Thursday, June 26, 2014

Ifra Afiqah | Petua Kulit Licin Gebu


Wah tajuk mesti nak A kan. Hehe.

Untuk yang mengenali Ifra sejak baby, mesti tahu atau perasan about her pipi yang merah sejak dari umur 4 bulan. Everytime kalau bergambar, mesti orang akan tegur.."eh kenapa muka Ifra tu..siannya..dah try sekian sekian product?"

Sebagai seorang ibu, of course nak yang terbaik kan? Jadi segala yang kawan-kawan suggest memang daku cuba. Siap pergi skin specialist okay. Sebab kesian sampai berair kawasan yang merah tu sebab Ifra dah pandai garu. Macam mana dia garu? Dia tonyoh muka dia pada selimut atau bantal. Hehe.

Area yang merah tu adalah gatal based on aktiviti menggaru oleh Ifra. And we noticed area tu kering. By logic, if kulit kering then kita akan rasa gatal. That's what happen to Ifra. Sampai satu tahap, selimut, alas tilam, sarung bantal dia dibasuh dengan kerap sebab taknak habuk.

At first doctor kata it's eczema. Tapi kat pipi tu je and tak merebak ke seluruh muka. Jumpa another doc, katanya ada infection bu fungus. So kena jaga kebersihan barang-barang dia. Haih macam-macam.

Sampailah suatu masa, that time me and husband pergi free trip ke Gold Coast, Australia. My parents stay at our house sebab Izzah dah school. Before this if ada free trip, Izzah Ifra will stay in Jasin.

Balik je from Gold Coast, tengok-tengok pipi Ifra dah makin elok. Area merah pun dah makin mengecil. Terkejut & happy!

Terus tanya my mom letak apa kat pipi Ifra. "Mak blend tomato lepas tu sapu kat muka Ifra." Laaa TOMATO sahaja ya puan-puan. Natural remedy gitu. Sapu banyak-banyak kali and kalau bagi makan pun bagus. Sungguhlah ciptaan Allah adalah yang terbaik.



Maka settle masalah selama 1 tahun. Yaaa 1 tahun. Jadi kalau ada anak-anak yang ada masalah macam Ifra, bolehlah you all cuba petua ini ya. Pipi Ifra jadi merah start dengan ruam susu then makin menjadi-jadi. Now dah tulus mulus dah kulit muka dia. Sebenarnya untuk orang dewasa pun bagus amalkan  pakai masker dari tomato kan? Untuk mengekalkan kelembapan kulit. Jimat betul lah.


Okay itulah dia petua melicinkan kulit muka. Kalau nak kulit licin macam Ifra, silalah cuba ya =)

Posted via Blogaway

No comments: