Monday, February 3, 2014

Melaka | Shopping!!

Well, who don't love shopping? ;)

During Chinese New Year holiday last weekend, we were in Melaka. Tanah tumpah darahku. Cewah!

Jadi saja bawa mak jalan-jalan. Mak kata nak beli kasut baru. Ok jom kita. Mak kalau beli kasut memang suka alah membeli menang memakai. Biar mahal sikit tapi selesa dan tahan lama. Ya dan itu juga konsep yang saya pegang untuk bab pembelian kasut. ;)

Disebabkan dah lamaaaa tak pergi ke Dataran Pahlawan Mall, maka kami ambil keputusan untuk ke sana. Biasalah orang Melaka memang dah tau kalau weekend or public holiday, bandar melaka tu memang congested. Ramai orang luar datang melawat Melaka. Melawat melaka bererti melawat Malaysia. Tak gitu?

For me, memang plan nak belikan kasut baru untuk Izzah dan Ifra. Last beli kasut for them, raya 2013. Untuk Ifra macam dah ketat kasutnya. Untuk Izzah masih just nice. Tapi takkan sorang je dapat kasut baru kan? Mestilah dua-dua dapat. Hehe.

Jalan punya jalan, jumpa butik Converse. Terus nampak kasut budak-budak. Terus belek dan mama berkenan dari segi keringanannya. I thought Converse berat. Rupanya tidak. Terus pilih warna. Izzah choosed red colour for her. Sekarang bukan main pandai pilih sendiri. Ifra pula, I choosed peach color. Soft. Sesuai sangat dengan Ifra. ;)

Mak pula, dah jumpa kasut yang dia berkenan kat butik Polo Haus, tapi takde saiz. So tak jadi beli. Takpe nanti bawak mak ke Clarks. Situ confirm ada yang mak berkenan. Mak memang suka kasut Clarks. Selesa dan tahan lama.

Oh ya. That day juga terberkenalan dengan Jelly Bunny. Haha. Biasa nampak di Midvalley tapi tak pernah singgah. Ini sekali singgah terjebak 3 pasang terus. Sebabnya semua cute. Harga pun sangat berpatutan. I was expecting the price range lebih kurang Crocs. Tapi jauh sekali. Hehe. In term of keselesaan,I prefer Crocs if perlu berjalan jauh banyak kilometer. For Jelly Bunny if you are walking short distance should be okay. Sekian review dari saya.

Now let's enjoy viewing our pictures ya.



No comments: