Sunday, November 2, 2014

Final Piala Malaysia 2014 | JDT VS Pahang

Assalamualaikum & hello readers :)


Semalam dah pun berlangsung perlawanan Piala Malaysia diantara Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang Darul Makmur. I believe ramai yang menonton sama ada di stadium atau pun di skrin-skrin besar mahupun di rumah. Bagus kan? Menunjukkan rakyat Malaysia menyokong perkembangan bola sepak negara.

As for me, nak kata minat sangat tu tidaklah. Husband pun kurang tengok bola Malaysia. Tapi semalam kita semua tengok kat TV biarpun dah separuh masa kedua. And semua pun tahu, kemenangan berpihak kepada pasukan Pahang selepas persaingan sengit antara kedua-dua pasukan.

Keputusan semalam JDT 2 -Pahang 2. Pasukan Pahang menang menerusi penalty kick 5-3. 

Kalau dulu masa zaman sekolah, coach apa-apa sukan sekalipun akan tanam dalam diri pemain, menang atau kalah adat pertandingan, yang penting kita buat yang terbaik. Kalau menang alhamdulillah. Kalau kalah, sekurang-kurangnya kalah bermaruah. That was what happened to JDT. 






Eventhough I am not Johorean (cuma dah 14 tahun menetap di Johor), I can say that sports unite Johorean. Tak kira apa peringkat umur, background semua pun pakat sokong JDT.


Well done JDT. Tahun depan ada lagi. Yeah!!



No comments: