Thursday, March 27, 2014

Shopping Raya | Jakel

Yes Jakel. Sebab Jakel telah menghantar sms kepada saya untuk datang melaburkan duit di sana. Haha. Kalau lambat nanti tailor tak terima tempahan katanya. Gitu.

Ada yang kata, wah awalnya shopping raya. Sebenarnya ini part 1 sahaja. Lol. Yelah kalau nak tempah baju, kain ela mestilah dibeli terlebih awal. Melainkan pandai jahit sendiri, itu cerita lain. Macam kami sekeluarga, memang minta tolong tailor jahitkan. Bantu ekonomi sesama insan, tak gitu?

Kebetulan minggu lepas berada di Melaka, jadi ambil peluang pergi ke Jakel bersama dengan mak & adik sebagai consultant. Hahaha. Niatnya memang nak belikan kain untuk sekeluarga. Parents both sides and of course the Ezam's family. Adik-beradik yang dah ada pendapatan sendiri bolehlah beli sendiri ya. Nanti akak belikan kot korang tak berkenan. Alasan. Hehe.

Setelah ditimbang tara, warna tema untuk tahun ini ialah tona hijau. Emerald green. Green for Green Leaders Academy Malaysia. Semangat tak? =) As for my parents and parents in law, kebetulan sama warna..pilih-pilih nampak warna tu jugak. Salmon pink + peach. I am very happy seeing my mom choosing what she like. Alhamdulillah. The best feeling ever when you see your love one is really happy. Ada rezeki lebih boleh dikongsi dengan insan-insan yang kita sayang. Sebab tu mesti usaha lebih, tak salah pun. Bukan nak bermewah-mewah tapi untuk dapat pilihan yang lebih baik. Ingat tu pesan kakak :)

Lebih kurang 3 bulan lagi kita nak menyambut bulan Ramadhan. Kemudian raya pula. For sure nak guna duit lebih kan? Sempat lagi kalau nak buat duit raya gemukss tahun ni tau. Jom kami ajarkan macam mana. Online business by social media marketing technique. Many has proven success and next might be you..

p/s : now semua designer tengah siapkan collection raya masing-masing. Are you ready? Jovian, hatta dolmat... ;)


Posted via Blogaway

No comments: