Thursday, August 25, 2011

Mengidamlah pulak


Ngidam? Bior betik??

Owh bukan ngidam yang itu. Ngidam yang lain. Gatal-gatal ngidam orang panggil.

Hari ni aku agak lemau kerana pagi tadi beri-beri. Haish. Penat je makan sahur tadi. Eheh. Yang beri-beri tu makanan berbuka semalam kot. Sape suruh ko melantak banyak2 senah? Padan muka. =D

Disebabkan kelemauan ini maka produktiviti pon berkurangan. Ceh. Aku rasa kalau tak lemau pon adalah tidak efektif melakukan pekerjaan di saat menanti hari-hari terakhir sebelum cuti raya. Korang pon macam tu kan? Aku tau..tak yah tipu hokey?

Apabila produktiviti berkurangan, perkara paling mudah dilakukan adalah menggugel. Taip2, klik, tak suka maka pangkah.

Dah. Straight to the point. Aku asyik dan teruja membelek benda alah ni..

^

^

^

^

Berkenan pulak aku dengan dak quinny zapp xtra ni. Sporty gagah perkasa gayanya. Yang penting kaler merah. Wow! Akak suka!!

Akan tatapi aku tiada sebab yang kukuh untuk membeli si merah ini. Proposal haruslah diutarakan kepada big boss. Sekiranya beliau approved maka hoyeah hoyeah la. Sekiranya tidak, akan ku beli secara senyap tau2 dah ade depan mata. Kalau ada rejeki lebih ye anak-anak. Eh bila masa ade anak-anak? Setakat ni ada anak je ye. Huehuehue.



See? Features yang memberangsangkan bukan? Dari segi ini aku rasa aku boleh convience big boss. Dari segi duitannye pula, nanti ku pikirkan apabila bakal pemilik sudah ada. Amin.

Masa cari stroller Izzah dulu, takde jumpa yang begini. Tak tau kot masa tu. Almaklum anak pertama. Cari-cari kat midvalley, usha kat mothercare pastu tetiba ternampak kedai Combi berdepan mothercare. Menurut kata seorang yang sudah beranak 2 ketika itu, Combi adalah bagus. Ada lifetime warranty, ringan, tahan lasak.

Tanpa banyak soal, kami terus grab je. Mahal pon takpe asalkan puas hati ye dak? Dan stroller itu masih setia berkhidmat untuk cik adik manis tanpa kerosakan apa pun sepanjang hampir 2 tahun tempoh perkhidmatannye. Pencapaian yang cemerlang. Syabas!

Lagi pon kami mmg "kaki berjalan". Asal weekend je kompem berjalan. Izzah pon dah serasi dengan aktiviti berjalan di hujung minggu. Kalau tak keluar mungkin dia berasa aneh. So stroller adalah sangat penting. Frankly speaking, mmg Combi tahan lasak, ringan (4.3kg je but boleh menampung berat up to 24kg!), easy handling. Wah..dah macam promoter Combi pulak kau. Hahaha.

Pertama kali berkhidmat untuk tuannya yg comel. Izzah @ 1 month ++

Sekarang tuannya sudah pandai bergaya. vogue gitu..

Jangan pula ada yang terasa hati atau terkecik hati dengan entry ini ye. Mane le tau kan. No heart feeling okeh. Kang ade pulak yang kata aku menunjuk2 kat belog. Alah takde maknenye nak nunjuk. Bukan gempak sgt pon. Hohohoho horlicks!

Eh ni ha kalau nak cuci mata silalah ke sinun.

Ok u ollsss..tata titi tutu..

Selamat berbuka puasa (maghrib nnt okey..not now..no no no..) ^___^


3 comments:

safiyah07 said...

kebetolan..smlm aku baru tangkap satu kenderaan utk bby yg baru 30ari ni.murah2 je.200++.. bila dh psg, baru nmpk tayar dia gelong. hampeh!!

pulak, bila nak masuk keta, amik space separuh bonet.makanya aku vote utk quinny zapp xtra ni ain klu ko nak beli!tolak tepi tang rega...beli jgn x beli..

noorulaz said...

Entry ada makna nih.. hehehe

Mama Ardini said...

zahrah: lor..awat tak test masa kt kedai..hehe

noorul: ssshhhhhh...T___T