Monday, June 30, 2014

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum semua.

Rasanya belum telambat lagi untuk ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, selamat berpuasa, selamat menunaikan solat terawih dan selamat mengerjakan ibadah yang lain. Sama-sama kita tingkatkan keimanan kita dan penuhi bulan yang penuh rahmat ini dengan amalan-amalan yang mulia.



Niat puasa jangan lupa ya :)



InsyaAllah moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya. Salam Ramadhan untuk semua muslimin muslimat seluruh dunia.


Saturday, June 28, 2014

Diamond Night 2014 | A Night To Remember

As promised, ini dia full story of our Diamond Night celebration which was held last Saturday at Malaysia International Exhibition & Convention Centre, (MIECC) at Mines Kuala Lumpur.


Hai-O perjuanganku. Barisan CDM atas pentas. Next year confirm saya kat atas pentas ni juga.

A night to remember, an appreciation and recognition for Carfund Achiever, Double Diamond Manager and Diamond Sales Manager. Paling bermakna, tahun ni saya bukan naik pentas seorang diri tapi dengan Mr. Husband sekali dan juga my partner DSM Olyn. Happy!!

My husband and I. My backbone, my supporter, my motivator, my pengkritik tetap ;)

 
Congratulations dear Olyn. Sangat cantik with the dress from Ashraff Zainal

First session of award was Carfund Achiever. I’ve received the award last year.  And for this year it’s Double Diamond Manager. Achievement of minimum RM 720,000 sales cumulative and it is a teamwork effort. Bisnes ni kita tak buat seorang. Kita buat secara berkumpulan, with dedicated mentor and strong support by the group and company itself. So you don’t have to be worry. Just follow the right path.

Tahun lepas, naik pentas 2 kali untuk ambil award. Tahun ni sekali lagi naik pentas dengan pangkat Double Diamond Manager pula. Alhamdulillah. Berkat kesabaran & teamwork, sampai ke tahap ini. InsyaAllah tahun 2015 akan bawa ramai lagi rakan-rakan kongsi naik pentas terima award.


Me on stage receiving the award and recognition of Double Diamond Manger

This time they will announce your full name, yes fullname such as

Double Diamond Manager Norain Binti Mohd Nizar. Best kan? Terasa sangat dihargai =) Another step to Crown Diamond Manager. Yeah will make it reality very soon!



Happiness overload!

Next turn my husband pula receive award as Diamond Sales Manager. Congratulations sayangku!

Bergambar dulu with the GLAM founder CDM Hanis Haizi before naik stage

The Diamond Club. Well done everyone! Receiving award along with DSM Airin & DSM Farouk. Clap clap clap!!





One of the happiest moment in our lives. Being appreciated after the effort and hardwork given.

Next turn my partner DSM Olyn pula received her award. Ingat lagi the time Olyn approached me to join business, that time was bulan Ramadhan. I was in confinement after giving birth to Ifra Afiqah. Biarpun Olyn dah bergaji selesa sebagai Engineer, beliau tetap ambil peluang untuk tambah nilai pada hidup diri sendiri & family. Alhamdulillah, she is one of my committed business partner. That is why she really duplicate what I am doing. Congratulations Olyn!! 



Everyone is happy!! Congrats DSM Olyn, DSM Eida, DSM Ramizah & DSM Wanie of The DIamond Circle

Malam tu, namanya pun Diamond Night. Everyone dress up cantik jelita handsome belaka especially our team The Diamond Circle (TDC) & of course Green Leaders Academy Malaysia (GLAM). From the designer dress, makeup by MUA, the photographer and the event itself semua best! Masa ni la peluang nak melaram kan. Bila buat bisnes, kita bukan hanya tambah income malah macam-macam peluang lain yang datang. Sebab bisnes ni luar biasa J

I love the dress from the talented designer Ashraff Zainal, and the beautiful shawl from Fleur Malaysia. Not to forget, the Premium Beautiful corset to make you look stunning!


With my mentor CDM Shaliza whom never give up and always come out with great ideas. Dari tak berapa rapat now jadi bff. Both of us wearing the master piece of Ashraff Zainal. Love it!


Berdampinglah dengan orang yang berjaya sekiranya kita nak berjaya. With the GLAM founder CDM Hanis Haizi, wearing a classy dress from Rizman Ruzaini

Bahang Diamond Night masih terasa sampai sekarang ni. For me Diamond Night kali ni sangat bermakna, sebab partners datang dari seluruh Malaysia untuk sama-sama meraikan kejayaan. Thank you semua, anak-anak bisnes yang datang dari Johor, Melaka, Perak, Kuala Lumpur & Selangor. Memang meriah sangat and feedback dari yang datang Diamond Night that day, masing-masing teruja nak naik pentas tahun depan. Yes confirm boleh!!

Kejayaan lebih bermakna apabila dirai bersama kumpulan. Segak bergaya semua. Thank you everyone for coming! #norainezamshahprotege

We had fun!

With DSM Olyn and her team. 

Adik-beradik. My sister bakal DSM Faliha with her husband. We support each other in business and life. That is family =)

Another diamond in the making. With bakal DSM Suhaili & her team yang hadir malam tu

The Diamond Circle partners bergambar sakan. Semua cantik-cantik kan!

The Diamond Circle men. Man in black theme. Cool!

Siapa yang hadir malam tu, confirm rasa teruja and rasa nak naik pentas juga tahun depan. Diamond Night is one the the prestige event of Hai-O and of course kita boleh saksikan ramai usahawan Melayu yang berjaya. Kalau orang lain boleh berjaya dengan networking business, why not us kan? Especially bila berada di dalam team GLAM yang kuat dan bersatu ditambah pula dengan sokongan dari Hai-O sendiri. Everyone can achieve their dreams.

Big family of GLAM! Together we unite.

Hello from all of us. Love this shot.

The Diamond Circle rawks!

Macam mana? Havoc and happening kan? Itulah bestnya bila buat besnes dengan GLAM & The Diamond Circle. Everyone positive and support each other. Sebab tu bisnes jadi lebih mudah.

Alang-alang malam tu semua cantik-cantik, handsome-handsome, we make full use of it. Kita photoshoot pula. Yeay!

Feel like a model. Cewah. Hehe


Friendship is something that money can't buy

The achievers of The Diamond Cicle. Shine bright like a diamond!

Tulang belakang The Diamond Circle

The other shot. Cool!

Sila buat caption sendiri. lol

And last but not least, from two of us. Your business coach,






Be part our our team now! Do contact us anytime because your future is determined by today's action. See ya!


Thank you to all who made this Diamond Night really meaningful. Husband, partners, family, fashion designer, photographer and the company for the great event.


Dress from Ashraff Zainal
Make up by Kak Intan
Photos by Hafiz Atan & Andaq

Till then, jumpa anda di puncak kejayaan!


Thursday, June 26, 2014

Ifra Afiqah | Petua Kulit Licin Gebu


Wah tajuk mesti nak A kan. Hehe.

Untuk yang mengenali Ifra sejak baby, mesti tahu atau perasan about her pipi yang merah sejak dari umur 4 bulan. Everytime kalau bergambar, mesti orang akan tegur.."eh kenapa muka Ifra tu..siannya..dah try sekian sekian product?"

Sebagai seorang ibu, of course nak yang terbaik kan? Jadi segala yang kawan-kawan suggest memang daku cuba. Siap pergi skin specialist okay. Sebab kesian sampai berair kawasan yang merah tu sebab Ifra dah pandai garu. Macam mana dia garu? Dia tonyoh muka dia pada selimut atau bantal. Hehe.

Area yang merah tu adalah gatal based on aktiviti menggaru oleh Ifra. And we noticed area tu kering. By logic, if kulit kering then kita akan rasa gatal. That's what happen to Ifra. Sampai satu tahap, selimut, alas tilam, sarung bantal dia dibasuh dengan kerap sebab taknak habuk.

At first doctor kata it's eczema. Tapi kat pipi tu je and tak merebak ke seluruh muka. Jumpa another doc, katanya ada infection bu fungus. So kena jaga kebersihan barang-barang dia. Haih macam-macam.

Sampailah suatu masa, that time me and husband pergi free trip ke Gold Coast, Australia. My parents stay at our house sebab Izzah dah school. Before this if ada free trip, Izzah Ifra will stay in Jasin.

Balik je from Gold Coast, tengok-tengok pipi Ifra dah makin elok. Area merah pun dah makin mengecil. Terkejut & happy!

Terus tanya my mom letak apa kat pipi Ifra. "Mak blend tomato lepas tu sapu kat muka Ifra." Laaa TOMATO sahaja ya puan-puan. Natural remedy gitu. Sapu banyak-banyak kali and kalau bagi makan pun bagus. Sungguhlah ciptaan Allah adalah yang terbaik.



Maka settle masalah selama 1 tahun. Yaaa 1 tahun. Jadi kalau ada anak-anak yang ada masalah macam Ifra, bolehlah you all cuba petua ini ya. Pipi Ifra jadi merah start dengan ruam susu then makin menjadi-jadi. Now dah tulus mulus dah kulit muka dia. Sebenarnya untuk orang dewasa pun bagus amalkan  pakai masker dari tomato kan? Untuk mengekalkan kelembapan kulit. Jimat betul lah.


Okay itulah dia petua melicinkan kulit muka. Kalau nak kulit licin macam Ifra, silalah cuba ya =)

Posted via Blogaway
Monday, June 23, 2014

Diamond Night 2014 | Sneak Peak

A little sneak peak from our Diamond Night award held last saturday. Everyone was so excited, beautiful and happy for sure. Alhamdulillah. Tak sabar nak share full story with all of you once dapat photos from our official photographer. Yeay!
Stay tuned at this page ya. Thanks all =)

Posted via Blogaway
Monday, June 16, 2014

Ramadhan Is Coming

Ya Allah pejam celik pejam celik sekejap je kan dah nak masuk bulan Ramadhan semula. Tinggal 12 hari saja lagi. Alhamdulillah. Tak sabar nak sambut Ramadhan kan? Bulan penuh rahmat dan rezeki. Waktu ni jugalah ramai antara kita yang berlumba-lumba ambil peluang berniaga. Bagus tu, cuma satu nasihat saya kalau berniaga makanan atau minuman di bazar, tolonglah jual makanan yang sedap rasanya dan harga berpatutan :)

Ok all. Jom siapkan mental, fizikal dan poket kita nak sambut bulan mulia ni. Kita memang tak boleh lari dari berbelanja, betul tak? Sama ada sikit atau banyak terpulang pada kemampuan diri masing-masing. Tapi kalau ada pilihan yang lebih baik, why not kan?

InsyaAllah kita sambung di entry lain ya. Banyak nak share. So stay tune. Thanks all for reading and following!


Posted via Blogaway