Thursday, September 8, 2011

Salam Lebaran 2011



Hari ni dah berapa syawal kawan-kawan? * counting*


Oh yes. 10 syawal 1432H. Alhamdulillah. Dapat menyambut syawal pada tahun ini. Dan semoga syawal ini bukanlah yang terakhir bagi kita semua.


Bila dah raya, post sempena hari raya adalah wajib. Semua yg ada belog sila apdet sekarang. Hehehehe.


1 syawal tahun ni disambut di Gemas, Negeri Sembilan. Kampung sebelah hubby. Mengikut sistem giliran begitulah kekdahnya. Tahun ketiga menyambut syawal sebagai suami isteri. Alhamdulillah setakat ni sistem giliran dipatuhi dan semoga berterusan sampai bila-bila.


Tapi sabtu - isnin kami di melaka. Puasa kat melaka dulu pastu malam raya baru bertolak balik gemas. Tak jauh dalam 45 menet begitu. So sempat la tolong mak & adik-beradik lain masak juadah untuk raya. Seronok!


Menjelang hari raya..

 
Pembantu setia untuk menyepahkan beras. 

Adik aku ni a.k.a makteh kepada izzah memang terer isi beras dlm ketupat. Kompem ketupat dia sedap, tak keras tak lembik. Setakat ni beliua adalah pemegang takhta tersebut.

Tengok tu. Pembantu sedang memotong sayur yg dah dipotong

Tokey kuah kacang. Tumbuk kacang secara tradiosional di situ.

Aku masak apa? Aku masak rendang ayam ala nyonya & sayur campur. Mak aku pulak masak gulai daging guna rempah buatan sendiri. Semuanya enak. Tak payah letak gambar semasa memasak la ek. Korang pon masak jugak kan? Kikiki.

Juadah berbuka 29 Syawal 1432H. Ketupat daun belum masak. Maka mak suruh rebus ketupat nona supaya kami dapat merasa makanan raya sebelum balik gemas. :)


1 Syawal 1432H

Mula-mula sekali kena letak gambar ini 

Mintak ampun dengan suami. Banyak dosa tu. Sama-sama banyak dosa jadi mari kita saling memaafkan satu sama lain :)

Then baru boleh letak gambar lain yang sewaktu dengannye..

Kuning di hari raya. Ini adalah pilihan beliau. Saya suka!

Eh..eh..berdua aje? Izzah mana Izzah??

Hah ini dia itu budak!

Tido di pagi 1 syawal lebih enak barangkali. Lepas siap pakai baju kurung terus mintak susu nak tido. Siapa suruh bangun pukul 6.30 pagi wahai anak.


Saaaayaaang cucu wan. Duit raya jangan lupa ya! :P

Beratur dik beratur. Ape kena dengan dak mira aku tak tau. Hahaha

Haaa..dah bangun pon kesayangan mama. Muka pisat baru bangun tido.

Bangun je terus dapat wang besar dari maklang. Bak sini mama simpankan nak. 

Ceria berlari-larian di masjid. Kat serting kalau tak silap perkiraan aku.

Anak papa..

Gambar sekeluarga beramai-ramai takde pulak. Tak cukup korum. Ibrahim & co raya kat kampung baru KL. Nanti 16hb mari kita pergi studio amik gambar beramai-ramai yok!

2 Syawal 1423H


Insyirah marah makngah ke? Hehe

Mereka ini raya bersama iPad2. Isk..isk..

Semua orang kena naik buai. Jangan ingkar arahan beliau. Hehe


3-5 Syawal 1432H



Posing bersama kereta sambil menjengketkan kaki. Papa kata praktis nak pakai heels.

Izzah nak amik gambar sendiri tapi punye la dekat camera tu dengan muka dia. 

Begitulah sedikit-sebanyak raya kami. Gambar dengan family melaka tak sempat nak amik secara beramai-ramai. Tapi mereka ada amik gambar pada 1 syawal cumanye kami tiada. Maka tak cukup korum lagi. Kita cuba cari masa nnt amik gambar studio hokey!


1 comment:

mrs_nazir said...

haha...comel izzah leh lak tdo di pagi ry...slmt ari ry to ain n family...