Thursday, September 15, 2011

Make over secara berkala


Dah ku katakan ku tak betah dengan kertas dinding yang sama, penataan yang begitu-begitu saja untuk tempoh yang lama. Maka tukar dan tukar lagi. Ayuh anak-anak!

Eceh tajuk kemain lagi kan? Saja nak buat personal review. Macam la dah bertahun pakai produk tersebut. Tapi bagi aku, keputusan awal percubaan adalah sangat penting.

Sudah sepurnama ku tenyeh dak SK-II kat muka ni. Keputusannya sangat memberangsangkan. Terasa bersih licin saja muka ku. Ala-ala menghampiri flawless begitu. Perasaan mungkin. =) Eh tapi ini juga diperakui oleh suami kesayangan hamba. Katanya lebih kurang begini " cantik kulit dia..kulit sk2. muka you nampak lain, bersih licin". Aku kira ini sebagai compliment paling bermakna dalam hidup. Kehkeh. Laki puji takkan ko tak kembang setaman kan?

Nampak gaya seperti ada penyokong di situ. Adalah dengan suka hati aku menanam hasrat untuk continue dgn sk2. Nak beli cleanser pulak. Sekarang aku cuma pakai 2 benda alah ni je. Almaklum beli trial pack. Budget kena tepat yaw.

Ini adalah penting kerana si polan inilah core product SK-II


Dalam trial pack tu dapat toner botol kecik je. Kecik2 pon tahan sebulan lebih uolsss. Kena beli botol besar pulak. :D

Ada jugak la adik, kengkawan yang tegur kulit muka ku yang nmpk berseri. Aku tak pasti sama ada mereka cakap betul atau saja nak ambik hati. Haish! Tak baik bersangka buruk. Mari bersangka baik *senyum lebar*

Bila kulit dah ala-ala flawless gitu, haruslah di duetkan dengan make up yang mabeles juga. Barulah gojes kau jah. Suami kesayangan kata muka ku nampak kusam. Tak shine. Tak glow. Silap bedak mungkin? Aku rasa ye sebab aku pakai loose powder silky girl ke ape ntah. Main hentam je. Haha. Mungkin dah tak sesuai dengan usia. *zaman adik-adik dulu bole la senah* Opsss! Jangan marah ye.

Makanya aku terus ajak suami kesayangan pergi ke pusat membeli-belah terdekat yang ada outlet jenama idaman. Dah lama usha-usha tapi tak penah masuk. Biasa lalu je. Tapi kali ni dah bulat keputusan. M.A.C me over jom!

Aku beli MAC lightful foundation compact. SA kat situ adalah sangat peramah. Siap touch up muka aku dengan compact powder & blusher kaler oren. Baru ku tahu ade highlight powder utk t-zone supaya muka nampak glow. *saya budak baru belajar. dah nak 30 tahun baru hegeh-hegeh nak belajar* Pastu dia kata utk kulit asian yg mostly sawo matang, blusher kaler oren adalah paling sesuai compared to pink. Lebih natural ye puan-puan. *ilmu haruslah dikongsi bersama supaya tidak lupa*


Ini range MAC lightful rasanya. Aku beli bedak itu saja.

Teksturnya halus, pakai sikit dah melekat kat muka. Pastu muka nampak glow. Itu yang penting. Kulit putih ke, sawo matang ke, gelap ke, takpe. Yang penting bersih & glow. Itu lah yang dikatakan mabeles. Ni dah bercita-cita nak beli eyeshadow pulak. Foundation mungkin juga. Pembelian haruslah berkala supaya bulan2 takdelah kau kena makan mekap. *peringatan untuk diri sendiri*

Tahun depan dah nak masuk series lain dah. Justeru itu ayuh kita menjaga kecantikan luaran & dalaman secara berterusan. Almaklum orang pompuan. Kena jaga itu, jaga ini. Sendiri mau ingat la ek. Lelaki pon kena jaga jugak hokey. Jangan nak bini je cunss tapi awak? Boroi selalu. Hahaha. Cheers! *suami saya adalah menjaga penampilan beliau tapi perut tu dia kata sebagai cushion utk anak tido. alasan!*

nota kaki: besok2 kalau ada gambar guna kamera canggih aku tepek sini ye. La ni pakai camera blekberi. Kejadiannya adalah kurang memuaskan.



Gambar syok sendiri. Kejadian pashmina itu menarik bukan?

Ok babai!

3 comments:

airin diana said...

Wahh..very informative la ain.tiba2 mcm nk tpengaruh plak.huhu

SureenA said...

Ain, hang tu muka cun sejak lama dlu lagi dah.. lagi dipakainya SKII.. huhu.. cun melecun arr jadiknya.. ;)

Mama Ardini said...

airin: haa sila2 terpengaruh =)

meksu: kikiki..ada jugak la bintik2 akibat suka berangan zaman muda mudi dulu. ;)