Sunday, September 1, 2013

Riang Ria Raya 2013


Assalamualaikum & hello everyone.

Hari ni dah pun masuk 25 Syawal. Cepat betul masa berlalu kan? Sebelum Syawal melabuhkan tirai, eloklah kita update cerita raya sebelum ianya menjadi basi ;p

Raya tahun ni, sepertimana tahun-tahun sebelum kami memang ikut sistem giliran. Walaupun giliran, dua-dua kampung balik cuma bezanya raya pertama tu je lah. So tahun ni kami beraya di Gemencheh, Negeri Sembilan. Parents in law dah buat rumah kat sana, this is second time beraya di rumah baru :) 

Tahun ni juga kami mencipta sejarah sebab tak ambil cuti raya yang panjang. Cuti wajib 4 hari tu je. Kental tak? LoL. Makanya petang raya baru bertolak ke kampung. Sampai Gemencheh around 8pm. Tak sempat nak berbuka together dengan in laws. Takpe, yang penting dapat join Takbir Raya.

Pakaian raya pulak (patutnya ada entry persiapan raya hehe) tahun ni lebih pada anak-anak. Eh ye ke? ;) Mama tahun ni merasa Jovian Mandagie's creature named Norkiah. Memang sangat suka baju ni sebab nampak sweet. Cewah! Siap masuk Instagram JM uolls :) Papa was wearing a baju melayu from Omar Ali. First time jugak beli and puas jati dengan jahitan & design. For Izzah and Ifra, pair of baju kurung from Butik Seri Bayu Warisan Johor (panjangnya nama). Nasib baik jumpa yang berkenan di hati & bersesuaian dengan budak-budak tu especially Ifra. Yaaa size 1 tahun agak sukar dicari apabila anda shopping raya last minute.

Fast forward to pagi raya, lepas everyone balik dari solat sunat aidilfitri, kita bersalam-salaman dan bermaaf-maafan seterusnya bergambar. Zaman sekarang ni kalau tak bergambar masa raya memang pelik. Lol. Jadi marilah kita menjamu mata dengan gambar-gambar raya kami. 





















Me in Jovian Mandagie's creation. LSforJovian. Norkiah :)
 
Oh ya. Kami beraya di Gemencheh selama 2 hari then di Jasin 2 hari. Cukup 4 hari terus pulang ke sarang. Selama 4 hari ni dapat ziarah sanak-saudara di kampung sambil anak-anak collect duit raya. Mak tolong simpan takut hilang nanti. Eheh.

Sebelum berangkat pulang ke Johor Bahru. Selamat Hari Raya dari Jasi, Melaka 

Akhir kata, Selamat Hari Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Moga kita ketemu lagi tahun hadapan. Those yang buat open house tu jemput la kami ;)

Cheers!


No comments: