Thursday, December 13, 2012

Ifra Afiqah 5 Months ~ Latest Development


Rasa macam dah lama tak update about anak-anak. Huhu.



Ifra is now 5 months. How fast time flies. Sebab tu tak boleh nak tangguh-tangguh kalau nak buat anything. Especially something yang melibatkan masa depan. Kan?

Now Ifra dah pandai meniarap. Kalau masa Izzah dulu mama papa risau sangat bila Izzah belum meniarap. Takut benar anak tak meniarap. Haha. Anyway, back to Ifra. She's now dah terror meniarap dah. If she meniarap after feeding, confirm sendawa sendiri punya. Kuat pulak tu. Ifra memang jenis senang sendawa sendiri. Lepas menyusu, angkat dirikan dia pun boleh sendawa =)


And now suka sangat masuk jari dalam mulut. Sedap sangat ke apa. Hehe. Nak beli teether tak terbeli2 lagi. Teether Izzah dulu ada tapi dah tak berapa yakin so nanti nak beli baru.

Selain skill meniarap, golek2 dan memasukkan jari ke dalam mulut, Ifra juga dah pandai menjerit kalau bosan i.e tiada orang di sekeliling beliau. Pandai ye nak tarik perhatian. Kalau u all dengar dia jerit memang macam perempuan jerit. Ahahaha. Well..

Kalau dudukkan kat rocker, dia dah boleh capai toys yang tergantung tu. Siap angkat2 badan macam nak bangun sendiri. So development di situ ialah pinggang dan tengkuk semakin kuat. Tak lama lagi boleh la duduk sendiri ye Ifra =)


Cuteness!!

Rocker tu jugalah port paling best dan mudah untuk Ifra buang angin or even nak yak. Hehe. Position yang sangat sesuai untuk baby yang belum pandai duduk sendiri.


Yang ni masa umur 4 bulan. Now rambut dah banyak dah tapi belah depan je. Belakang masih cukur bantal bak kata orang. Ada rambut baru nak tumbuh sikit.

Smiley face =)

Paling senang duduk dalam car seat. Good girl ;)



Dah pandai pegang botol sendiri? Kadang-kadang je la. Sekejap2 tu boleh.


If anyone asked me what is the difference between Izzah and Ifra? My answer will always be both of them are unique in their own way ;)

Kalau ikut rupa Ifra lebih kepada mama sebab muka bulat. Izzah muka bujur sirih sama macam papa. Jangan jeles, bentuk muka Izzah adalah bentuk muka idaman wanita. Hehehe.




So till then, our biggest hope semoga Ifra menjadi anak yang solehah, yang cerdik pandai, yang bijak, yang tinggi akhlaknya, yang berjaya dunia dan akhirat. Amin...



Thank you for reading this entry =)

No comments: