Tuesday, August 19, 2014

Raya Gathering 2014

Assalamualaikum & hello readers,

Pejam celik pejam celik hari ni dah pun 23 Syawal. So how's your raya so far? I am sure sekarang ni ramai yang buat open house raya kan. Undangan penuh even on weekdays. Alhamdulillah..rezeki :)

This year, kami berkesempatan buat makan-makan di rumah. Asalnya nak buat for a small group, tapi bila fikir-fikir balik, alang-alang buat Raya Gathering terus. Senang sekali jalan gitu kan. Alhamdulillah tahun ni ada rezeki lebih and masa pun ada, jadi apa salahnya berkongsi dengan yang lain kan.


Our invitation card send thru whatsapp :)

First time masak untuk jumlah tetamu yang ramai, jadi perlu tunjuk ajar dari yag berpengalaman. Thank you mak, wan and makcu!

Hot stuff malam tu. Rendang nogori. No rempah, tak muak. Tetamu makan bertambah-tambah. Alhamdulillah. Resepi turun temurun family my husband. Lepas ni boleh cuba masak sendiri.
Kuah kacang favorite Izzah. Rupanya ada cara yang sangat senang nak buat kuah kacang ni. Tak perlu tampi-tampi dah. Thanks mak. Mak memang cool!

The menu : Ketupat, rendang nogori, kuah kacang, sambal bilis, lontong. Masak sendiri. Puas hati rasanya. And the fruits. Yummy!



Mee kari and roti jala. Yang ini orang lain tolong masak. Hehe.

Pemanis mulut. Fruit cake & marble cake all the way from Jasin, Melaka baked bymy mom. And the creampuff made by a friend.

Orang kuat majlis termasuk yang kecik-kecik tu. Thank you so much to my mom, my mom in law and wan for the help. Love all of u!!

Ayah-ayah yang banyak support. Thanks to you both too!




Sanak-saudara.Adik-beradik. Thank you for coming!


Jiran-jiran, sahabat handai, thank you for your time!

And yes. The only pic of us that night. Busy layan tetamu. Huhu


Walau macam mana sekalipun, #ootd mesti ada. Lol



Alhamdulillah everything went well. Kalau ada yang terkurang sana-sini mohon ampun dan maaf ye. Thank you again to all yang sudi datang ke majlis kami. To family members, jiran tetangga, sahabat handai, business partners, thank you so much. InsyaAllah ada rezeki tahun depan kita buat lagi gathering ya.


Kepada yang tak dapat datang kelmarin, never mind. Anytime boleh datang sementara Syawal masih belum berakhir ni :)


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.


No comments: