Thursday, July 24, 2014

9 Tips Sebelum Balik Kampung Yang Wajib Diikuti


Salam semua.

Ada yang dah ready nak balik kampung ke? Mungkin ada yang dah start cuti esok kan. Wah bestnya boleh balik kampung awal. Tahun ni timing raya memang cun sangat kan. Isnin Selasa so confirm ramai yang sambung cuti until the next weekend. Yeay me too!

Ahahaha.Berhati-hari dengan speed trap ye. Musim perayaan ni banyak Operasi ;)

Sebelum kita pulang beraya, mesti nak ikut langkah-langkah keselamatan untuk rumah yang ditinggal.

Jom tengok antara langkah-langkah keselamatan yang disarankan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM).


1. Pastikan pintu dan tingkap rumah ditutup dan dikunci dengan ibu kunci (padlock) yang tidak mudah dipecah atau diumpil.


2. Pastikan lampu di sekeliling rumah (depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan baik (jika ada).


3. Pastikan alat keselamatan tambahan seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap mudah dipecah masuk seperti pintu pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill) hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan rumah. 

4. Jangan membiarkan binatang peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.


5. Pastikan jiran sebelah-menyebelah rumah (termasuk jiran di hadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda. 


6. Pastikan barang-barang kemas seperti emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di tempat yang selamat dan bersesuaian.


7. Hentikan langganan suratkhabar bagi mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.


8. Maklumkan kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut: 


Nama dan alamat
Nombor telefon yang mudah dihubungi
Tarikh berlepas dan balik
Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan semasa cuti


9. Anda juga dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk meringankan beban kerugian sekiranya rumah dipecah masuk.

Kalau nak pdf copy, boleh click here.

Boleh dapatkan borang untuk balik kampung dan hantar ke balai polis berhampiran. Borang boleh download di sini.


Okay now tips dah dapat, so dah tahu kan apa nak buat sebelum balik kampung?

Sebelum memulakan perjalanan jangan lupa baca doa ye.







Sama-sama kita amalkan. InsyaAllah.

Selamat pulang berhari raya!


See you in Melaka and Negeri Sembilan :)



No comments: