Thursday, December 29, 2011

Sayang Kakak



Dah lama rasanya tak update pasal perkembangan kakak. Kakak Izzah Ardini kesayangan mama & papa.

Kakak sekarang dah masuk 26 months. Dalam erti kata lain dah 2 tahun 2 bulan. Alhamdulillah. Kakak membesar dengan penuh kebijaksanaan. Macam-macam pandai dah. Kalau tanya..

"siapa nama mama??" kakak jawab: Ainnnnnn

"siapa nama papa??" kakak jawab: Edammmm (dia belum pandai sebut huruf Z. nama dia pon dia sebut Idah. Izzah jadi Idah. Ezam jadi Edam. Gitu le kekdahnye. Ekekeke)

"siapa nama kakak??" kakak jawab: Naniiii (Izzah Ardini le tu)

Kalau atok tanya: ni siapa ni?? izzah ke idah??
Kakak jawab: bukan...ni kakak...

PANDAINYEEEEEEEE!!!

Kakak sekarang dah pandai buat ayat panjang-panjang sampai mencungap dia nak cakap. Contoh semalam call atok jasin.

Atok: Izzah buat apa?
Kakak: Idah makan bubur mama dah tiupkan..
Atok: Oooo. Bubur hot ke?
Kakak: Haaa hot. Hah hah hah (buat gaya macam benda panas masuk mulut. haha)

Malam tadi baca buku dengan papa. Setelah sekian lama tak baca buku sebab asyik main iPad je. Huh. Kali ni mama & papa sorokkan iPad supaya kakak kembali mengulit toys beliau yang sampai dah tak muat ruang tamu rumah. Ada kitchen cabinet, ada meja susun-susun block, ada toys sebanyak 2 bakul. Rugi tak main semua tu. Esok dah besor jangan mintak kat mama pulak. Ok mama merepeks.

Baca buku ABC. Sampai je huruf X - xylophone. Terus kakak pegi kat bakul toys dia & amik xylophone.

Kakak: Haaaa tengok ni..xylophone..sama kan?
Papa: Sama. Pandaiiiii. *clap clap clap*

Coffee table kami letak tepi dinding untuk memudahkan lalu lalang. Standard la kan rumah kecik. Heee. Ball dia kat bawah coffee table. Agak jauh untuk jangkauan tangan dia. Tau dia guna apa nak amik bola tu? Dia guna pemegang/batang yg ikat belon tu. Apekenama bendaalah tu. Yang penting berjaya!! Syabas kakak. Sel-sel otak semakin berkembang! *budget iklan Anmum essentials tarik magnet guna sudu*

Lepas tu kalau nak baling bola siap ada step. Kira dulu satu, dua, tiga. Bend your knees lepas tu baling!!!

Lagi..sekarang dah menunjukkan sikap prihatin.

Mama keluar dari bilik air lepas muntah. Keluar bilik air konon2 nangis.

Kakak: Mama, jangan nangis. shhhhhhhh. Idah ada kan...

owh anak..menitis air mata mama.

Ataupun dia tanya camni,

Kakak: Mama nape?
Mama: Mama muntah
Kakak: Oooo muntah..sian..

Uhukk..

Begitulah sedikit sebanyak perkembangan kakak. Macam-macam dia pandai cakap sebenarnya. Tapi tak hengat pulak masa nak post ni. Nanti sambung lagi okeh.


Kakak kegirangan main 'neno neno' di ikea

Kakak with makteh. Comel kan? Err i mean kakak. Hehe.



Ok babai!

No comments: