa kena pakai tudung yang sebenar-benarnya.

Tu citer dulu zaman hingusan. Ayuh kita lupakan seketika. Nak ingat boleh tapi sebagai kenangan je lah.

Sekarang ni macam-macam jenis tudung ada kat pasaran. Macam-macam pesen. Ada yang senonoh pada pandangan aku, ada jugak yang tak senonoh. Yang tak senonoh tu yang jenis letak atas kepala pastu leher terdedah. Rambut terdedah. Opss tak boleh sebut nama. Nanti kena saman.

Personally aku ada beberapa jenis koleksi tudung yang aku suka pakai, pernah pakai atau pakai sekali je lepas tu sejuk dlm gerobok. Aku cakap jenis ye. Bukan kuantiti. Kalau kuantiti aku kena kira dulu. Tak hengat. Miahahaha. Dasar tak reti beli selai. Isk..sila insaf puan. INSAF.

Koleksi tudung yang aku ada adalah:-

Tudung bawal. Yang ni aku rasa tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Sampai sekarang ada je aku tengok orang pakai. Harga boleh tahan mahal tapi kualiti bagus. Alah membeli menang memakai. Aku tak kisah sangat yang tu. Yang penting senang pakai, senang basuh, senang gosok, senang jaga. Eh, paling penting cantik bila dipakai. :D

Tudung ekspress atau dipanggil juga instant hijab. Yang ini aku suka. Mula-mula aku beli yang jenis seploh hengget selai. Time tu orang panggil tudung ekin. Ek ele, baru pakai tudung dah ade name tudung ekin. Eh geli ah.

Lepas tak berapa lama pakai beberapa lai yang jenis seploh hengget tu, aku mula berjinak-jinak dgn kedai datang. Kedai datang bermaksud orang jual barang sampai ke depan mata. Tinggal pilih, bayo & hangkut je. Senang kan? Time ni mostly tudung yg ada adalah jemenama Annur. Material lebih bagus dari yang seploh hengget. Opcoz le kan. Tapi size besar. Semua size L.

Tudung ekspress lagi. Tapi kali ni dah up sket. Aku mula berjinak-jinak dengan Ariani. Itu pon kebetulan pegi Pulai Spring kat skudai. On the way balik tu hubby tanya "nak singgah Ariani tak?" Penah la masuk sekali dua tapi tak penah beli sebab tgk rege macam mahal je. Masuk jugak la masa tu. Time sale. Pilih punya pilih, dapat 2 lai. Buy 1 free 1. RM 100. Eleh sebenarnye selai 50 hengget. Cesss.

Lepas-lepas tu aku selalu menjejakkan kaki ke Ariani tu. Koleksi dia bertambah meletopsss aku tgk. Mana bole tahan. Awning dia aku suka. Never failed me. =) Staff dia pandai recommend tudung. Kalau bawak baju yang nak di matchkan, lagi senang. Ko pilih la satu kedai tu nyah.

Bila dah selalu ke sana, aku buat member card Ariani. Dapat less even time takde sale. Ok lah kan. daripada beli normal price. Then time member day memang ler syok giler. Nasib baik aku ade siren yg tunggu masa je nak berbunyik tatkala aku merembat tudung tanpa memikirkan budget. Huahuahua. Kalau tak habes la.

Kalau asyik pakai pesen yang sama pon boring kan? Semua orang pon sama. Pakai tudung awning. Bezanye cap saje lain. Tak boleh nak style sgt. macam tu je la.

Disebabkan adik aku dua orang tu pakai shawl dari zaman dulu (diorg mmg tak minat instant hijab, mcm makcik2 katenye. cessss!), aku pon mula berjinak-jinak. Mula-mula tak berani sebab nnt muka nampak bulat la, ape la. Aku try pakai inner awning. Pakai dgn shawl batu lesung. Tak sangka. mudah.my rupanyer. tak payah gosok. Lilit-lilit pastu siap.

Bila konon-konon dah terror, beli pulak shawl lain. Oh by the way, aku pernah la beli beberapa lai shawl chiffon tapi pakai sekali dua je sebab leceh pulak rasa. Semenjak dah sibuk pakai shawl ni, aku pon pakai balik segala shawl tersebut. Nice jugak. Heh.

Aku pon rajin jenguk online shop. Tengok shawl tutorial. Cara pakai pashmina. Senang jugak aku tgk. Maka beli pulak pashmina. Satu hari tu aku pakai pashmina. Hubby tanya sambil gelak-gelak kecik.

Hubby: Ni ape ni? Mimut ke?
Aku: Pashmina la..
Hubby: Ingatkan mimut tadi.

Mimut = selimut. Izzah panggil selimut dia.."mimut". Ahahaha. Ala kan biasa orang guna pashmina sebagai selimut di dalam ofis yang sejukbeku.

Tapi pashmina ni kalu nak beli, beli yang jenis nipis sket. Tak panas. Yang tebal mcm mimut tu kang panas.

Bila dah berani pakai pashmina, aku pon cuba style2 lain. Seperti style Hana Tajima yang menjadi ikutan sekarang ni. Berani. Sofistikated. I like! Beli pulak shawl dari sugarscarf yang sgt best materialnye. Cotton sejukkk. Senang bentuk. Eh memang indah la memakainye.

Untuk raya ni, cadangnye nak beli Arzu. Feeling macam orang arab. First time pegi butik kat KLCC hari tu terus jatuh chenta yaw. Satu lagi butiknye kat Midvalley. Rege..erm sekali sekali boleh la. Self reward takpe kan? Hehehehe..

Dah. Tunggu apa lagi? Pegi beli tudung raya sekarang. =D

Letak gambar selai dua.



My favorite blue paisley instant hijab from Ariani


Chiffon shawl yang dibeli suatu ketika dulu


My favorite kayla long scarf from sugascarf =)

=) =) =) =) =)


Thursday, August 4, 2011

Penyapu Tokyo

Hi korang, akhirnya aku dapat bersiaran semula setelah 5 hari berehat. Ceh. Budget ramai orang baca belog ko ke senah? Hahaha.

Alkisah lepas aku baca one of the post kat Lin Ghazale punye belog, aku berkenan dengan penyapu kanak-kanak yang di post oleh beliau. Sangat comel penyapu itu. Ade reben. Dia suruh tgk kat daiso kot ade. Owh lupa nak bagitau, beliau sekarang menetap di Tokyo. Katanya kampung tapi address Tokyo okeh. Haha.

Maka bagi mengikut nasihat beliau, aku pon usha kat daiso. Takde. Ke aku yang tak abes pusing daiso. Ontah. Banyak sangat barang. Malas pulak aku kan. Ambik langkah mudah.my dengan mengirim saje. Jauh betul beli penyapu Izzah. Tokyo yaw.

Last weekend kami balik melaka. Kebetulan mereka juga sedang bercuti/balik malaysia untuk sambut puasa kot? Aku pon tanya2 adik aku kat mana rumah Rozalinda Ghazale. Tau kat kesang jaya tapi aku tak pernah pegi so taktau yang mana satu.

Sedikit perbualan di rumah mak aku;

Aku: Eh dik, kat mana rumah rozalinda ghazale eh?

Adik aku: Kesang jaya. Ko lalu skolah, pastu masuk simpang kanan kat bus stop 2. Lepas tu bla bla. (tak bleh bgtau detail atas sebab2 keselamatan. poyo. hoho)

Ayah aku: Guna GPS tu. Nanti kang sesat tak jumpa rumah.

Adik aku: Alah kesang je kot. Tak jumpe kang call.

Hadoi la ayah. Bukannye nak pegi kg parit raja batu pahat. Takat dalam Jasin tak payah le nak berteknologi sanggih2 sangat. Kikiki.


Kami pon pegi la ke kesang jaya untuk mengambil penyapu yang digembar-gemburkan oleh aku itu. Sekali sampai sana, Wandy keluar dari rumah bawak penyapu tu la.

Mak aku: Laa kecit je barangnye.

Aku: Memang le mak. Dah namanye pon penyapu untuk Izzah. :D

Ezam: Ape ke sampai tokyo beli? Ntah2 kat Hwa Tai ade jual.

Aku: Hwa tai jual barang dapur seperti beras dan sebagainye la. Mana ada penyapu budak2 ni. Hehe.

Mak aku: Wah kemain lagi Izzah. Ni penyapu tokyo la ni.

Begitulah kisahnye bagaimana penyapu ni dapat nama. Mak aku panggil penyapu tokyo. Bila sampai rumah, seluruh ahli keluarga aku memanggil penyapu ini sebagai Penyapu Tokyo. Ekekeke.


Penyapu Tokyo. Cute kan? kan? =)


Kepada Puan Lin, thanks so much sebab belikan penyapu idaman ini. Izzah dah tak kacau penyapu aku dah. Dia dah ada penyapu sendiri. T_______T

Ok tu je nak citer. Besok2 sambung ye.

Selamat berpuasa!