Friday, July 25, 2014

Eid Mubarak 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni dah pun 27 Ramadhan. Ya Allah cepatnya masa berlalu kan. Lagi 2 hari kita semua umat Islam akan menyambut hari raya. Jadi di kesempatan ini kami memohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap, harap dimaafi. Kepada pembaca blog kami teruskan membaca dan selamat menyambut lebaran kepada anda semua.

Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, drive safe ya. Biar lambat asal selamat. Beringat juga semasa menjamu juadah raya, takut ada yang overdose pula kan. Hehe. Semoga semua selamat sampai ke kampung halaman masing-masing.

Enjoy your raya. Semoga lebaran tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya. Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga.

Kepada yang raya di Melaka dan Negeri Sembilan, jemputlah datang rumah. Boleh raya sama-sama :)


Posted via Blogaway
Thursday, July 24, 2014

9 Tips Sebelum Balik Kampung Yang Wajib Diikuti


Salam semua.

Ada yang dah ready nak balik kampung ke? Mungkin ada yang dah start cuti esok kan. Wah bestnya boleh balik kampung awal. Tahun ni timing raya memang cun sangat kan. Isnin Selasa so confirm ramai yang sambung cuti until the next weekend. Yeay me too!

Ahahaha.Berhati-hari dengan speed trap ye. Musim perayaan ni banyak Operasi ;)

Sebelum kita pulang beraya, mesti nak ikut langkah-langkah keselamatan untuk rumah yang ditinggal.

Jom tengok antara langkah-langkah keselamatan yang disarankan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM).


1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.


2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).


3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah. 

4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.


5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda. 


6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.


7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.


8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut: 


Nama dan alamat
Nombor telefon yang mudah dihubungi
Tarikh berlepas dan balik
Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti


9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.

Kalau nak pdf copy, boleh click here.

Boleh dapatkan borang untuk balik kampung dan hantar ke balai polis berhampiran. Borang boleh download di sini.


Okay now tips dah dapat, so dah tahu kan apa nak buat sebelum balik kampung?

Sebelum memulakan perjalanan jangan lupa baca doa ye.







Sama-sama kita amalkan. InsyaAllah.

Selamat pulang berhari raya!


See you in Melaka and Negeri Sembilan :)



Friday, July 18, 2014

Pray For MH 17


Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hari ini sekali lagi rakyat Malaysia dan seluruh dunia dikejutkan dengan berita pesawat terhempas setelah terkena tembakan di ruang udara Ukraine - Rusia. Ya Allah..beratnya dugaan untuk keluarga mangsa..penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang berlepas jam 12.15 tengah hari dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur jam 6.15 pagi tadi..

I am speechless. No word can descibe the sadness. We malaysian feel the same. This is so tragic. 2014...tragedi melibatkan 2 pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang meruntun jiwa..

Marilah kita doakan yang terbaik untuk semua..sesungguhnya Allah Maha Kuasa..Maha Mengetahui..Salam takziah untuk keluarga mangsa & sahabat-sahabat penumpang & cabin crew. Al Fatihah...


Posted via Blogaway
Saturday, July 12, 2014

Happy Birthday Ifra Afiqah


Alhamdulillah. 11 July 2014...our baby girl Ifra Afiqah turns two!! Cepatnya masa berlalu. Anak mama papa dah makin membesar, makin bijak, makin petah, makin comel :)

Mama papa & kakak Izzah Ardini doakan Ifra jadi anak yang solehah, yang bijak, yang berjaya, yang sihat dan semua yang baik-baik sahaja.

So today kita akan shopping baju raya okay. Alang-alang dah kat KL ni kan..Nanti balik JB kita makan kek ya. Mama papa kakak love you so much!!


Posted via Blogaway
Thursday, July 10, 2014

Bonus Raya


Alhamdulillah. Bonus Raya!!

Semalam dah dapat payslip for my second income. Not only me, our partners too. Everybody update their bonus. Happy!!

Memang just nice weekend ni nak shopping raya. Alang-alang ke KL untuk GLAM Iftar, kita shopping terus :)

Payslip for my second income ni actually laku dekat bank ye. Contoh untuk beli kereta, beli rumah etc. Every month akan dapat the bonus slip through email.

If anyone yang masih tercari-cari peluang dapatkan second income, do contact me and i'll share with you. InsyaAllah. Bisnes ni secara teamwork and ada mentor untuk guide kita all the way. Even nak dapat second income lebih dari gaji pun boleh sangat!

Contact me asap ya. See u!

Ain : +6013 7415271
ainezam2001@yahoo.com


Posted via Blogaway
Wednesday, July 9, 2014

Germany VS Brazil | World Cup 2014

Everyone especially those 'kaki bola' is talking about it. At least for today the whole day! Another history created. Well done Germany.

My husband watched the game during sahur time this morning (actually he was late  sebab tertidur atas sofa haha), that time the score was 5-0.

Final score was 7-1!! Macam main netball pun ada.

By the way, congratulations to Germany team and supporters!! To Brazil team and supporters, don't be sad. Chill because we have many trolls for you ;)


Posted via Blogaway
Tuesday, July 8, 2014

Testimoni Premium Beautiful Terbaru.. Wajib Tengok!

More testimonies of Premium Beautiful..!! Dah namanya high demand corset kan, jadi testimoni sentiasa up to date and always ada yang baru.



From myself of course :) I am wearing Premium Beautiful since 2010. Totally satisfied and worth it!



My business partner Syikin Salleh. A mom of two, breastfeed her baby and yet having a curvy and healthy body. Thumbs up!



Our The Diamond Circle partner, Yong. Pear shape body looks so beautiful with Premium Beautiful :)



So siapa kata orang kurus tak perlu Premium Beautiful? Contoh macam Airin, kurus tinggi. A mom of two, and Premium Beautiful really helps her to get healthy and maintain her body shape.



Another petite lady, Ramizah wearing Premium Beautiful biarpun badan kurus sangat. Bantu betulkan postur badan & badan lebih kemas terbentuk. Takdelah flat je kan ;)



Apple shape body also looks good with Premium Beautiful. Tak kisah apa jenis bentuk badan kita yang penting bila pakai Premium Beautiful kita akan rasa lebih sihat dan berkeyakinan. Shaliza Aziz, my mentor my bff :) Looking good babe!



Izyan, lost 20kg after deliver her baby. 20 kg is a hugh difference! Those yang dah nak bersalin & dalam confinement, better order Premium Beautiful dengan kakak cepat-cepat ya.



Last but not least, not only a body transformation, but I called it life transformation!!

Nampak kan how Premium Beautiful helps us and many woman out there in getting a healthier body and beautiful body shape. Now nak dekat raya, jom kita cantik beramai-ramai. Baju raya dah cantik meletops jadi dalaman pun mesti nak cantik juga kan :)


Contact me for promo price and free gift!

Ain : +6 013 7415271
Email : ainezam2001@yahoo.com



Monday, July 7, 2014

Vienna and Budapest


Our next destination!! Yeay!!

Company just announced our next free trip a.k.a fully sponsored holiday. 2 countries; Austria and Hungary!!

Austria


Hungary


Cantiknya..subhanallah!

Okay, tak sabar. Dan tak pernah pergi pun kan. If nak pergi sendiri confirm fikir banyak kali and takde budget. Hehe. Itu dia.

So bila company dah buka peluang macam ni, mestilah nak grab juga kan? Rezeki jangan ditolak :) This will be our 6th free trip sepanjang business. Kalau ikut bilangan negara, hampir 8 negara dah. Alhamdulillah. Memang tak salah langkah buat bisnes ni. In 2-3 years boleh dapat macam ni apatah lagi 10 tahun akan datang :)

1st : Gunagzhou
2nd : London & Paris
3rd : Seoul
4th : Gold Coast
5th : Shanghai
6th : Vienna & Budapest

And actually this free trip is open to everyone of you. Jadi siapa nak ikut sama, jom cepat-cepat contact us and we guide you how to achieve it.

Jom semua!! You are all invited to have fun with us in Europe!!



Saturday, July 5, 2014

Al-Fatihah..Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini

Assalamualaikum..

Salam 7 Ramadhan untuk semua muslimin muslimat seluruhnya..

Hari ini kita diberitakan dengan berita perginya seorang biduanita negara yang pastinya akan menjadi ingatan seluruh rakyat Malaysia khususnya.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarhamah dan marilah sama-sama kita sedekah Al-Fatihah dan doakan agar beliau tenang di sana. Amin..


Posted via Blogaway