Monday, September 26, 2011

Mom & Baby Expo 2011, it's in JB!





Yang betulnya aku adalah tak tahu menahu pasal ade mom & baby expo ni kat Danga City Mall (DCM) from 23-25 Sept 2011. Ala-ala macam kat kl tu kot tapi kat JB ni idak le ade tajuk seperti mothercare, combi dan sekalian tajuk yang lain. Ok tak kisah. Nak pegi jugak!

So semalam kami menerjah tempat kejadian. Kereta parking tepi jalan dah berlapis mcm kek lapis aku tengok. Nasib baik dapat parking berdekatan dgn tempat kejadian maka mudah segala urusan.

Masuk je expo hall tu adalah pureen punya booth. Aku nyesal tak singgah sini sebab bila balik baru teringat nak beli sabun cuci botol cik adik manis. Sure murah. Isk nyesal sungguh!


Yang kaler pink tu adalah goodie bag. Macam2 ada


Round2 cuci mata sambil tolak stroller, terjumpa booth MAM. Hoyes! Memang nak beli botol. Tengok rege kemain lagi murah. Botol 11oz = 22 hengget je uollsss. Normal price 29 hengget. Murah kan? Maka mari beli. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Maksudnye? Ayuh kita beli barangan lain di booth MAM tersebut. Maka beli la jugak puting, berus gigi & bottle warmer pouch. Bottle warmer mmg dah lama nak ganti. Yang sekarang ni dah 2 tahun. Tapi pesen lama tu adalah tiada. Maka beli yang pesen baru la jawabnye. Cute jugak. Cuma besar sikit.




Hasil tangkapan di MAM adalah seperti di atas. Leg warmer itu aku beli kat booth fabolous mom. Kebetulan mak sedara kirim nursing bib lantas aku sempat juga grab 2 pasang leg warmer untuk Izzah.
 
Meh tengok ape ada dalam baju goodie bag kaler pink tu..
 
Best juga. Ada toiletries baby kiko, diapers, intimate utk mak pon ado, muscle pain balm & buku panduan masa hadapan =)
 
Then, hubby beli ini..

Untuk kegunaan semua kata beliau. Baby pillow + hot & cold pad. Orang dewasa pon boleh guna. Sesuai digunakan kalau demam or sakit-sakit badan pon bleh guna. Nice!


Itu saja yang berjaya dihangkutpulang. Sebenarnya aku ralat sangat sebab terlupa nak singgah pureen. Member kata kalau beli pencuci botol yang besar + refill, pastu dapat pencuci botol kecik2 untuk travel tu. Argh. Siap ada toiletries pureen kalau register kat situ hokey. * menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada guna*
 
After DCM, ingat nak tgk wayang. Smurf. Saja nak bawak Izzah for the first time. Tapi takde pulak siaran malam. Movie dah tak hot maka waktu siaran adalah terhad. Oleh kerana hasrat tgk wayang sudah terkubur, kita buat aktiviti lain tapi masih di pusat membeli-belah yang sama. Heeee.
 
Mana aci beli barang Izzah je. Mama pon nakkkkkk. *ngada-ngada*
 
Lawatan susulan di situ. Ehehehe. Apa ada dalam kotak-kotak sekalian?
 
 
Tadaaaaaaa...!!
 
Itu dia..dari kiri: eyeshadow, face spray dan foundation.
 
Eyeshadow tu ade offer ye kawan2. Combination 4 color tu adalah 140 hengget compared harga asal 280 hengget. Bebaloi tak? Actually ade 2 combination colors yang tgh offer. Aku pilih yang natural untuk pakai hari-hari. Another combination tu color gelap2 pekat2. Ikut kesukaan masing-masing. Tapi kalau taknak beli combination ni, bole jugak beli loose ikut warna kesukaan. *ok dah macam jurujual M.A.C pulak*

Face spray tu pulak untuk maintainkan mekap sepanjang hari & refresh muka. Best. Aku suka. SA tu siap spray muka aku la masa kat kedai. Mesti test dulu sebelum beli hokey! Lagi satu tu foundation. Yang ini memang nak beli sebab konon nak duet kan dgn compact powder yang ku beli bulan lepas. Tekstur lembut, ringan & macam tak pakai apa2. Eceh.

Ku usha brush dia juga tapi idak le belinye. Mahalllll. Nanti lain episod la. Terkezut jugak kalau beli banyak terus. Maka mari kita bersabar. * sabar itu separuh daripada iman*

Eh..eh..ada lagi...akhirnya dapat beli si dia ini untuk puteri kesayangan. Syukur alhamdulillah =)



Cerita expo dah melalut ke laut. Adalah lebih baik bersambung di lain episod. Ok uolssss. See u!

No comments: