Saturday, October 4, 2014

Tadika Pintar Bistari | Pertandingan Mental Aritmetik

Assalamualaikum & hello readers,


Today bersiaran dari Jasin, Melaka. Pagi ni hujan membasahi bumi. Ya Allah nikmatnya kalau masih berselimut kan? Hehe. Tapi ada satu cerita yang nak share hari ni. Last weekend, our daughter Izzah Ardini had a very first competition in her life. I mean a formal competition.

Alhamdulillah Izzah terpilih untuk masuk pertandingan sempoa kategori 5 Bistari. yeay clap clap clap! Mama papa yang nervous. Normal lah kan. Untuk sempoa kategori 5 Bistari ni, soalan dalam angka ratus. And for information Izzah and her friends baru belajar sempoa selama 3 bulan.

Semangat Izzah pagi-pagi dah bersiap. Tidur pun awal malam sebelumya.  Bagus anak mama.

Majlis bermula dalam 8.45 am macam tu. Ada persembahan dari murid-murid 5 tahun. Persembahan tarian okey. Comel je tengok tapi mama tak snap gambar sebab jauh dan handphone mama ni 'canggih'. Haha.

Pertandingan mental aritmetik ni memang dianjurkan oleh Tadika Pintar Bistari setiap tahun. For me menang atau tidak, itu belakang kira. Yang penting anak-anak dapat exposure macam mana suasana pertandingan. Naik atas oentas and jawab soalan. Kita yang dah dewasa ni pun selalu malu-malu nak naik pentas jawab soalan kan?


Semasa menunggu. Minum air dulu hilangkan haus


It's the time! Izzah and her friends getting ready for competition

Pertandingan ni bukan sahaja menguji kemahiran mengira menggunakan sempoa. Malah kemahiran mendengar dengan tepat dan menulis. Ada 15 soalan yang dibacakan. 5 soalan pertama dibacakan perlahan. Soalan 6 hingga ke 15 dibacakan laju. Seriously laju okay. Kalau nak tekan calculator pun macam tak sempat. Dengan nak tangkap nombor lagi. Fuh. Tabik anak-anak umur 5 tahun.


Contoh soalan (read in english):


 321
 451
- 230

answer?

Dalam silibus sempoa, kalau tambah tu tak disebut tambah. Tolak je disebut. Sama juga dengan congak.


Okay dah lega stress menjawab soalan


Untuk murid-murid yang dapat markah tertinggi akan ke peringkat saringan 6 orang dan final 3 orang. Izzah dapat hadiah saguhati sahaja. Takpe we still proud of you!


Bersama trophy masing-masing. Ni semua classmate Izzah. Ada yang nama Hanis (sebelah kiri Izzah), Dania and mama tak ingat nama the rest. Hehe. 

Izzah with mama. Proud of you my baby girl!

Anak papa :)


Sekian sahaja cerita pertandingan sempoa. Owh by the way Ifra tak ikut sebab pagi sangat masa tu. Dia belum bangun pun masa kami bersiap. So Ifra stay sekejap rumah Wancu nya.

Majlis berakhir around 12.30pm. Perjalanan majlis lancar, tahniah diucapkan kepada pihak penganjur dan guru-guru serta ibu bapa yang turut serta.


Thank you for reading :)


No comments: