Wednesday, February 1, 2012

Kisah Mengidam: Kuih Udang Alor Gajah



Buat entry cepat-cepat sementara tunggu suami datang. Kami sekarang sudah berlainan tempat kerja. Tapi satu jalan lah. Maka pagi dia hantar aku, petang dia amik. Bagus jugak dengan keadaan aku sekarang. Tak payah susah payah menapak dari parking area nak masuk ofis yang sejauh 500 meter kot? Ntah. Aku tak pernah kaji tapi agak memenatkan juga. Opsss off topic. Sorry.


Korang penah dengar pasal kuih udang alor gajah ni? Adalah sangat famous amos okay. Sejak aku kecik sampai dah nak beranak dua ni kuih udang tersebut masih lagi famous. Terletak di Bus Station Alor Gajah. Sekarang nama dia Alor Gajah Central. Dulu kala kedai dia tepi-tepi longkang je. Muahaha. Tapi sekarang dah upgrade. Ada la ala-ala medan selera gitu. Ada banyak kedai. Macam-macam ada. Nasi ayam, nasi campur, satay dan sebagainya. Tapi maaf, aku tak hamek gambar kedai. Ujan lebat masa kami sampai maka aku adalah malas nak keluarkan kamera dari henbeg.


Kejadian berlaku masa cuti tahun baru cina hari tu. Oleh kerana nak melayan tekak aku yang konon-konon mengidam ni, lunch pada hari ahad adalah di Alor Gajah. Perjalanan dari Jasin ke Alor Gajah amik masa dalam 30 minit macam tu. Phew. Sanggupkan jugak kerana mengidam bebenor dah time tu. Pegi dengan mak, Izzah, adik lelaki, adik perempuan. Suami adalah tiada di tempat kejadian.


Baiklah, sekarang mari menjamu mata



Maaf. Gambar kurang memuaskan tapi rasanya adalah sangat sedap. Sama rasa macam dulu-dulu. Ada ISO barangkali.



Close up. Served ala-ala rojak. Ada tauhu, tempe, timun, telur disiram dengan sos. Sos adalah sedap *meleleh*



Kuih udang adalah yummy. Lembut di dalam garing di luar. Cewah..


Untuk pengetahuan korang semua, nak beli kuih udang ni kena beratur ye. Tapi idak le lama sebab diorg buat cepat. Then kat banner tu dah siap tulis set untuk berapa orang. Macam aku hari tu amik set untuk 4 orang berharga RM 8.00. Murah la kot memandangkan rasanya tersangat memikat selera. Huehue.


Kalau nak pegi, tuju je arah Pekan Alor Gajah, lepas tu cari bus station. Korang akan nampak Medan Selera Alor Gajah berdekatan dengan stesen minyak Petronas. Ataupun tanya je orang kat situ. Confirm diorang tau. Parking takde problem. Service penghantaran makanan pon tidak menghampakan. Tapi kalau tak silap kedai kuih udang ni bukak sampai petang je. Malam tutup.


So apalagi...ada masa ke Melaka, singgahlah di sini. Wah. Aku tolong buat iklan pulak.


Okay semua. Babai.

1 comment:

mrs_nazir (Maz) said...

perghh...meleleh gak tgk pic tuh...cam sodap...jauhla plak nk kena cari kt melaka..huhu