Sunday, November 16, 2014

6 Tips Kurus Dengan Cepat!

Assalamualaikum & hello readers,


Haa you all excited dengan tajuk entry ni? Macam ditunggu-tunggu je kan especially to those yang memang tengah dalam usaha menurunkan berat badan. Perkara ni bukanlah benda asing bagi kita semua especially kaum wanita dan tak ketinggalan juga kaum lelaki. Macam-macam cara dibuat, but afterall berbalik kepada diri sendiri samada disiplin atau tak. Hehe. Biasalah tu kan.

So today nak share tips dan cara yang sudah dan masih diamalkan oleh myself sendiri and my #gengdiet. Yes, ada geng baru best dan bersemangat :) And the tips bukan untuk kurus semata-mata tapi untuk lebih sihat juga.

Tips ni from blog Shaliza Aziz and I enhance a little bit according to my diet style. Read the tips and selamat mengamalkannya ya.


Me, myself and I. June 2014 was around 59kg, Nov 2014 I'm 54 kg. Aim for another 4kg to shed than I am super happy!



Orang kata saya dah kurus nak buat apa diet lagi? Tapi diri kita sendiri yang bawa badan ni, so kita boleh rasa badan naik atau tak. I used to be aroun 48-52 kg masa zaman anak dara, so 59kg is too far for me dan boleh dikategorikan gemuk untuk ketinggianku. Hehe. So these what I did.


1. Diet 1000 kalori sehari

Dulu tak ambil kisah pun pasal kalori. Serius. Makan ikut suka. Breakfas, lunch, dinner semua pun high in carbo. Nasi goreng, mee, kuetiaw, bihun, nasi lemak dan sebagainya. Ikutkan makan memang sedap tapi kalori terlebih-lebih dari yang diperlukan. Itu yang mudah naik berat.

One day ada friend share bank kalori makanan di Malaysia. Tu dia! Tengok listing boleh pening kepala okay. So I print the list and tengok setiap satu and tandakan mana yang low in calori. Pasang niat nak jaga kesihatan since umur pun dah 3 series so if tak jaga from now, bahaya juga. Daripada nak ke arah lebih sihat tu, I found myself being selective in the choice of food. Diet 1000 kalori is about choice of food.

Contoh kalau breakfast. Instead of taking bihun goreng (about 200 kalori), I choose to eat 2 slices of wholegrain meat or 2 half boiled egg. Jumlah kalori lebih kurang sama and even less, tapi mengenyangkan and mudah dihadam juga.

Kiraan 1000 kalori ni kita campur dari pagi sampai ke malam apa yang kita nak makan. On additional note, seorang wanita normal hanya perlukan 2000 kalori sehari. Tapi apa yang berlaku sekarang biasanya kita ambil lebih dari 2000 kalori. Contoh breakfast dah makan nasi lemak ayam. Lunch makan nasi campur with lauk pelbagai. Lebih minyak, lebih santan dan sebagainya. Dinner pula makan nasi lagi atau karbo lain. Tu tak termasuk in between meals, masa kat office makan goreng pisang, kerepek, keropok. Hehe. Then hanya duduk bekerja depan computer. Maka lemak-lemak memang senang terkumpul.


Perlu diingat, 1000 kalori count tak sama dengan Diet Atkins. 1000 kalori sehari you still can take carbo contoh nasi tapi dalam kuantiti yang sedikit. For myself, awal-awal tu ambil nasi separuh pinggan. Maklumlah rasa macam gigil kalau tak makan nasi. Hehe. But now, I managed to take only suku pinggan nasi. Lauk sayur lebih & ambil protein. Boleh je uollss makan nasi sikit. Tak pengsan pun!


Those yang nak tahu more about this, boleh PM me ya. I'll share with you the bank kalori makanan & suggestion menu.


2. Minum air lebih 2 liter

Air masak atau air mineral ya. Bukan air manis. Nanti bertambah-tambah pula berat uolss. Hehe. As for me, cuba disiplinkan diri minum 3 liter sehari. Kiraan untuk air berapa banyak kena minum tu, setiap 25kg minum 1 liter air. Contoh berat 50kg, maknanya perlu minum 2 liter air.


3. Detox

Detox penting untuk remove toxins dalam badan. Selalunya memang orang akan advise untuk detox sebelum mulakan diet. For me just amalkan Set Kurus (Mineral Coffee, BV Alfalfa & Garlic) and I add Garam Buluh drink for the last part sebelum tidur. Bagi detox semua. Memang banyak membantu not only for detox, kulit pun bertambah elok. Tu yang suka tu sebab tokisin dah kurang dalam badan. Selain untuk detox, ini juga bantu supply vitamin / mineral pada kita. Baru la badan tak penat sangat & rasa lebih sihat. If uolss tak yakin, boleh google dulu & buat your own research :)


4. Pakai Premium Beautiful Corset

Pakai Premium Beautiful corset ni for me sangat membantu untuk shaping dan juga kawal rasa lapar. That's why ada yang cakap berat turun tak banyak tapi nampak sangat berbeza. Lagipun kalau kita tak cukup exercise, after berat turun body flabby. Tak kemas sangat. So bila pakai ni body lebih kemas. Yang paling suka boleh control pemakanan. Control my gastrik too. Else asyik nak makan je. Makin pakai, makin selesa & makin cantik shape badan.


5. Amalkan exercise

Kalau dulu memang selalu bagi alasan takde masa nak exercise. But now, kesedaran makin tinggi. Perlu exercise untuk kesihatan, stamina dan tingkatkan kadar metabolisma. Sebenarnya kan kita boleh exercise kat rumah je tapi mesti tahu teknik yang betul. Exercise kat rumah free je. Hehe. I like jogging but masa memang terhad, only in weekend yang tak travel kemana-mana. Then start zumba. Zumba best. But make sure u all buat minimum 40 minutes sebab 20 minutes pertama tu hanya bakar kalori yang kita makan pada hari tersebut. Another 20 minutes tu baru bakar lemak-lemak terpendam :) Kalau malas just try plank & squat. Atau turun naik tangga. Jangan malas pls! Nak kurus kan..hehe. At least better dari tak buat langsung kan. Then kalau park kereta, boleh park jauh sikit. So boleh banyakkan berjalan. Biarpun tak dapat buat selalu, at least ada juga. Supaya dapat jaga stamina diri.



6. Geng Diet

Yang ni memang banyak membantu. Actually bukan me je yang mula jaga berat ni. Ieja, Yong, Airin, Olyn, Syikin, Faeza pun sama-sama dalam misi menjaga badan. Semua ni geng mak-mak orang except Yong masih bujang. So bila ada geng ni, setiap hari update makan apa, buat apa, apa improvement. So jadi excited pula. Biarpun diet kami berbeza,  yang sama pakai Premium Beautiful & amalkan detox tips tadi.

Alhamdulillah dengan amalkan 6 tips ni berjaya turunkan sedikit berat, around 5 kg. Actually pakai korset Premium Beautiful ni kita senang nak detect badan naik ke tak sebab boleh rasa sendiri korset dah ketat or not. Badan macam ada acuan, so susah nak kembang banyak. So lebih senang nak turunkan. For orang yang genetik kurus untung, sebab susah naik. For orang yang sama macam saya, senang naik ni risau kalau naik banyak.


Selain rasa sedar untuk kurus bila Premium Beautiful rasa ketat, kesedaran datang sebab nowadays macam-macam penyakit ada. Jadi lebih baik jaga makan dari sekarang. Still suka makan cuma kurangkan yang tak elok tu. Lagipun bila lebih sihat nampak lebih muda. Bila lebih muda, rasa happy jer.

So here antara testimoni dari geng diet kami. Tahniah for them berjaya turunkan apa yang di target.



Faeza paling ketara. Mula misi pakai Premium Beautiful + Set Kurus masa dalam pantang lagi after bersalin anak no 4.




Syikin dah mula misi lebih awal. After bersalin anak no 2. Total weight loss more than 20 kg. Banyak kan beza.




Ieja yang amalkan Diet Atkins dan semua tips di atas. Jauh beza. Now Ija lebih slim :)



Olyn berjaya kurangkan ukur lilit di perut & punggung. From size S to XS.


Yong nampak jauh berbeza. Keep it up Yong!

Airin memang kurus. Tapi nak lebih sihat & firm. So dia amalkan exercise.


So pada yang nak mulakan, start NOW! Kalau tunggu memang kita tak akan mula. Boleh PM me for more details. Fokuskan pada kesihatan and cantik, kurus tu akan datang kemudian. InsyaAllah tips yang ini memang senang nak amalkan. Diet bukan bermaksud tak makan. Diet lagilah kena makan tapi makan makanan berkhasiat ye.


Thanks for reading.


Do contact me at 013-7415271 or email me at ainezam2001@yahoo.com


See ya!

No comments: