Friday, August 3, 2012

Lahirnya Penyeri Keluarga, Kegembiraan Berganda


Alhamdulillah..tanggal 11 July 2012, 1.15am @ Regency Specialist Hospital, I had safely delivered a baby girl named Ifra Afiqah. Baru hari ni sempat nak update dah 24 hari berpantang dah. =)

Pengalaman bersalin kali ni memang berbeza dengan yang pertama. Macam orang selalu cakap, setiap anak lain-lain gayanya. Well, I have to say yang kali kedua ni memang lebih tenang, mungkin sebab dah ada pengalaman. Nurse pun bagi je bergerak bebas dalam labor room tu takde la terbaring atas katil sepanjang masa. Sakit pun tak lama sangat. Doctor pecahkan air ketuban around 9.00 pm. That time bukaan dah 4 cm. About 4 hours nak sampai ke 9cm. I took painkiller masa bukaan dah 6 cm sebab dah rasa sakit kuat.

Sambil-sambil menahan sakit tu sempat lagi Whatsapp dengan my leader Ieja pasal bisnes. Time tu masih 4 cm. LOL. Actually on the same date patutnya saya terbang ke Guangzhou (entry sini)  bersama dengan rakan-rakan bisnes yang lain tapi dah sampai masa nak bersalin, so tak dapatlah pegi. Tapi takpe, anak adalah rezeki yang tak ternilai harganya daripada Allah S.W.T.


Fresh from the oven!

Happy dalam pangkuan papa :)


Ifra Afiqah - Day 18. Dah cerdik dah ;)

Syukur sangat semuanya selamat. Sampai masa nak bersalinkan Ifra, agak susah nak push. Dah push banyak kali tapi baby tak keluar. After 10 minutes trying, doctor decided guna vaccum sebab takut baby lemas. Bila dah vaccum tu baru tau yang tali pusat baby terbelit kat leher. So doctor said "you don't have to push, i will help to get the baby out". Time tu macam lega sikit tak payah push tapi rasa bergelodak jugak la kat bawah tu. Haha. Sebab doctor tarik slowly kepala baby supaya baby tak lemas. And finally baby selamat lahir. Lahir-lahir je dia terus nangis. Alhamdulillah. Cukup sifatnya. She's 3.5kg!!

Baby Ifra is such a strong baby. Just imagine I carried her in my tummy for 9 months, pegi KL, balik melaka. Sepanjang mengandungkan Ifra memang takde apa-apa masalah. In fact masa 9 bulan mengandung ni lah bisnes makin rancak. Rezeki melimpah ruah. Dapat naik pangkat, dapat qualify free trip to Guangzhou. So siapa kata pregnant mummy tak boleh buat bisnes? Buat bisnes sebab tanggungjawab untuk anak-anak & family jadi buat dengan bersungguh-sungguh InsyaAllah berjaya.

Besides that, hubby pun dapat better job offer, kami dapat beli rumah. Alhamdulillah. Ifra Afiqah adalah pembuka rezeki untuk kami sekeluarga. Syukur sangat.

Dan kerana itu juga kami memilih nama Ifra Afiqah, secantik maksudnya.

IFRA - Yang memberi kegembiraan
AFIQAH - Yang berpengetahuan

Berkat usaha berterusan dalam bisnes Premium Beautiful, dapat kami simpan stem cell untuk kegunaan keluarga pada masa depan sekiranya memerlukan. Sediakan payung sebelum hujan :)


We choosed cryocord. Seriously memang tak menyakitkan mum or baby masa darah diambil =)


Now it's 4 of us!

Semoga dengan kelahiran Ifra Afiqah akan menambahkan lagi seri keluarga kami, pengikat kasih sayang kami suami isteri & dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah serta diberkati.

Salam 15 Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua.



1 comment:

Nur Fadhilah Abdul Wahab said...

Ain...congrats..nnt esok kita dtg jenguk ye.....