Thursday, December 29, 2011

Sayang Kakak



Dah lama rasanya tak update pasal perkembangan kakak. Kakak Izzah Ardini kesayangan mama & papa.

Kakak sekarang dah masuk 26 months. Dalam erti kata lain dah 2 tahun 2 bulan. Alhamdulillah. Kakak membesar dengan penuh kebijaksanaan. Macam-macam pandai dah. Kalau tanya..

"siapa nama mama??" kakak jawab: Ainnnnnn

"siapa nama papa??" kakak jawab: Edammmm (dia belum pandai sebut huruf Z. nama dia pon dia sebut Idah. Izzah jadi Idah. Ezam jadi Edam. Gitu le kekdahnye. Ekekeke)

"siapa nama kakak??" kakak jawab: Naniiii (Izzah Ardini le tu)

Kalau atok tanya: ni siapa ni?? izzah ke idah??
Kakak jawab: bukan...ni kakak...

PANDAINYEEEEEEEE!!!

Kakak sekarang dah pandai buat ayat panjang-panjang sampai mencungap dia nak cakap. Contoh semalam call atok jasin.

Atok: Izzah buat apa?
Kakak: Idah makan bubur mama dah tiupkan..
Atok: Oooo. Bubur hot ke?
Kakak: Haaa hot. Hah hah hah (buat gaya macam benda panas masuk mulut. haha)

Malam tadi baca buku dengan papa. Setelah sekian lama tak baca buku sebab asyik main iPad je. Huh. Kali ni mama & papa sorokkan iPad supaya kakak kembali mengulit toys beliau yang sampai dah tak muat ruang tamu rumah. Ada kitchen cabinet, ada meja susun-susun block, ada toys sebanyak 2 bakul. Rugi tak main semua tu. Esok dah besor jangan mintak kat mama pulak. Ok mama merepeks.

Baca buku ABC. Sampai je huruf X - xylophone. Terus kakak pegi kat bakul toys dia & amik xylophone.

Kakak: Haaaa tengok ni..xylophone..sama kan?
Papa: Sama. Pandaiiiii. *clap clap clap*

Coffee table kami letak tepi dinding untuk memudahkan lalu lalang. Standard la kan rumah kecik. Heee. Ball dia kat bawah coffee table. Agak jauh untuk jangkauan tangan dia. Tau dia guna apa nak amik bola tu? Dia guna pemegang/batang yg ikat belon tu. Apekenama bendaalah tu. Yang penting berjaya!! Syabas kakak. Sel-sel otak semakin berkembang! *budget iklan Anmum essentials tarik magnet guna sudu*

Lepas tu kalau nak baling bola siap ada step. Kira dulu satu, dua, tiga. Bend your knees lepas tu baling!!!

Lagi..sekarang dah menunjukkan sikap prihatin.

Mama keluar dari bilik air lepas muntah. Keluar bilik air konon2 nangis.

Kakak: Mama, jangan nangis. shhhhhhhh. Idah ada kan...

owh anak..menitis air mata mama.

Ataupun dia tanya camni,

Kakak: Mama nape?
Mama: Mama muntah
Kakak: Oooo muntah..sian..

Uhukk..

Begitulah sedikit sebanyak perkembangan kakak. Macam-macam dia pandai cakap sebenarnya. Tapi tak hengat pulak masa nak post ni. Nanti sambung lagi okeh.


Kakak kegirangan main 'neno neno' di ikea

Kakak with makteh. Comel kan? Err i mean kakak. Hehe.



Ok babai!
Saturday, December 24, 2011

Dot Com


Eh eh. Dah ada dot com la. Ngehehe. Wajah baru bakal muncul tak lama lagi. Tungguuuuuu!!

Cer tengok ilamat kat atas tu. Lain kan? Tapi isi perut masih sama. Tiada yang berubah sebab dak blogger kata,

"we will not leaving your coloursofagreatlife.blogspot.com readers"


Yang sebenar-benarnya I have no idea nak letak nama apa. Ada beberapa pilihan. Tengok mana best, mana tak best. Siap ada soal jawab dengan pihak berwajib tu.


Me: I want to change my blog url address to dot com. Beli domain.
Him: Why?
Me: For business purposes, more professional.
Him: It depends. Why are you blogging at the first place?
Me: Saja suka-suka. But now I'm doing a business, so I mixed it. Life experience & business in one blog.
Him: Okay, up to you. So what's the new name?
Me: No idea yet. Hahaha. http://www.ainnizar.com/ ok ka?
Him: Sounds not familiar.
Me: That's why. My name is too short. Erk.
Him: Try something else like http://www.norainnizar.com/
Me: Bunyi macam tak berapa sedap.


***** Conversation Ends ******



The day after, i came out with an idea.

Me: http://www.norainezamshah.com/ ok x?
Him: Takpe ke nama i tu?
Me: No problemo. I like the "shah". T_________T
Him: Okay.


Maka begitulah ilamat baru tercipta. Dengan harapan lepas ni makin RAJIN nak hapdet belog. Harapan pasti. Eceh!

Cinta hatiku
*aku rasa gambar ni ulang tayang. belasah. ekekeke*


Friday, December 16, 2011

Seminar SM/SSM December 2011



Seminar yang ditunggu-tunggu sudah tiba. 10 December 2011 @ Eastin Hotel, PJ. Participant adalah ramai around 300++ orang menggabungkan SM & SSM seluruh Malaysia under group CDM celebrity kami Hanis Haizi. Ramai kan? Tu pon bukan semua yang dapat hadir. Kalau tak mau sampai belakang ballroom kerusi meja. Hehe. Syukur sangat sebab berada dalam group yang kukuh & hebat!



Dalam hidup ni kita mesti ada matlamat dan impian. Bak kata CDM Hanis, "impian tu free je. so, set kan impian masing2". Tapi impian je tak cukup. Kena disusuli dengan usaha yang berterusan. Betul tak?


The biz partners. Kak Ros, Ija, Yong, Kak Ija & Syikin. Congrates uollss sbb berjaya hadir ke seminar utk dapatkan ilmu bisnes!



Tahniah juga kepada saya kerana dapat bawak semua biz partners datang seminar. Tahniah juga kerana walaupun saya sedang morning sickness, saya tetap gagahkan diri untuk dapatkan ilmu yang sangat bermanfaat. Alhamdulillah.



File checked, mineral water checked, notebook checked, blackberry checked. Persediaan haruslah rapi supaya tenang nak serap ilmu dan aura.


Me with my great leader a.k.a ex-mrsmj. Tak sangka jumpa balik dalam biz ni. Dapat sama-sama buat side income yang amatlah masyuk sekali.


The biz partners from JB, Sungai Petani & Klang Valley. Around malaysia bebeh. No boundries!


Our group with DDM Sha Khalid yang kecil molek itu. Tak lama lagi jadi CDM tau. Kelassssss!!


Suka gambar ni. Our group with CDM Raz yang kelakar. CDM Raz adalah hubby kepada CDM celebrity Hanis Haizi. Makluman kepada yang belum tau ye.


Topik yang sangat awesome! Slot yang ditunggu-tunggu oleh semua participant. Perkongsian semangat &  motivasi from CDM Hanis Haizi.

Next seminar in April 2012 CONFIRM!!!


So kepada anda diluar sana yang nak tau macam mana nak dapat side income minumum 4 figures tiap2 bulan, all you need to do is contact me to book your appointment today. Dengar dulu then anda nilaikan.

COME JOIN US!!


Norain (Ain) : 013-7415271 (Johor, Melaka, Sime Darby)

Siti Nur Fatimah (Fety) : 017- 7416477 (Johor, Negeri Sembilan, Hong Leong Bank)

Syikin Salleh (Syikin) : 013-7220143 (Johor, Citi Group)

Nurul Hida (Nurul) : 010-8932467 (Klang, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan)


Or you can catch us on our Facebook!! See ya!!!