Saturday, October 29, 2011

Two = 2 = Dua


Ampun maaf dipinta kerana entri lewat dua hari. Bersesuaian dengan tajuk. Sorry ye Izzah. Sepatutnya mama post kelmarin tapi tak kesempatan lantaran kamu jua yang pantang tengok mama depan lappy maka jam2 tu la kamu nak vitagen la, vitamin c la, biskut la, keropok la dan bermacam-macam lagi. Haha. *alasan nak kaver line le tu mama.*

27 October 2011 adalah ulang tahun kelahiran Izzah yang ke-2 tahun. Alhamdulillah. Masih lagi diberikan peluang utk mama dan papa mengecap nikmat melihat pembesaran kamu yang mama kira sangat menakjubkan. Pada umur 2 tahun Izzah dah boleh bercakap menyusun ayat sepatah-sepatah keluar dari mulut kecik itu tanpa kepelatan. Tutur kata yang mudah difahami. Izzah dah pandai request this and that. Dah pandai kayuh basikal. Dah pandai lompat dari tempat tinggi ke tempat yg lebih rendah. Dah kenal kereta papa, kereta atuk, kereta aunty, kereta paklang. Amazing kan? Dia boleh cam warna & bentuk kereta. Dah kenal beberapa haiwan sebut dengan betul seperti itik, arnab, anjing, kucing, ayam. Dah boleh kira satu sampai sepuluh. Wan dia kata, Izzah ikut papa dia masa kecik2. Cakap macam bertih jagung. Petah! =D. nanti besar boleh jadi trainer macam papa ye.

Kalau dah dinamakan ulang tahun, maka celebration haruslah diadakan. Kami buat kecik-kecik je within family members. Plan asal nak buat kat mekdonel tapi bila memikirkan playland bersebelahan dgn tempat party, maka hasrat itu dikuburkan saja. Nanti kang tak potong kek. Dia main gelongsor sampai penat je kang. Kensel. Buat kat rumah sudeh. *makbapak save budget*


Gambar kek ni macam ala-ala sonata musim salju. Mungkin sebab ais kering punye efek supaya kek beskinrobin ni tak cair. Huhuhu


Yang ni takde side efek sonata musim salju. Cute kan kek ni? *masuk bakul angkat sendiri*


Keceriaan jelas terpancar di wajah :)


Dia nak potong kek sendiri. Taknak orang lain tolong pegang!


Menikmati ice cream cone comel. Yang tukang makan pon comel. Heee


Ok, entry ini dipenuhi dengan gambar. Aci tak?

Semua menikmati ice cream cone comelsss

The birthday girl kesayangan mama & papa


Owh mari kita tengok hadian pulak. Suprise..suprise!!

Present from paklang, maklang & wan. Ada jeans (skinny okeh!) & t-shirt kt dlm tu. Thanks!


"Just like home" kitchen set. From maklang & paklang jugak. Hadiah in advance. Hari-hari Izzah masak. Thanks guys =)


Present from Wancu & family.."Baby Alive". Kena bagi makan minum. Haha.


Eh eh semua present orang lain ni. Mama & papa bagi present apakah??

Tadaaaaa....!!!!



Stride rite in action! Ni pon hadiah in advance. Beli kat klcc pastu terus pakai. Izzah..izzah...


Hadiah lain akan menyusul. Tak payah tunggu birthday pon boleh kan?

Last but not least...


Kalau takde budak dua orang ni, maka Izzah pon tiada di dunia ini. Hormatilah dan sayangilah ibu bapa. *pesanan penaja*


So Izzah, harapan mama & papa semoga Izzah jadi anak yang solehah, yang bijak, yang rajin & berjaya dunia akhirat. Semoga Izzah akan tetap menjadi kebanggaan mama & papa. Saaaaayaangggg Izzah!!

HAPPY BIRTHDAY IZZAH ARDINI

LOVE LOVE LOVE

No comments: