Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan 1434H

Assalamulaikum w.b.t..

Beberapa jam sahaja lagi seluruh umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah. Alhamdulillah..marilah kita bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk bertemu sekali lagi dengan bulan yang mulia ini.

Esok kita semua akan mula berpuasa. Moga ibadah puasa dan ibadah lain dapat dipertingkatkan lagi. InsyaAllah sama-sama kita imarahkan bula  Ramadhan dengan terawih dan banyakkan bersedekah. Dan semoga mutu pekerjaan kita juga dipertingkatkan, mencari rezeki juga suatu ibadah :)

Di sini saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada salah silap yang mengguris hati sesiapa. Salam Ramadhan dari kami sekeluarga..

No comments: